Untuk Wanita Bujang

Bismillah, Assalamualaikum, moga-moga admin berbaik hati untuk publish confession ni.

Untuk Wanita Bujang.

Ya, sebab saya pun perempuan yang masih bujang, berumur 25 tahun. Moga perkongsian ini bermanfaat. Saya sedar dan tahu, ramai lagi wanita bujang di luar sana yang masih menanti jodoh datang mengetuk pintu rumah. Hampir setiap hari melintas di timeline post post tentang jodoh dan yang sewaktu dengannya. :)

Saya faham dan sedar, kemahuan untuk berkahwin adalah fitrah bagi perempuan normal. Tak boleh dinafikan, walau bagaimana mandiri dan berdikari pun perempuan tu, pasti jauh di sudut hatinya memerlukan seorang suami untuk jadi pelengkap hidup. Tuhan ciptakan manusia berpasangan, jadi keinginan nak berkahwin tu normal, cuma perlu diurus dengan betul selagi masanya belum tiba.

Kadang-kadang kita kehausan nak memenuhkan kekosongan tu, ya, sayalah tu. Saya pernah ambil jalan singkat dengan berkawan kawan dengan lelaki. Bermesej mesej. Seronok? ya tentulah. Bila ada orang caring dan cakna selalu, perasaan akan terbuai juga kan. Tapi untuk apa sebenarnya? ikatan kawan atau couple ni tak kukuh pun, rapuh. Bergoyah sedikit, retaklah ia. Tak kekal, bahagia yang sementara dan fatamorgana. Saya sedar itu setelah hampir setengah tahun membazirkan masa melayan bermesej perkara remeh dengan lelaki atas tiket ‘kawan je’. Ia penyebab lalai, dan sekarang saya masih usaha nak mengikis sikap sikap buruk tersebut.

Oh, dan lagi satu, pengalaman itu menjadikan saya faham, kenapa Islam ni tegas sangat bab hubungan silang jantina ni. Kenapa disuruh jaga dari awal, kenapa disuruh tutup ruang ruang tak perlu. Ramai yang kata ia mukadimah atau permulaan pada zina. Saya nafikan pada awalnya, sebab saya nampak, saya berkawan sekadar mesej mesej saja, boleh dikatakan agak mustahil saya terjebak lebih jauh sebab 1)jarak 2)saya masih waras dengan batas batas yang perlu saya jaga.. tapi satu hari, seorang yang saya anggap kawan ni, confess kat saya. katanya dia ada perasaan lebih dari kawan, jadi hari-harinya selalu teringatkan saya ( kami pernah phone call) dan urusan hariannya tak terurus disebabkan itu. Untuk pengetahuan, saya memang tak ada niat untuk go further dalam perhubungan tu, atas sebab sebab tertentu. Jadi dia ambil keputusan untuk berhenti berhubung sebab dia taknak lebih terluka jika kami makin rapat, jika dia terus terusan memendam perasaan suka tu.

Peristiwa ni, jadi tamparan jugakla buat saya. Rupanya selain elakkan zina, Islam halang pergaulan bebas adalah untuk mengelakkan ada jiwa yang tergores, luka, berdarah.. di kedua dua belah pihak. Inilah hikmah yang saya pelajari, takperlu terlalu mesra walau atas dasar apapun, kawan, cikgu, jiran.. tak kisahlah, letaklah batas supaya tak ada hati yang disakiti disebabkan kita. Nampak kecil, tapi kesannya besar. Saya pernah jumpa orang depression teruk sampai ke tahap nak bunuh diri disebabkan cinta, dikhianati perempuan yang dicinta.

Saya ambil masa untuk recover, untuk sedar perkara yang dah hampir jadi kebiasaan tu sebagai benda yang salah, walaupun dah jadi normalisasi dalam masyarakat kita, mungkin. Nak berubah, memang susah dan perlu bertahap. Untuk wanita bujang, macam sayalah, saya nak kongsi apa yang saya fikir baik untuk kita lakukan instead of cari jalan singkat dan sekejap untuk bahagia sementara.

1) Baca Al Quran. untuk yang tak mahir, ni lah masa untuk belajar; kemaskan, betulkan bacaan kita. Perempuan ni adalah bakal ibu, kata orang, madrasah pertama untuk anak anak. Satu kelebihan jika kita pandai baca Al Quran, sentuhan pertama didikan mengajar Al Quran kepada anak anak kelak adalah dari kita. Jika, ditakdirkan hidup membujang sekalipun, sekurang kurangnya kita ada peneman sampai ke kubur, Al Quran. Seriously cakap, tak rugi kita melazimi Al Quran dalam hidup kita. Tenang dapat, resah hilang.

2) Membaca buku ilmiah/bermanfaat.

Bila sebut bermanfaat, maaf cakap, novel cinta Melayu terkeluar terus dari skop ya. Saya pun pernah jadi pembaca novel melayu, jadi saya tahu jugakla apa pengisian tipikal novel cinta melayu bestseller. Saya fikir, bahan bacaan yang patut dilebihkan ialah yang bermanfaat untuk pembinaan diri dan generasi. Kita perempuan, tanggungjawab kita besar nak membentuk generasi. Kalau tak ada persiapan ilmu dari awal, rugilah kan. Sebab kita masih diberi masa nak baiki diri, tambah ilmu, topup amal. Jadi biarlah kita betul betul ada target berapa buku, buku apa yang kita perlu khatamkan sebelum masuk ke alam perkahwinan.

3) belajar memasak.

Memasak ni penting bagi perempuan, sama ada bujang atau dan kahwin. Biasanya kalau usia saya, memang dah boleh memasak masakan masakan basic, tapi lagi menarik, boleh cuba belajar masakan masakan lain jugak, ni lah masanya, sementara masih ada time freedom. Memasak, jamu ahli keluarga. Asah skill memasak, walau tak sampai tahap expert, tapi sekurang kurangnya boleh handle urusan dapur dengan baik. Saya percaya dengan pengurusan yang baik sewaktu bujang, dapat lebih memudahkan urusan kita bila dah kahwin kelak.

4) Penjagaan diri.

Ini untuk lifetime sebenarnya. Tapi waktu bujang ni lah bagus untuk betul betul jaga diri kita. Sayangi diri sendiri. Point saya mudah je, jaga yang basic dan ambil tahu juga tentang isu kecantikan. Perkara asas, jaga pemakanan sebab gaya hidup sihat berkait rapat dengan pemakanan. BMI biarlah cantik selalu, normal. Kalau terlebih atau terkurang, masa bujang ni saya rasa, masa yang baik untuk berusaha menormal kan ia. Tak perlu suppplement bagai, cukuplah dengan konsisten senaman dan kawal portion makan. Saya rasa semua orang mampu kan, antara nak dan taknak je.

Selain tu, penjagaan kulit wajah pun penting saya rasa. At least, biar kulit nampak sihat,tak kusam. Tak perlu guna produk timbang kilo, kena bijak menilai produk apa yang elok untuk kita. Saya pun setuju kalau ada yang kata wuduk tu skincare terbaik untuk muka, tapi kalau yang ada masalah kulit wajah, kena berusaha jugakla cari penyelesaian. Ambil tahu jenis kulit kita, skincare apa yang sesuai, yang tak merbahaya.

Oh, dan basic make up pun, biarlah ada sikit. At least untuk make up diri sendiri. Cukup sunblock, foundation, bedak dan lipstick sikit. Simple. Mata, kening, bagi saya takperlu pun eyelines lashes maskara bagai tu. Susah nak wudhuk nanti, dan kalau boleh bukan yang timbang kilo la, nanti makin rosak muka. ni pendapat sayalah. Kalau tak tahu, boleh try search ke, tanya orang ke, waktu bujang ni lah nak topup ilmu dalam semua aspek, kan? ruang banyak sangat, sama sama kita manfaatkan.

5)Cuba buang sifat atau perangai tak elok.

Nama pun manusia, kan. Siapa je yang tak pernah buat silap. yang membezakan kita adalah kemahuan nak berubah. Contoh saya, saya pernah terjebak dengan marathon movie korea sampai tak tidur malam, bulan Ramadhan pulak tu. Bila difikir balik, ya Allah dahsyatnya, membazir masa apa semua. tapi yang dah lepas, takpelah. untuk kini dan mendatang, saya cuba kurangkan, atau kalau mampu, buang terus pun tak apa. bagi saya benda-benda movie, lagu lagu ni banyak mudharat dari manfaat, berdasarkan pengalaman saya lah..

dan 25 tahun hidup, sampai bila saya nak stick to habit yang tak bawa kebaikan pada diri? baik saya cuba perlahan lahan ubah diri. Cuba bangun awal tanpa dikejut pagi-pagi, cuba untuk kawal/kurangkan/buang terus perbualan yang tak perlu dengan lelaki terutamanya. cuba, buat perkara yang lebih menenangkan hati dan jiwa. lama kelamaan, kita akan rasa tak best pun buat perkara tak elok ni sebenarnya. nikmat sekejap, akibatnya mungkin bawak kesan tak best buat kita. Tak tenang.

6) Cakna fardhu ain dan berdoa.

Saya rasa, ada orang yang pandang ringan tentang fardhu ain, saya antaranya. Ada seseorang pernah cakap, “macamana pintu nak terbuka kalau kita asyik masukkan kunci yang salah? ”

signifikannya,

“macamana doa nak termakbul kalau wuduk pun tak sah? “contoh.

Saya baru jugak tahu, bahawa anak rambut dekat telinga tu termasuk anggota wuduk. Betapalah, saya berwuduk selama ni selalu selit anak rambut celah telinga, tak basuh. jadi, sah ke solat solat dan ibadah saya selama ni? Moga Allah ampunkan saya.

Sebabtu bagi saya, penting untuk kita belajar ilmu fardhu ain ni. Inilah guideline kita dalam buat amalan seharian. Contoh lagi, isu darah haid, istihadhah yang berkait rapat dengan wanita. Perempuan kena ambil cakna, cari ilmu. ni boleh masuk bab bacaan ilmiah tadi. Rebut peluang tambah ilmu selalu.

Bila kita beribadah dengan suluhan ilmu, kita dapat rasa kelainannya.

Berdoalah tanpa jemu. Bukan setakat doa jodoh semata, tapi untuk pembentukan rantaian generasi. Wanita, peranan kita besar. jadi lengkapkan diri dengan persiapan. Ada beberapa doa menarik yang boleh dikongsi,

robbi laa tazarnii fardan wa anta khoirul waarisin

“wahai Tuhanku janganlah Engkau tinggalkan aku sendirian, Engkau sebaik2 yang mewarisi”

Robbi hab lii min ladunka zurriyatan toyyibah. innaka samii’uddu’aa..

“Tuhanku, anugerahkan aku dari sisiMu keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau mendengar doa doa, ”

Jadi buat wanita yang masih single, manfaatkan sebaiknya waktu bujang ni untuk pembinaan diri ya. Kalau dikatakan perempuan baik untuk lelaki baik, sudah cukup baikkah kita untuk itu? soal diri sendiri lah ye. Yang penting, sama sama baiki diri kita untuk dapat redha Tuhan. insha Allah.

Terimakasih jika tersiar. Moga bermanfaat.

– Ahla

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *