Untuk Yang Hati Senang Rapuh

Assalamualaikum iiumc readers yang budiman. Semoga dalam rahmatNya sentiasa. Haritu aku ada share tentang, Ayah Aku Rare, (https://iiumc.com/ayah-aku-rare/). Aku jawab sikit persoalan yang ditanyakan.

Ya, mak aku memang kaki bisnes dan dia memang saleswoman terbaik. Tapi sayang sebab selalu terpesona dengan orang2 yang salah (kaki scam), bisnesnya tak pernah kekal lama dan sayangnya juga dia tak pernah serik kena tipu sampai kami pun dah taktau nak nasihat macam mana. Ya, aku dulu pernah bercerai. Aku pernah kongsikan kisahku dalam Wanita Tonggak Emosi Keluarga.

Kalini aku nak share kan cara aku mengentalkan hati. Aku ni anak bongsu, ayah memang manjakan habis. Boleh kata spoilt brat. Kecik2 gaduh dengan abang kakak, aku kuarkan senjata aku – nangis! Konpem parents menangkan. Siapa2 yang ada adik bongsu perangai macam aku mesti berbulu je kan. Nasiblah siapa suruh tak bongsu. Haha!

Sebab dah teroveruse senjata tulah aku jadi cengeng. (Padan muka aku balik! >_<) Sikit2 masalah nak nangis. Jiwa rapuh. Mudah down. Kemuncak bila rumahtangga problem boleh kata hari2 menangis. Dari mula pregnant anak ke 2, masa pregnant, dalam pantang. Sampai satu tahap bila menangis aku dah tak boleh bernafas, urat2 mata semua bengkak, kepala sakit. Aku tak pergi diagnose tapi aku tau aku dah kena post partum depression (PPD).

Masa aku masih nak pertahankan rumahtangga tu, mak aku suruh cerai2. Lepas aku dah dapat kekuatan nak walk away, mak aku boleh saiko aku cakap takdelah buruk mana pun manat tu, ok lagi, kesian anak2 takyahlah cerai. Bila aku berkeras nak cerai, mak aku boleh saiko bapak aku supaya ugut aku kalau aku cerai pastu nak kawen lain, depa akan amek anak2 aku. Tak saiko aku weh. Menangis lagi. Kawan2 lah jadi penguat semangat.

Lepas aku dah settle kes rumahtangga, pegang title J beberapa tahun, dapat jodoh lelaki bujang, kerja biasa2, family biasa2, baiknya mereka satu family boleh terima aku dan anak2. Rezeki aku, mana nak cari orang macam ni. Mak aku pulak tentang kow2. Dia bagi alasan tak lojik : dia pernah kena tipu dengan orang dari daerah yang sama. Like what??

Sedangkan aku saspek dia mengharapkan aku dapat tekel orang kaya ke anak orang kaya ke. Menangis lagi. Bila bf aku tu nampak aku menangis sampai tak boleh bernafas baru dia tau sakit aku kronik juga lah. Lepas kami kahwin, slowly over the years dia bantu aku atasi masalah aku. Dia tak bagi langsung aku time alone untuk menangis.

Dengan kesibukan kerja, anak2, bisnes part time, aku pun dah mula berzikir balik (aku ada share Dahsyatnya Kekuatan Zikir I & II), alhamdulillah aku boleh katakan im a PPD survivor. Mak aku, kejap kami ok kejap tak. Bila ada isu yang buat aku sentap, aku menangis depan suami. Balik kg aku avoid mak. Salam pun aku taknak.

Aku tekad dalam hati lillahi ta’ala aku balik kg ni. Lillahi ta’ala aku buat baik pada parents aku. Sebab kakteh aku merajuk dengan mak sampai taknak balik kg lama.. mak rindu cucu pun dia tak bagi anak dia balik kg. Aku taknak parents & anak aku melalui fasa yang sama so aku gagah balik juga.

Bila hati aku dah sejuk, aku dah boleh cium tangan dia, kami baik balik. Pastu aku sentap lagi, tapi dah boleh cium tangan walaupun hati masih sebal. Lama kelamaan aku rasa hati aku macam dah immune. Dah tak mudah sentap dengan perangai / kata2 mak aku. Dah boleh nampak dia sebagai seorang tua yang sangat kasihan, ingin disayangi, kisah hidup dia yang tak seindah pelangi buat she becomes what she is today. Dan kerana lillahi ta’ala itu aku mampu peluk cium pipi dia semula sebagaimana aku kecik2 dulu.

Settle dugaan mak, datang dugaan lain. Aku fulltime bisnes dah beberapa tahun. Tahun lepas aku tersilap membuat keputusan dalam bisnes. Hutang makin bertambah, makin mendesak. Sampai suami aku boleh cakap dia tak tahu macam mana aku boleh bertahan, kalau dia duduk tempat aku memang dah gila dah.

Satu yang aku selalu amalkan ialah berzakat setiap jumaat. Tak dapat banyak, sikit tu aku cuba juga. Walaupun duit akan tinggal x.xx dalam bank, aku bayar juga. Aku selalu online zakat. Aku tau ramai kata jumpa amil lagi best bila amil terus doakan. Tapi aku tak mampu lah nak singgah pejabat zakat setiap minggu. Janji bayar.

Lagipun, sebagai pemilik enterprise, zakat sangat2 membantu mengurangkan cukai. Ha, pengakuan sukarela dah di extend. Mengkome dah declare cukai belum? Jangan lari dari cukai, belajarlah macam mana nak jimatkan cukai. #pesanankhidmatmasyarakat. Haha!

Satu lagi, beberapa tahun kebelakangan ni aku ada amalkan buat vision board. Alhamdulillah satu2 gambar menjadi kenyataan. Walaupun ada gambar yang bukan seperti yang aku mahukan, tu silap aku sebenarnya sebab main tampal je tapi tak tahu apa aku nak. Haha. Korang cubalah kaji & buat vision board korang. Ajar & guide anak2 sekecil 7 tahun untuk buat VB mereka. InsyaAllah mereka akan tahu ke mana mereka nak tuju dan Big Why mereka.

Untuk tahun ni VB aku kat wallpaper laptop simple sangat. Aku cari satu gambar pendaki gunung yang berada di mountain top. Angkat kedua2 tangan tanda kejayaan. Aku letak words “Buat je. Lillahi ta’ala.” Kerana aku rasa 2019 starting tahun ni agak mencabar untuk aku so aku kena sentiasa kekalkan momentum positif.

Haritu aku down sangat2 dan aku tak boleh share dengan suami taknak dia lagi susah hati. Aku menangis sampai tak boleh bernafas balik. Aku dah rasa macam alamak aku dah over board menangis ni. So aku tarik nafas panjang2 dalam2. Aku imagine akulah pendaki tersebut yang telah berjaya menundukkan emosi aku. I keep on telling myself, buat je, lillahi ta’ala.. buat je, lillahi ta’ala. Sampai aku dah tenang balik dan dah boleh fikir dengan rasional apa solusi2 yang ada untuk masalah aku.

Dan yang terakhir, dalam setiap sujud terakhir, aku selalu berdoa Ya Allah yang Maha Mencukupkan (Ya Muqit), cukupkanlah kami dengan rezekiMu yang halal. Alhamdulillah setiap kali deadline commitment tiba, asalnya aku susah hati macam mana nak bayar, tiba2 ada je sales masuk. Ngam2 boleh cover dulu commitment yang tiba tu.

Jadi owner bisnes ni perlukan hati yang luar biasa kental. Aku faham dah kenapa Allah buat aku melalui fasa2 yang memilukan dalam hidup aku. Rupanya Allah nak aku bersedia untuk cabaran yang lebih hebat. Tahun lepas aku hampir2 nak surrender. Nak cari kerja balik. Dah siap update resume. Dah siap apply job sana sini dah.

Esok paginya aku belek2 application tengok makaih.. yang lagi berpengalaman dari aku, gaji dah belas ribu pun berebut job yang gaji lagi kecik. Satu job post sampai beratus orang apply. What is happening in the employment market?? Erkk.. gulp! Aku ni kalau takde job pun masih ada bisnes yang boleh bagi duit kat aku. Orang2 kat luar sana? Kerja itu sajalah yang mereka harapkan. Why must i compete with them? Allah..

Kalau sebelum ni aku selalu berfikir jika bisnes tak jadi i can always turn back and find a job. Bila tersedar macam tu, aku rasa thats it lah. Kalau aku nak sambung career aku, aku kena masuk corporate world balik. Which aku tak berapa sanggup sebenarnya. Among other reasons, aku taknak lepaskan peluang tengok anak2 membesar depan mata aku. Finally, i closed my option on being employed. Suami aku pun lega dah sebab kalau tidak asek kena dengar dilema aku nak keje balik. Haha!

Aku berangan2 bestnya kalau dapat kerja yang gaji tetap monthly tapi masa yang sama aku boleh manage bisnes juga. Sekali peluang datang ke riba! Aku dapat contract supply skill aku sebagai freelancer. Allah.. syukur sangat2. The beauty of being a business owner is that your dependency on Allah akan jadi 100%. Bila rezeki dah masuk ke mulut tapi keluar balik, aku mula cari apa salah aku dah buat ni ya Allah.. Kau tegur aku begini.. mulalah muhasabah balik diri sendiri.

Macam biasa.. terpanjang pulak. Mohon tidak kecam. Haha! Thank you for reading this. Harap ada sesuatu yang boleh dijadikan pedoman dan sempadan. Semoga kita dipertemukan semula di Jannah! Peace! :D

– JC

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *