Uruskan Harta Peribadimu

Hai semua. Saya Mimi. Dilahirkan dalam keluarga yang besar, sebelah mak abah dan juga adik beradik yang ramai. Juga dibesarkan dengan mak abah yang menguruskan atok nenek tua dan sakit.

Bila ke rumah yang atok nenek tinggal atau datang dan kene tinggal di situ untuk menjaga mereka, sangatla merimaskan banyak barang orang yang ditinggalkan sedang masing2 sudah merantau/ ada rumah sendiri/ sewa.

Suatu hari nenek minta aku dan adik2 kemaskan gotong royong rumah nenek.

Setakat kemas biasa, menyapu, mop dan sebagainya itu sudah biasa tapi nak kemas barang orang bukan senang. Ada cd2 lama mak sedara yang ditinggalkan. Banyak pulak tu. Bila ditanya kata sayang kenangan.

Adoi ape ni. Zaman bila ini. Dah tak guna CD. Menyusahkan orang pulak nak kene bersihkan berhabuk bagai. Nak masuk stor penuh dengan barang orang lain. Berlipas dan bertikus.

Setelah aku besar, poksu berkahwin dan mereka anak beranak kene tinggal di situ.

Aku kesian dengan moksu banyak makan hati. Rumah yang banyak barang orang lain yang lebih penting, dominan dan pembuat keputusan ini bukan senang orang lain nak duduk. Banyak barang orang dan tak boleh kacau usik, sayang.

Tapi rumah yang bakal jadi rumah pusaka ini banyak barang orang. Tak fikir ke korang senang2 duduk rumah sendiri/ sewa ke tapi aman damai tiada barang orang lain. Bila nak gotong royong macam2 alasan. Balik pun sekejap2, sibuk memanjang.

Jadi aku rasa terpanggil nak coretkan kepada warga maya. Harta2 peribadi kita:

1. Uruskan, simpan baik2. Analisa nak berguna lagi ke. Kalau sudah setahun tak berusik tu fikir-fikirkanlah.

2. Bila sudah tak nak barang2 tu, bertanggungjawabla sendiri. Pergilah buang/ kitar semula/ bagi orang/ jual.

3. Kalau nak, letakkanlah di tempat yang sesuai. Kalau dah ada rumah sendiri bawakla sama2. Jangan sayang2 tapi letak kat rumah pusaka atau rumah yang kau tak duduk dengan berharap akan bermanfaat untuk orang lain.

Buku/ baju contohnya tak semestinya orang lain nak guna kalau simpan. Zaman berubah, fesyen pun berubah. Silibus pun berubah.

Buku pun dah tak baca dan guna. Buat berlipas dan bertikus je. Jadi payah orang yang duduk di situ. Piala, pingat dan pelbagai kenangan tu boleh simpan sendiri.

Jangan bila kita meninggal, harta ni menyusahkan orang lain kene kemas. Kadang bukan harta berharga pun. Jangan aniaya orang lain yang kene tinggal di rumah tu. Mungkin kawan2 boleh bagi pendapat.

Terima kasih sudi baca.

– Mimi Nana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. setuju..
    bila kita dah tua memang tak larat nak mengemas barang2
    tapi sebelum tu boleh amalkan hidup minimalis
    pakai apa yang perlu
    buat deep cleaning setiap bulan
    clear barang clear kepala ..huhuhu

  2. Betul tu. Disebabkan saya dulu-dulu baca artikel/post seperti inilah yang buatkan saya dah kurang nafsu nak membeli bukan-bukan (lagi-lagi barang-barang perhiasan/display), sebab pikir ntah-ntah nanti gunanya pun tak. Beli sekadar buat tambah koleksi last-last berhabuk. Saya terpikir kang aku mati nanti dah susahkan waris-waris aku nak kemas dan uruskan. So better minimalize kan barang-barang kepada yang memang confirm akan guna selalu.. Barang2 yang memang tak guna macam buku-buku lama, piala pingat, vcd tape kaset lama dll memang buang.. Baju-baju seluar tudung kat almari pun dah kurangkan tinggalkan yang memang selalu pakai. Mana-mana yang sekurang kurangnya 3 bulan tak pakai, preloved/infak je..
    Kadang-kadang hadiah pemberian orang pun saya infak bagi orang lain yang nak sebab memang tak pakai. Bukan tak hargai hadiah orang tapi dah memang tak kena dengan citarasa (atau tak selesa nak pakai) so barang tu akan duduk dalam-dalam almari, last-last tak pakai pun. Dari macam tu baik bagi orang yang memang nak.

    Dah minimalist ni tenang sikit kepala tak serabut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *