Untungnya Jadi Orang Cantik

Aku bukan dengki atau apa, tapi aku cuma rasa untungnya orang yang cantik ni.

Aku kerja kat satu mall yang ada barangan berjenama. Masa tu masuklah satu staff perempuan ni, panggil dia S.

S ni sebenarnya sepupu kepada kawan tempat kerja aku, nama dia K.

K ni jenis peramah, friendly saja. Dia kata sepupu dia tak ada kerja, jadi dia rekomenlah S untuk masuk kerja situ.

S memang cantik — free hair, kulit cerah, tinggi, badan slim… dia ada gaya-gaya model.

Tapi dia jenis pendiam. Tak pandai bergaul, tak berkawan dengan orang. Dia buat hal dia saja, cakap bila perlu.

Walaupun dia macam tu, tapi orang sendiri yang mendekati dia untuk berkawan. Ajak dia makanlah, lepaklah.

Even aku sendiri pun ada saja tegur dia, sebab brand sebelah-sebelah kan.

Tapi dari pemerhatian aku, ramai customer datang bagi nombor telefon kat dia. Tapi kalau orang minta nombor dia, dia tak bagi.

Ada yang belikan baju tapi bagi kat dia. Ada yang bagi duit.

Time musim perayaan tak payah cakaplah — sejak dia masuk sini, aku ibarat macam baru kenal masyarakat. Rupanya ramai orang berani saja approach orang.

Macam dia lah, time perayaan Cina ke, India ke, Melayu ke, ramai saja bagi duit. Cina ada yang bagi angpow lah, hamper lah.

Dia tak minta semua tu, tapi rezeki dia lah kan. Sampai ada staff kat sini, dapat gaji pun bagi kat dia RM50 lah, RM100 lah, suruh buat belanja makan. Katanya saja-saja rasa nak bagi.

Kadang orang ajak makan dia tak nak, orang paksa sampai offer nak belanja lah, nak belikan itu ini lah… last-last dia ikut saja lah. Mungkin tak dapat nak tolak kot.

Aku ni memang tak pernah dapatlah semua tu.

Baru-baru ni dia nak berhenti, bos merayu-rayu tak bagi berhenti. Siap offer gaji lebih, sedangkan dia tu kelulusan apa pun tak ada. Tapi aku pernah juga nak berhenti, bos just cakap, “Ikut awaklah.”

Maybe aku tak ada rupa. Kalau kerja bagus pun, orang tetap nak yang sedap mata memandang.

Betul lah kata kawan aku, orang cantik ni kat mana-mana pun boleh hidup. Dengan rupa dia, dia boleh pergi jauh saja.

Dia ni jenis kejap kerja kejap tak, jenis cepat bosan.

Baru ni pun aku tengok status dia, dia cakap, “Tak ada ke nak QR beli jajan?”

Lepas tu ramai gila orang QR kat dia — ada lah 7, 8 orang. Semua bagi RM50 lah, RM100 lah.

Tu lah untung jadi orang cantik, sebab dia dapat perhatian bukan dari lelaki sahaja, tapi perempuan pun ramai yang nak bagi perhatian kat dia.

Tapi dia ni bagus, dia pernah cakap kalau dia jenis ambil kesempatan, rasanya dia dah kaya raya dah.

– Ain (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *