Untuk Suami Yang Ada Orang Ketiga

Saya isteri yang dicurangi.. ada keluarga yang lengkap, berkerjaya, alhamdulilah ada sikit harta untuk meneruskan hidup.

Saya terpanggil untuk menulis disini apabila terbaca luahan seorang suami yang ada orang ketiga walaupun sudah punya keluarga yang bahagia.

Buat suami itu.. baiklah awak tarik handbreak sebelum semua dah terlambat. Sebelum isteri awak dapat tahu.

Awak sendiri pun tak pasti halatuju hubungan awak dengan orang ketiga tu.. jadi untuk apa berhubung?. Untuk sakiti hati seorang isteri?

Saya isteri yang sangat sakit bila dapat tahu suami saya curang. Sedih, geram, rasa tidak dihargai.. hati saya hancur.

Saya hampir gila, tertekan dan anxiety. Sedih bertahun bina rumah tangga dan sangat senang suami mengkianati semua tu.

Saya berkerja menolong dari segi perbelanjaan, saya menjaga penampilan diri, menjaga rumah dan anak-anak dengan sepenuh hati tapi balasan yang saya dapat dari suami sangat menyedihkan.

Memang suami tak kahwin pun dengan orang ketiga tu tapi sakit yang saya dapat tak boleh nak digambarkan.

Setiap saat saya masih dihantui kecurangan suami. Saya masih menangis kadang-kadang. Saya sangat letih sampai pernah berdoa supaya dia mati.

Setiap hari saya berdoa supaya Allah hilangkan rasa sayang saya terhadap dia.. saya rindu kehidupan sebelum saya dicurangi.

Saya bertahan kerana anak-anak.. ya saya antara isteri yang sangat sakit tapi bertahan untuk anak-anak dan diri saya sendiri.

Untuk anak-anak kerana suami saya bapa yang baik. Untuk diri saya sebab saya belum bersedia untuk menghadapi hidup seorang ibu tunggal.

InsyaAllah bila saya dah tua sikit, anak-anak pun dah besar saya akan melangkah keluar dari hidup suami saya.

Walaupun hikmah dari kejadian dicurangi tu sangat banyak tapi tak boleh pun nak kembalikan hati dan perasaan saya macam dulu.

Apa yang saya buat untuk suami dah tak seikhlas dulu, sampai nak upload gambar dia kat sosmed pun saya tak boleh nak buat. Kisah hidup saya hanya saya dan anak-anak sekarang.

Tolong betulkan la apa yang tak betul tu.. bila dah terbongkar perasaan isteri awak dah tak sama.. kasihani dia.. jangan sakiti dia kerana keseronakan yang awak sendiri tak tahu halatuju.

Buat semua pembaca doakan saya jadi diri saya yang dulu dan berjaya keluar dari kesakitan ini.

– Isteri yang disakiti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *