Assalamualaikum.. Harap iium dpt siarkan penulisan saya.. Nowadays, buka fb, intagram dan sewaktu dengannya, sometime akan ada dikalangan kawan2 yg akan post seolah nak cerita keburukan suami/isteri dekat satu dunia. “Penat la buat kerja umah sorg2, ada org lain dalam umah ni pun xmembantu, asyik tengok tv jer”.. “hmmmm…asyik fikir barang make-up dia jer, kita kat tempat kerja terpaksa fikir nak makan ke tak”… and bnyk la lagi status2 yg diup dgn niat sekadar nak luahkan perasaan, nak lepaskan geram..helooooo…kita tak fikir ke yg jdi friend dalam fb etc kita kebanyakan family n kawan2 yg memang dah kenal kita. automatik kenal pasangan kita. Tak fikir ke kalau org judge isteri/suami kita mcm2. Bila org mula mengutuk atau cakap itu ini psal psangan kita mulalah kita nak melenting, meroyan dan sewaktu dgannya. Padahal kita sendiri dah membuka pekung didada. Habis semua bnda kalau boleh kita nak up di status. Takkan kita nak tukar privacy kepada only me, aiiihhhhh dah mcm org psiko plak sendiri post sendiri baca sendiri like sndiri komen..hahaha.. ok, berbalik kita kpda jgn terlalu pndang kelemahan psangan. sometimes, memg ada kelakuan pasangan yg sgt menyakitkan hati kita, kdg2 rasa macam nak pelempang muka dia kuat2. Yala, mana taknya, suami letih kerja, kita pun sama, bila balik rumah kita sorang2 kena handle rumah, suami langsung tak mahu membantu. part isteri plak, dah tahu suami kat pejabat nak makan pun berrcatu sebab nak kena urus kewangan keluarga, dia boleh plak senyap2 beli baju baru, kasut bru tiap bulan. sapa tak hangin ooo.. Tapi apa yg pnting bila nk mrah, apa penyelesaian yg kita ada. Luahkan apa rsa yg terbuku dgn up status difb etc, this is wrong way.. lebih baik kau hentak pintu bilik kuat2, atau baling cawan ke dinding. Biar pasangan kau jer yang tgok semua tu. Semua manusia tak sempurna dan masih belajar tpi jgn jdikkan itu kelemahan yg tak boleh diubah, muka ja xbleh ubah, perangai boleh ubah kalau kau nk ubah. Utk suami, sesekali ringankn tulang tlg isteri, jgn ego sebab ego kau akan mampu bunuh penghormatab isteri kau pda kau. Suami kalau ada benda yg xkena isteri buat, kau bleh slow talk dengan dia, kalau xjalan jugak ada beberapa cra yg Rasulullah s.w.a dah gariskan, kau guna ja cra nabi tu, inshaAllah berkesan. Suami walau bnyk keburukan dia, sesekali bila nak tidur cuba kau tenung muka dia, cuba fikir betapa bnyk pengorbanan dia pada kita. kalau dapat suami yg kerja teknikal, memang xrehat dia kat tempat kerja. Duit, mkn pakai kita semua dia jga dengan baik. Dia selalu berusaha berikan yg terbaik walau dalam keadaan tak mampu. Dia mencubaa dan terus mencuba walau gajinya kecil, walau baju murah mampu dibelinya, walau smggu 2,3kli makan telur goreng, tpi usaha dia tak pernah ada rasa putus asa. Utk para suami, sesekali tenunglaah muka isteri. Ini isteri yg bekerja mncri nafkah utk membantu kita. Bila balik rumah, tergesa2 dia siapkan makan utk kita. Dia bsuh baju kita, dia pastikan rumah sentiassaa kemas, dia cuma nak kita rasa selesa. Dia layan setiap anak2 kita dgn baik, walau sakitnya mengndung dan melahirkan, dia tetap mahu berikan zuriat buat kita. tidurnya tak pernah ckup, rehat itu tak pernah ada dlm istilah hidupnya. Dengn sgla pebgorbanan suami/isteri kita masih lagi utk menghebbohkan pda dunia tentang sedikit keburukan dia, adakah adil utk pasangan kita? Jika syurga itu milik bersama, mengapa keburukan itu tidak diperbaiki bersama.renung2kanlah.
– Nur Ain
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit