UPSR Bukan Penentu Hidup Anak

Baru mak cik tahu tahun ni ada 6 subjek untuk UPSR..nampak sangat dah lama tak follow perkembangan semasa..haha..
.
Dengar berita kat radio tadi mengatakan daripada 450k calon UPSR..1.1% je yang skor 6A..hebat molek adik-adik ni boleh skor sampai 6A..mak cik dulu nak skor 4A pun payah..yerlah mak cik bukan budak pandai… tapi ingat lagi cikgu target 5B masa UPSR 1998..kawan-kawan semua cikgu target ada A at least 2 ketul…tula kuat main sangat..kan dah kena..hihi
.
PMR & SPM pun tak dapat skor straight A..maklumlah sekolah kampung je dekat dengan rumah…belajar pun main-main je..nak pi SBP/MRSM awal2 kna reject…frust pun tak guna…dah namanya tak ada rezeki..redha je lah..
.
Angan-angan nak pi belajar medic kat oversea hancur macam tu je..haha..tu mak cik cakap..mak cik ni bukan budak pandai..frust tu memang frust..sampai mak suruh lupakn cita-cita tu & ambil bidang cikgu tapi hati ni tetap berkeras nak ambil medic..sebab tu cita-cita dari dulu…walaupun masa tu rasa macam tak ada harapan dah nak kejar cita-cita tu..
.
So nak tak nak terpaksa sambung belajar kat Matrix..Jeles jugak tengok kawan-kawan dapat sambung belajar pi oversea..tak pun masuk matrix perubatan kat UIA..tapi mak cik satu pun tak dapat..haha..tapi ye lah tu orang cakap rezeki masing-masing…Allah dah aturkan yang terbaik untuk setiap hambaNya…
.
Kat matrix memang berhabis struggle nak skor..keluar outing pun jarang-jarang..memang 100% fokus belajar…tiba-tiba jadi ulat buku..orang nak cakap budak skema pun cakaplah..tak kisah pun sebab sedar diri yang otak ni tak berapa pick up macam org lain…so terpaksa baca semua buku yg sama berulang kali sampai hadam..sebab mak cik ni memang jenis yang pelupa..BIG WHY kenapa nak sangat jadi doktor adalah nak balas jasa mak ayah & nak bagi kehidupan yang lebih selesa untuk diorang..maklumla saya berasal dari keluarga sederhana..Ayah polis..mak suri rumah je..
.
Alhamdulillah berkat usaha keras dan sokongan berterusan dari mak ayah..dua-dua semester matrix dapat skor 4.0 flat..So dengan izin Allah dapat sambung belajar medic kat universiti tempatan..then 5 tahun pulak struggle nak dapatkan degree in medicine..Alhamdulillah sekali lagi lulus tanpa gagal setiap kali exam Pro..and tahun 2010 sah bergelar Doktor dan akhirnya tercapai jugak hasrat nak pi oversea (kerja kat sabah je..oversea jugak la kan..hahaha….)
.
Alhamdulillah setakat ni hasrat utk berjasa pada mak ayah dah tercapai..walaupun gaji doktor tak lah sebesar gaji orang kerja Oil & Gas atau pilot tapi sekurang2nya apa yang dicita-citakan dah tercapai especially untuk mak ayah..syukur la nak..hehe…sekarang cita-cita nak sambung jadi doktor pakar pulak kalau ada rezekilah..
.
So adik-adik..mak cik cerita panjang-panjang ni bukan nak riak atau nak show off tapi nak buktikan UPSR/PMR/SPM bukan pengukur kejayaan masa depan..dapat result bagus pun tapi kalau kat matrix/universiti belajar sambil lewa & tak fokus..you all tak kan dapat capai cita-cita yg diimpikan jugak…but as long as you all ada usaha keras nak berjaya pasti setiap apa yang diinginkan akan dapat dicapai…
.
Allah dah kurniakan otak yang sama pada setiap manusia tapi terpulang pada kita nak corakkannya macam mana..terpulang pada kita nak asah mcm mana supaya tercapai cita-cita..yang penting find out your BIG WHY…baru you all akan bersungguh-sungguh nak capai sesuatu..mcm omputeh ckp no pain no gain..Hehe
.
Pada ibu bapa jangan la sedih atau down sangat kalau anak-anak tak dapat skor exam..teruskan bagi semangat kat diorang supaya diorang terus bersemangat untuk belajar kerana UPSR hanyalah permulaan yang belum pasti masa depan…Jangan hukum diorang sebaliknya guide diorang supaya belajar sungguh-sungguh..
.
Tapi ingat.. tak semestinya tak berjaya dalam akademik diorang tak boleh berjaya dalam hidup..sebab tengok bussinessman berjaya ramai yg terdiri dari background akademik yg biasa-biasa je tapi sekarang jadi orang luar biasa..malah pendapatan berkali-kali ganda lagi besar dari doktor..so jangan kecam orang mcm ni…diorang boleh jadi lebih hebat dari best student sekarang ni..tapi kalau berjaya dalam akademik + berjaya dalam bussiness itu bonus….hihi hope i will be like them one day…(berangan lagi..Hukhuk)
.
Apa pun..Usaha tangga kejayaan ok..
.
.
P/s : dah lama tak tulis post panjang-panjang macam ni..skadar perkongsian secebis pengalaman yg x seberapa…tqvm pada yang sudi baca sampai habis..anda mmg tabah…haha
.
#upsr
#justbeginning

.

– DR ROSLINA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit