Untukmu Aku Akan Bertahan

Aku Bulan (bukan nama sebenar) aku seorang kerani. Aku merupakan anak dari keluarga yang sederhana mak aku sentiasa sibuk mencari nafkah untuk aku dan adikku sementara ayahku sudah tiada disisiku.

Aku seorang anak dari 6 adik beradik aku merupakan anak sulung, jujur ia sangat tidak menyenangkan apabila kita kita kena pikul semua sendiri,

Jujur aku lelah dan aku memang tak pernah dapat kasih sayang dari sapa pun bahkan saat aku kecil semua orang disekeliling ku sangat sibuk.

Aku ibarat dilahirkan untuk menjadi seorang yang kuat walhal aku adalah seorang perempuan yang sangat ingin dihargai, disayangi kerana aku tak pernah dapat semua sejak aku kecil.

Aku seorang yang peramah untuk pengetahuan semua aku merupakan seorang kerani bas jadi harus sentiasa berurusan dengan driver bas.

Aku seorang yang peramah aku bertegur semua orang tapi aku sentiasa menjaga batas aku dengan mereka kerana mereka semua nya kebanyakkan sudah berumah tangga.

Hingga lah satu tahap aku kenal dengan si dia yang ku gelar sebagai Encik Mimpi, beliau salah seorang driver di tempat kerja ku sejujurnya aku memang tertarik kepada beliau sejak aku mula masuk dari kerja lagi.

Aku selalu perhati kan dia tapi aku langsung tak bercakap dengan dia, dia pun dah berkahwin lagipun dia jenis yang jarang bercakap, aku pun tak ambik port suka macam tu jela.

Suatu hari bas dia rosak bos aku suruh aku call dia tanya macam mana dengan penumpang dan macam mana keadaan bas dia, bermula dari situlah kisah aku bermula.

Kita orang mula rapat sejak dari itu. Kami selalu bertukar kabar, dan dia sangat ambik berat tentang aku, semuanya tentang aku dia ambik tahu, setiap hari dia akan ajak aku pergi sarapan malam nya akan call.

Secara jujurnya pada mula nya aku hanya bosan dan langsung tak ad perasaan pada dia aku hanya layan sebab bosan dan suka suka. Tapi kelamaan perasaan aku mula membuak buak, aku tahu aku salah tapi aku tak boleh nak kawal perasaan aku.

Tapi hanya dia yang buat aku kembali bersemangat. Aku selalu mengalami hal hal yang berat dalam hidup dan dia satu satu nya yang selalu memberiku semangat berterusan sepanjang hari.

Setiap pagi dia akan ajak aku pergi makan kalau aku tak pergi teman dia makan dia akan bungkus kan untuk aku setiap hari walaupun aku cuba tolak dia tetap akan berkeras.

Dia seorang yang sangat baik sejujurnya sepanjang aku kenal dia dia tak pernah berkasar, dia seorang yang sangat lemah lembut kepadaku bahkan kalau aku marah atau tengking dia dia hanya diam dia selalu mintak maaf walaupun salh aku.

Aku tak tau sama ada dia betul betul menyayangi ku atau tidak sedangkan dia sudah ada keluarga. Dia kelihatan seolah olah sangat ikhlas denganku.

Semua nya berjalan seperti biasa sampai lah suatu hari dia ditukarkan laluan kepada laluan lain. So maksudnya dia tak ada dah dekat tempat aku kerja.

Dia mula berubah dia cakap dia sibuk, aku selalu tanya dia kenapa dia selalu menghilang dia cakap dia penat.

Aku tak mendesak aku cuba faham dia. Lama ke lamaan sikapnya seolah olah mengabaikan kan ku.

Aku cuba cakap dengan dia baik baik sebab dia seorang yang lembut jdi aku slow talk aku cakap kalau awak dah tak syg saya awak bagitau saya. Saya ni bukan sapa sapa pun pada awak saya takde hak nak marah awak saya bukan isteri awak.

Kemudian dia mintak maaf dan datang ke tempat aku untuk tebus kesalahan dia. Jujur aku cakap aku tau dosa. Aku tau apa yang aku buat salah. Aku tau.

Suatu hari dia cakap pada aku dia nak jujur dengan isteri dia tentang aku dengan dia, dia nak halalkan aku tapi aku tak bagi, aku tak nak sakitkan isteri hati dia.

Aku tahu betapa sakitnya di tinggalkan, aku halang dia dan dia tak putus asa, dia terus menerus ajak aku kahwin, dia cakap dia ikhlas nak halalkan aku tapi aku tak bagi.

Pernah suatu hari isteri dia terbaca chat aku dengan suami dia. Isteri dia wasap aku tanya mengenai hubungan dengan suami dia. Tapi dalam masa yang sama dia bagitau suami dia yang dia wasap aku.

Suami dia mengaku dia ada hubungan dengan aku. Isteri dia suruh dia pilih samada aku atau isteri nya. Dia cakap dia tak boleh pilih dia mintak maaf dia takut pilihan dia akan sakitkan hati sebelah pihak.

Jujur aku sebenarnya tak kuat nak ada di posisi sekarang aku taktau apa yang harus aku lakukan.

Aku bagitau dia. Tinggal lah saya, tolonglah saya kesian kan bini awak,

Dan dia menangis pada aku cakap pada aku yang aku sangat penting dalam hidup dia.

Dia seorang yang baik, tapi dia bukan milikku, memang sudah sebaiknya dari awal aku tidak memulakan cerita kita.

Aku tidak tahu sayang aku akan sedalam ini pada nya. Sekarang aku hanya jalani seperti biasa terkadang aku merasa hanya dicari bila sunyi.

Terkadang aku merasa aku sunyi. Terkadang aku merasa aku sangat dicintai.

Perasaan aku bercampur aduk. Jujur aku sangat tak kuat kalau takde dia.

Dia banyak tolong aku dari dulu hingga lah harini terlalu banyak masaalah aku cerita pada nya.

Jujur aku selalu meninggalkan dia tinggi suara dengan dia, marah dia 24 jam dengan niat dia akan bosan dan tinggal kan aku, tapi dia sangat sangat baik dia selalu cakap, kalau awak dah okey nanti wasap saya tau saya tunggu awak tau, saya sayang awak.

Ya Allah jujur aku cakap aku sebak mengapa kau pertemukan dia denganku di saat ini ya Allah di saat aku sangat memerlukan seseorang disisiku. Dia adalah bahu aku aku sangat memerlukan dia tapi aku takboleh jahat.

Aku selalu cakap ke dia apa pun jadi jangan tinggal bini awak tau. Tinggal saya takpe walaupun sebenarnya dalam hati hanya Allah saja yang tau bertapa beratnya hidup ku tanpa dia.

Sejak dia hadir aku tak pernah lagi menangis sorang pada waktu malam menanggung perit lelah nya dunia. Ada nya dia membuatkan hidup ku yang kelam menjadi lebih baik, hidup aku yang sbelum nya suram menjdi lebih baik.

Salahkah diriku ingin dicintai? Dihargai?

Hadirnya dia sangat mengubah hidupku dialah punca duniaku kembali ceria sejak kepergian ayahku hanya dengan nya aku dapat merasakan semua itu.

Hanya dengan nya aku boleh lepaskan semua masalah yang ku pendam. Hanya dengan nya aku rasa aku boleh jadi diri sendiri.

Aku sentiasa berdoa kepada Allah meminta pengampunan, meminta untuk menghilangkan perasaan ku pada nya bahkan setiap malam aku buat solat taubat krn telah melakukan dosa ini.

Mencintai suami orang sememangnya merupakan kesalahan tapi apa kan daya aku hanya insan biasa yang lemah.

– Bulan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. diri sendiri cari masalah, dah tau mamat tu dah ada famili, buat apa la pi layan dia, skrang ni dh terperangkap dgn cinta yg akan bermasalah, awak akan musnahkan rumahtangga org lain, akan menyebabkan anak2 dia menderita, tepuk dada tanyalah selera… sendiri gali lubang, awak sendirilah yg tutup lubang tu semula…..

  2. nak rasa dicintai tu tak salah, tapi runtuhkan masjid orang tu salah. kalau betul rasa bersalah, tak perlu nak jelaskan panjang berjela kat dia. cukup cakap “tingalkan saya”, dan awak boleh je terus stop contact dia. ni selagi awak bagi ayat yg sama, awak buat dia rasa bersalah. saya tak rasa dia sanggup nak tinggalkan anak bini dia. so, fikir-fikir la sis

  3. Hai awk, sy pn pernah berada situasi mcm awk jugak…mmg penangan suami org ni lain awak.sbb sy pernah alami…tp sy ambil keputusan utk tinggalkan walaupun perit..sbb bg sy..sy perit seorang xpe kalau sy memilh utk teruskan sy akn mengecewakan lg byk hati..mmg sakit awalnye awk..tp percaya lah bila awk da biase tinggalkan lama2 nanti awk da boleh move on..sy doakan awk kuat ye..dan dipermudahkan segala urusan bykkn doa agar Allah bg petunjuk.

  4. awak still bukakan hati awak utk dia.. susah utk awak move on.. better tinggalkan segala2nya di sana, g cari keje tempat lain..

  5. Jaga ikhtilat, jaga ikhtilat, jaga ikhtilat… cik dh tahu latar belakang dia, cik sepatutnya jaga ikhtilat. wpun dia tunjuk dia friendly ke, caring ke, cik tetap perlu jaga ikhtilat.. bila dh terlanjur suka, akibat perbuatan melayan, inilah akibatnya. Letakkan cinta pertama cik pd Allah, cik takkan pernah kecewa..

  6. awak sendiri cari masalah. Bila dah tahu lelaki dah kahwin, jangan keluar dengan dia. ni setiap hari p makan sama sama. Memang lama lama akan jatuh hati. Awak tinggi suara, tapi dia tak marah. Memang la dia tak marah. Sebab suami orang ni, bukan dia kisah pun. Isi masa lapang. Apa jadi pun dia tetap ada isteri dan anak anak yang tunggu dia. Yang merana awak tu.

  7. Salam Ramadan buat Confessor.

    I sgt2 suka baca stories dlm IIUM ni sbb mcm2 cerita dan ikhtibar yg I boleh belajar.

    And cerita paling popular dlm IIUM ni semestinya kisah curang, poligami dan penderaan.

    Curhat you are shameless. Sbb apa, you tahu you tengah buat kesilapan tapi you pilih untuk abaikan.

    Perbuatan you tu sangat2 tak bermaruah dan you sedang menuju kelembah kehancuran.

    You dah sedia maklum, being a 3rd wheel in someone’s marriage gonna cost you everything.

    Masalah you adalah you takde tempat meluah dan berkasih sayang. Why don’t you try rapatkan diri with your own siblings or mom? Ingat, kasih sayang bukan berbentuk sehala dan bersifat romantik saja. Ianya datang dlm berbagai bentuk.

    For an advise, you kena tukar kerja dari tempat tu. Yes, like you said suami orang ni ada aura tersendiri. Dia mudah utk goda perasaan perempuan terutama yg sepi dan sedih mcm you.

    Itu cuma bayangan you saja sbb keikhlasan seorang lelaki bukan mudah nak dilihat. Sayangi diri anda dan hormatkan wanita lain.

    Cukup2lah bermain dgn perasaan yg jelas2 bukannya layak diperjuangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *