Uruskan Suami Ke Kanak-Kanak?

Assalamualaikum semua, aku kenalkan diri aku Kemboja, muda lagi baru umur 29.

Aku harap korang dapat bantu aku yang tengah bengang ni. Tapi masih lagi dalam keadaan terkawal la, hehe. More to masalah suami isteri, aku saja post sini bukan dekat krt sebab nak jawapan educated sikit, hehe.

Aku rasa ramai saja yang alami macam yang aku alami, macam mana nak handle suami yang slow. As semua benda kita nak kena cakap and bagitahu.

Nak kata jahat tidaklah, orangnya penyabar saja. Tapi kadang2 macam aku pulak yang melebih, padahal aku ni isteri. Semua benda aku nak kene bagitahu, as ketua keluarga dia macam tak buat apa2 ?

Or aku yang over dalam rumah tangga kami ni? huhu. Tapi kalau aku tak bertindak and slow saja macam dia, rasa2 boleh jadi hantu kot aku ni. Aku bagi contoh situasi la.

Lauk nak masak esok dah nak habis atau memang dah habis, tunggu dia ajak ke pasar dari minggu lepas tak ajak2. Minggu depan nak balik kampung, tapi satu info nak kene apply cuti ke apa ke tak bagitahu. Last2 mesti last minute baru inform and bergaduh.

Kejap lagi sedara nak datang rumah, lagi dua jam sebelum tu baru cakap, rumah sepah2 pastu nak jamu apa lahai. Lagi satu bila dengan bab orang luar atau sedara mara belah dia, selalu dia buat relax saja.

Contoh nak pergi singgah rumah abang dia ke mak dia ke, kadang kita ni kalau tahu nak bawak ler buah tangan ke apa. Tahu2 sampai. Geram saja. Jaga la air muka saya sikit. Walaupun mereka semua tak kisah kan. Tapi adab and dalam hati mereka siapa tahu huhu.

Itu semua CONTOH. korang rasa?? Banyak lagi situasi yang aku merasakan dia ni slow or lambat bertindak or terlebih tenang tak tahulah kan. POINT dia itulah, nak handle suami begini. Atau aku yang nak kene berubah???

Aku bukan apa, aku jenis tak suka last minute and suka atur masa supaya tenang2. Kadang kita ni bini bukan nak kecoh2 bising itu ini sangat pon, letih tahu tak jadi macam tu. Tapi kalau dah suami macam tu, mana bini2 tak jadi macam ni ye dak?

Baru aku faham kenapa ramai bini2 lepas kawin jadi singa, kadang letih nak handle suami tapi sebenarnya handle budak? hmm. Pastu bila dah tak tahan, give up, berpisah.

last2 perempuan jugak yang nampak salah, orang tuduh bini dia queen control la singa or garang sangat, itu sebab suami lari. Padahal suami lah punca semuanya. Suami tu ketua, tapi kalau ketua pun alahaii. korang paham tak?

Suami as nakhoda kapal, tapi macam orang2 bawahan pulak yang kena disuruh dan bertindak. Kalau time bergaduh or aku marah2 potpet potpet, dia memang senyap dan tenang saja.

Tapi tula, satu2 kami kena alami dulu baru dia paham and buat. Kalau benda baru semua nak kene aku bersuara dulu. Hmm letih pulak, macam uruskan anak. Macam kita pula kena jaga dia.

Esok tak tahu aku bising sebab apa pula. Ya Allah semoga aku kuat dan sabar. Hmm tak seindah yang disangkakan. Kadang2 dah tak da rasa kat jiwa ni, hanya rasa letih saja. Rasa nak jadi single balik pon ada hmm. Entahlah.

Macam ni ke rumahtangga yang sakinah, mawaddah, warahmah? Setakat ni, itu jela. Tolong aku yer, assalam semua.

– Kemboja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *