Entah berapa kali sudah ku luahkan kepada Engkau, Ya Allah… Dalam solatku, dalam doaku, dalam tidurku, di pagi hari, dan di malam hari sewaktu aku mulai lena sambil mengesat air mata yang tak pernah kering. Engkau sajalah yang Maha Mendengar. Sudah lebih daripada 20 tahun ini, sepanjang hidupku…, aku sentiasa berdoa kepada Engkau Ya Allah… Setiap masa aku ‘berborak’ denganMu Ya Allah, segalanya aku adukan kepadaMu. Cuma kali ini, izinkan aku menulis ‘surat’ kepadaMu Ya Allah, agar luahanku ini bukan saja hanya Engkau yang tahu, tapi ratusan atau ribuan orang yang membaca. Jadikanlah sebahagian daripada mereka, sebagai wasilah dan perantaraan jawapan yang indah dariMu. Kerana aku buntu, memikirkan apa yang harus aku buat ketika ini, berkaitan persoalan hidup aku yang tak pernah selesai.
Ketika waktu ini, aku sedang menanti hari untuk bergraduasi. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah…Engkau mengurniakan aku ijazah sarjana. Masihku ingat kira2 20 tahun dahulu, sewaktu jiwaku meronta2 ingin menjadi pelukis…namun akhirnya aku memilih bidang pengajian Islam. Bukan mudah untuk aku melupakan cita2 dan impian aku sedari kecil. Engkau takdirkan, asbab lukisanlah aku masih hidup sehingga kini. Di kala aku sentiasa disindir, dibuli dan diejek adik-beradik dan orang sekeliling kerana wajahku yang kurang cantik berbanding kakakku yang lain, lukisanlah yang sentiasa menjadi peneman hidupku. Ibuku malah sentiasa merungut kerana wajahku yang kurang cantik, memarahiku dan sentiasa bersikap tidak adil dan berat sebelah kepadaku…, Engkau takdirkan lukisanlah yang menjadi pembela aku. Setiap keinginan aku yang tidak tercapai, akanku lakarkan pada kertas lukisan. Bahkan, lukisanlah yang menemani hidup aku di saat aku ingin membunuh diri sewaktu kecil dahulu!
Terima kasih Ya Allah… aku redha dengan memilih bidang pengajian Islam ini sebagai laluan hidupku. Walaupun aku disindir oleh sebahagian rakan2ku dari keluarga2 tarbiyah yang baik2 belaka, aku redha. Walaupun amalan dan istiqamahku dianggap x sesempurna mereka. Bukan mudah untuk ku setanding dengan mereka, bahkan xlayak untuk aku berdiri sebaris dengan mereka. Kerana aku dari keluarga yang biasa2 sahaja. Pastinya Engkau lebih tahu, ayah dan adik-beradikku culas dalam ibadat, solat antaranya. Ibuku pula sentiasa memarahi aku dan menjatuhkan aku sebagai anak derhaka jika segala turutannya tidak aku penuhi. Ibuku seorang yang memandang kepada harta dan paras rupa. Aku dianggap selekeh dan hodoh dengan tudung labuhku kerana tidak memakai tudung sesingkat mereka. Kata ibu takkan ada lelaki yang mahukan perempuan hodoh seperti aku.
Ya, diusia hampir menjengah 30 tahun ini…tidak ada sesiapa pun yang ikhlas untuk memperisterikan aku. Ibuku berbangga dengan anak gadis kampung yang berkepit ke sana ke mari dengan teman lelaki. Perempuan yang ramai lelaki dianggap ‘laku’. Ya, aku tidak ‘laku’ seperti itu. Apakah aku perlu melayan lelaki2 yang hadir dalam hidup aku, semata2 untuk membuktikan kepada ibu bahawasanya aku seorang perempuan yang ‘laku’? sesungguhnya aku percaya Ya Allah, Engkau telah simpankan jodoh terbaik buatku. Akulah anak ibu yang tidak cantik, tidak laku, namun tahukah ibu…akulah anak ibu yang sentiasa dikerahkan untuk membuat kerja2 rumah? Aku sentiasa bertanya kepada Engkau Ya Allah, apakah dalam kisah Cinderella yang sentiasa dibuli oleh ibu dan kakak2nya itu sama seperti kisah aku? Apakah benar2 ada putera yang akan menyelamatkan aku? Adakah kerana aku seorang ‘Cinderella’ yang tidak cantik, maka tidak ada wujud sang putera dalam kisah hidupku?
Ku kira, di saat aku sudah bergelar sarjana, aku akan berjaya keluar dari sini… namun, aku masih ‘diikat’ di penjara ini, rumah dan kampung halaman yang menjadi syurga bagi semua rakan2ku. Aku tidak dibenarkan untuk berhijrah dari kampung selagi mana aku tidak mendapat pekerjaan yang bergaji tinggi. Rakan2ku yang lain telah berhijrah ke negeri lain, menimba pengalaman, menggali lebih ilmu. Sedangkan aku di sini, di momokkan dengan andaian2 ibuku yang tidak berasas, bahawasanya di bandar sana banyak orang jahat. Aku tak akan mendapatkan gaji yang tinggi jika berhijrah. Sudah penat aku mempertahankan pendirianku untuk mencari kerja, tidak kira bergaji tinggi/rendah namun, aku tetap menjadi anak derhaka ibu. Engkau tempatkan aku di sini untuk menjadi pengasuh kepada anak kakakku… aku perlu memasak dan mengemas penjara ini. Aku dipanggil tidak berguna apabila gagal dalam beberapa interview, aku digelar tidak berguna oleh adikku kerana tidak mampu untuk menjadi penjamin kepadanya untuk membeli kereta. Ibu selalu katakan bahawa aku ini anak tidak sedar diri kerana menghabiskan duit ayah. Boleh dikatakan setiap hari aku dimarahi, dihina, diperlekehkan, seperti aku anak patung yang tak punya perasaan.
Walau bagaimanapun, aku bersyukur punya keluarga yang sempurna, aman dan bahagia,..aman dan bahagia jika aku sering mengalah dan menjadi pembantu am mereka setiap hari. Ada kala aku membenci ibuku dan mereka2 yang sentiasa memperkecilkan aku. Berdosakah aku Ya Allah? Aku tak mampu mengawal hati dan perasaan aku untuk membenci atau menyayangi… setiap hari aku rasakan sesak di dadaku walaupun aku hanya mendengar suara pekikan ibuku. Setiap malam sebelum tidur, aku menangis keseorangan. Apakah aku berdosa ya Allah? Aku utuskan surat ini kepadaMu..walau aku tahu, Engkau bisa saja mendengar jeritan jiwa kecilku… semoga Engkau ilhamkan jawapan kepada persoalan hidupku ini… Bantulah aku,..Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…
– T
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit