Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hai, saya Norul. Tahun ni umur 25 tahun. Masih bujang. Dah bekerja dengan gaji minimum rakyat Malaysia. Kerja kerani dah 2 tahun. Tak pernah couple sebab tahu dalam islam tiada istilah couple sebelum nikah.
Zaman remaja dulu suka sangat baca buku Ustazah Fatimah Syarha. Alhamdulillah diberi kefahaman melalui pembacaan. Adik² remaja saya sarankan baca buku² ustazah untuk belajar pasal ikhtilat dll.
Sekarang ni saya direzekikan kerja dekat kg dapat duduk ngan mak ayah. Doakan la lepas ni kot² dapat rezeki kerja tempat lain. Saya teringin jugak nak dapat kerja dengan gaji yang ok sikit.
Saya Lepasan Ijazah pengajian Islam di Universiti Awam (ada sebab saya bagitahu benda ni), bukan nak bajet macam grup ria* apa hari ini ye. Hahhaha
Saya sekarang baru lepas positif covid19 tahap 3. Sekarang masih mc. Doakan saya sembuh macam biasa ye. Sebab bila covid19 tahap 3 ni kategori radang paru². Maksudnya virus tu dah sempat masuk dalam paru².
Masa xray dekat wad pun Dr ada maklum yang kuman masuk paru² kiri dan kanan tapi Alhamdulillah tak banyak. Sekarang dah sembuh cuma batuk tak hilang lagi.
Doakan saya sembuh ye. Mohon semua #staysafe #stayathome. Tiber panjang pulak mukadimahnye ya.
Perempuan memang macam ni kan. Nak cerita benda lain tiber masuk topik lain. Sebab orang perempuan kan sehari kena bercakap 21000 patah perkataan. Hahah.
Sebelum tu nak ucap terima kasih admin sebab approved confession ni. Makluman, confession ni agak panjang sikit ye.
Sebenarnya confession ni lebih kepada nak mintak nasihat daripada akak² yang dah ada pengalaman, yang dah makan garam lebih dari saya.
Tapi sebenarnya timbul jugak persoalan dalam kepala saya kenapa garam ye? Bukan nasi ke gula ke. Haha. Takpelah. Ni bukan persoalan utama.
Ceritanya macamni saya sebenarnya tengah tersepit antara dua ni (bukan tersepit dicelah kayu ye). Ada sorang makcik tu merangkap sedara jauh jugak la pastu merangkap kawan kepada mak saya dan merangkap ibu kepada kawan adik saya.
Pening ke nak paham? takpe takyah fikir pun takpe senang citer makcik la kan. Dia bahasakan diri dia sebagai ummi dengan saya. Dia dah 3 kali nak masuk meminang saya untuk anak dia. 3 kali gais, dari akhir tahun 2019 lagi kalau tak silap la.
Ok. Masa kali pertama tu saya anggap main main jela kan sebab dia duk reply status wasap adik saya kalau adik saya upload gambar dekat ws tu.
Dia kan mak pada kawan adik saya. Adik saya ada simpan no. ummi tu. Ayat pertama dia masa reply story tu “cantiknya kakak tu, ummi berkenan nak buat menantu”.
Masa tu dah rasa seram sebab tak pernah² ada orang cakap saya ni cantik. Sekali memang dia call mak saya terus pastu tanya dah berpunya ke belum.Kalau belum nak hantar rombongan meminang untuk anak dia.
Bayangkan masa tu saya baru saja habis belajar. Baru mula kerja memang rasa tak mampu lagi dari segi kewangan nak kahwin. Ilmu rumahtangga pun cetek sangat rasa. Ok, alasan mula² masa tu saya cakap la saya muda lagi, tak fikir pun nak kahwin.
Nak kerja, nak tolong mak ayah. Kalau ada rezeki nak sambung master. Tu saja matlamat saya masa tu. Sekali ummi tu balas ‘ Owh, sama la ngan anak ummi, dia pun tak fikir pun nak kahwin lagi. Dalam 3, 4 tahun lagi kot perancangan dia.
Kira boleh la ye, sama la tu. Cuma ummi nak ikat awal² dulu kalau boleh, risau melepas dekat orang lain.
Saya dah tepuk dahi waktu. Sebab tak tahu nak bagi alasan apa. Memang dalam perancangan saya taknak kahwin lagi. Lagipun lama kot nak ikat sampai 3, 4 tahun. Aduhai.
Dahla saya tak kenal langsung siapa anak dia.
Kali kedua pertengahan tahun 2020, ummi wasap saya lagi tanya boleh tak nak masuk mintak. Masa tu saya dah serba salah tak tahu nak cakap apa.
Sebenarnya ada sebab saya rasa serba salah tu. Saya nak terima saya tak kenal pun anak dia. Anak dia pun macam tak tahu saja perancangan ummi dia nak jodohkan saya dengan dia.
Ummi cakap anak dia redha saja apa perancangan ummi. Jadi yang nampak bersungguh tu ummi dia saja. Dia tak kesah. Sampai saya rasa saya nak kahwin dengan ummi ke anak dia ni. Masa ni pun saya tak kenal lagi sape anak dia.
Saya nak tolak saya rasa serba salah sebabkan ada hadith Rasullah s. a. w :
Apabila datang kepadamu (untuk meminang) iaitu seseorang yang kamu telah rela terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah (anak perempuanmu) dengannya, apabila tidak, maka akan terjadi fitnah dan kerosakan yang meluas di muka bumi.” (HR. At Tirmidzi)
Jadinya saya tanya jugak pendapat sahabat². Apa yang perlu saya buat. Terima ke tolak. Kalau dia tu orang yang soleh tak baik tolakkan. Huhu.
Ada sahabat yang suruh saya usha facebook dia. Suruh kenal². Saya rasa macam perigi cari timba pulak kalau saya yang tergedik² pm dia. Adoyai. Ni la masalah perempuan kalau circle hidup ngan orang perempuan je, minda tertutup jadinya.
Saya memang tak ada kawan laki. Semua kawan saya dari sekolah sampai uni semua perempuan. Jadi banyak betul timbul assumption.
Ok saya usha facebook dia, masa tu baru tahu nama apa semua. Gigih cari dekat facebook ummi tu. Kerja dekat mana apa bagai. Tapi saya tak pm pon. Segan.
Kali ketiga ummi call tanya boleh tak nak masuk mintak masa bulan 1 tahun 2021. Sebab masa bulan 11 2020 tu saya ada kerumah ummi sebab ummi ada buat majlis dekat rumah dia. Masa ni pertama kali saya jumpa mamat tu.
Sebenarnya saya tak kenal pun mana 1 anak dia. Tapi sebab pelik asal ada sorang mamat tu duk pandang² saya. Nasib pakai mask. tak adala malu sangat. Tapi waktu jumpa dia perasaan saya kosong. Biasa saja.tak ada rasa zap ke zup ke dalam hati tak ada. Haha.
Bila kali ketiga ummi tanya, saya dah fikir mungkin dia jodoh saya kot. Kesian pulak dekat ummi duk tanya sampai 2, 3 kali.
Saya fikir umur 25 bukan waktu untuk cakap saya masih muda untuk kahwin. Saya suruh adik lelaki saya add friend mamat tu dekat facebook pastu tanya pandangan adik macamana. Dia cakap ok saja.Dari pandangan dia life mamat tu biasa² je.
Saya sangka baik, kadang orang baik² ni tak perlu tunjuk pun benda tu dekat sosial media. Ye dok? Kali ni ummi cakap anak dia bagitahu yang kalau boleh dia taknak paksa saya terima dia. Dia cakap saya ni lepasan ijazah, dia biasa² saja. Saya sejujurnya tak kisah pun dengan ijazah ke apa.
Yang penting yang boleh sama² saling nasihat menasihati.Yang mampu sama² bimbing anak² nanti. Yang boleh bawa rumahtangga kesyurga gittew. Saya ni dahla jenis huhahuha, risau jugak kalau dapat suami yang tak boleh bendung kehuhahuhaan saya ni. Hahaha.
Saya cuba nak kenal dengan nak bagi borang Baitul Muslim sebenarnya dekat dia. Kalau betul nak kenal isi borang biodata. Atleast boleh kenal lebih mendalam.
Saya tak suka kalau nak kenal untuk suka². Lepas fikir masak² dan kawan ada sarankan suruh saya istikharah.
Masa ni rasa ni saja jalan dia. Saya cuba bangun solat sunat Istikharah seminggu berturut². Memang direct doa nama dia dalam doa istikharah tu. Sampai nanges saya doa sebab buntu.
Kadang serabut jugak kalau fikir. Tiba² hati saya dapat rasa yang bukan dia jodoh saya. Seolah² jawapan pada istikharah saya TIDAK UNTUK DIA. Rasa yang susah nak describe.
Tapi saya yakin bukan si DIA jodoh saya lepas solat sunat tu. Dalam solat Istikharah tu saya memang harapkan jawapan dari Allah je.
Saya ingat macam saya nak reject saja.Tapi faham tak rasa bersalah tu macamana? Ummi tu sedara mak saya, kawan mak saya & mak kawan adik saya. Saya tak tahu cara nak reject tu macamana.
Calon lain saya tak ada. Kalau tak boleh direct bagitahu ada calon lain. Tapi tu pun kalau calon yang baik datang la deh. Sebab saya rasa kahwin ni bukan benda main.
Bukan macam main pondok². Nak kahwin kahwin, tak nak buang. Lagipun saya risau kalau apa² berlaku nanti anak dia salahkan ummi sebab ambik saya jadi isteri dia.
Cara ummi nak saya jadi menantu dia macam ummi meletakkan ‘high-expectation’ dekat saya. Saya takut. Mak saya cakap ummi siap ada tanya orang lain lagi dekat mana boleh cari menantu macam saya. Seram kan. Saya pun tak faham kenapa ummi nak sangat saya jadi menantu dia.
Boleh tak akak² bagi pendapat masalah saya ni. Saya serba salah. Macamana ye nak reject dengan cara yang baik. Ke saya patut terima saja?
Saya tak nak sebab saya reject mak saya putus kawan, putus sedara. Ke saya yang overthinking eh? Harap jangan kecam saya. Doakan yang terbaik untuk saya ya. Tahlah. Pening la. Urusan jodoh memang memeningkan ke?
Yang Buntu,
– Norul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit