Assalamualaikum. Tq admin kalau approve confession ni. Ni kali kedua aku confess kat sini selepas tollgate girl berijazah.
Semalam keluar result UPSR. Dan aku faham, rata2 yang anaknya dapat cemerlang akan upload slip keputusan UPSR untuk tatapan kawan-kawan fb. Tak kurang juga ibubapa yang anak-anak dapat keputusan tak seperti yang diharapkan rasa malu nak bagitau bila ditanya berapa keputusan anaknya.
Sekadar ingin berkongsi. Aku UPSR tahun 1992. Keluar keputusan memang aku ada kat sekolah. Mak ayah memang tak datang. Yang aku ingat keputusan ditampal dekat papan kenyataan sekolah. Aku dapat 1A 2B 1C. Perasaan aku masa tu, sedih pun tak happy pun tak. Balik rumah bila aku bgtau mak ayah dan kakak2 perasaan dia orang pun sama macam aku. Biasa2 ja. Haha… Dia orang cuma tanya aku nak sekolah mana ja.
Masa aku tingkatan 1 aku dok kelas 1A4. Kelas ke 4 barangkali dari 12 kelas kalau tak salah. 1A3 kelas budak2 pandai atau dipanggil kelas Elite. Entah kenapa sekolah letak nama kelas Elite pun aku tak pasti. Yang pasti dia orang punya UPSR memang cemerlang.
Sepanjang aku tingkatan 1 rekod akademik aku memang hancur. Aku bukan pelajar bermasalah dari segi sosial. Sebab aku jaga pergaulan aku. Tapi bab belajar memang aku ke laut. Bole kata dalam kelas aku, aku satu2nya pelajar perempuan yang malas. Malas buat keja rumah yang cikgu bagi. Pastu datang sekolah bila cikgu mintak buku latihan, mula la aku bagi alasan buku tertinggal la, buku hilang la. Dalam kelas tu jugak aku pelajar perempuan yang kerap kena denda. Bersila luar kelas sorang2 pun pernah tau. Haha… Pernah masa kelas Bahasa Melayu, kita orang kena baca syair. Yang ajar cikgu lelaki. Masa dia suruh aku baca, dia bukan panggil nama aku, tapi dia panggil aku “pemalas, ha baca!”
Masa tu ada yang gelakkan aku. Aku baca syair tu dalam keadaan air mata menitik satu2. Sedih. Cikgu tu tahu aku menangis. Lepas dari tu aku ambik masa yang agak lama jugak la untuk aku senyum bila cikgu tu masuk kelas dan dia buat lawak. Aku perasan setiap kali dia buat lawak, dia akan tengok muka aku. Tapi yang bole buat aku tergelak kembali bila cikgu tu acah2 menari rap dalam kelas. Terus aku tak leh tahan nak gelak. Bila ingat balik, rasa teruk benar perangai aku ni. Keputusan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun aku? Memang teruk. Kedudukan dalam kelas nombor 2 atau 3 (tak berapa ingat) dari belakang. Kedudukan dalam tingkatan tiga ratus lebih. Buku rekod kemajuan aku merah ja. Sampai ayah aku bising. Yang akhir tahun punya lagi dasyat, aku sign sendiri! Rasa teruk sangat. Tak sampai hati nak bagi mak ayah tengok keputusan peperiksaan.
Bila aku naik tingkatan 2, aku mula rajin nak belajar. Alhamdulillah, kedudukan dalam kelas pun no 5 ke bawah. Cikgu Pendidikan Seni yang dulu suka denda aku masa tingkatan 1, bila tingkatan 2 dia ajar Bahasa Melayu pernah tepuk bahu aku sambil kata “bagus” masa aku membaca depan nazir sekolah yang melawat kelas. Bangga sat.. Haha
Tapi tu la prestasi akademik aku turun naik. Masuk tingkatan 3 aku jadi malas balik. PMR aku takda A. Ada B, C, D. SPM aku dapat pangkat 2. Tapi bila masuk tingkatan 6 memang aku struggle gila2 dengan kawan2. Alhamdulillah aku dapat 5 Prinsipal. Dapat sambung belajar kat IPTA.
Kat universiti pun masa 1st sem aku main2. Cuma dapat pointer 2.98. Pastu kena repeat 1 paper. Sem 2 baru usaha lebih. Masa last sem buat tesis aku lalui lagi 1 cabaran. Terasa dah tak boleh nak teruskan tesis aku. Sebab sikap malas aku ni la. Bila aku tunjuk rangka tesis aku pada Prof bergelar Datuk yang menyelia aku, sambil dia menolak rangka tesis aku, dia keluarkan ayat yang aku ingat sampai sekarang. “Kalau macam ni u punya keja, kalau u dapat A, u memang pandai.”
Serius, aku rasa terpukul. Tapi aku fikir positif selepas nasihat arwah sahabat aku. Aku anggap kata2 Prof aku sebagai satu cabaran. Aku usaha sungguh2. Alhamdulillah, keluar result, tesis aku dapat A. Dan hasil tulisan tesis aku dijadikan bahan rujukan untuk satu jurnal sejarah ketokohan.
Kalau nak tahu aku yang kini, bole baca balik confess pasal tollgate girl berijazah. Haha… Aku syukur dengan kehidupan kini. Walaupun permulaan kerjaya aku tak setaraf dengan kelayakan akademik, aku ambik iktibar dengan apa yang aku lalui. Kejayaan takkan datang bergolek. Kena usaha. Kalau kita pernah gagal, jangan fikir kita akan gagal selamanya. Kawan2 aku yang dulu dapat 4A masa UPSR ada yang berjaya, ada yang kini kehidupan dan kerjayanya biasa. Ada juga yang masa sekolah menengah dok kelas elite, setiap penggal dapat anugerah best student, bila masuk universiti kena buang sebab gagal capai syarat setiap semester. Sekarang aku tak tahu dia buat apa. Dah terputus hubungan. Ada juga kawan aku yang sama universiti kena buang sebab pointer rendah setiap semester, minta universiti lain tahun berikutnya. Dia belajar dari kesilapan. Bangkit semula dan usaha. Sekarang Alhamdulillah dia dah jadi guru.
Masa sekolah cikgu selalu jugak cerita, jumpa bekas anak murid yang kelas belakang2, yang bermasalah, dok berniaga jual bawang kat pasar. Tengok cikgu, bekas anak murid ni yang tegur dulu “cikgu kenai saya dak? Saya yang dulu bla.. bla.. bla..” Haha… Siap bagi free ka bg diskaun ntah kat cikgu yang beli barang kat dia… Aku pun dah ingat2 lupa sebab cikgu aku cerita 18 tahun yang lalu.
Jadi pada ibu dan ayah, janganlah kecewa bila anak-anak gagal capai target yang kita harapkan. Fahamilah UPSR hanya permulaan, bukan penentuan kejayaan anak-anak. Masa untuk anak-anak usaha untuk menempa kejayaan masih panjang. Kalau kata di masa akan datang pun dalam bidang akademik dia tak mampu pergi jauh, kena berlapang dada. Mungkin rezeki dia dalam akademik setakat tu saja. Rezeki ni pelbagai. Mana tahu anak yang tak berjaya dalam akademik tu la nak jaga kita masa tua. Sebab dia tak dapat nak kerja hebat2. Hanya mampu kerja kampung yang dekat2 dengan kita ja. Bole la tengok2 kita masa dah berusia kan?
Mak ayah, kalau anak2 kita berjaya dalam akademik, itu cuma pekej. Yang jadi keperluan sebenarnya, kita berjaya didik anak-anak jadi anak2 yang soleh, beradab, terdidik akhlaknya. Itu keperluan utama buat kita sebab bila kita mati nanti salah satu perkara yang kita perlu adalah doa2 dari anak2 yang soleh.
Sekian.
– Kin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit