Hai, nama aku Emma. Of course bukan nama sebenar. First, terima kasih pada admin jika cerita aku ni disiarkan. Second, aku minta maaf kalau bahasa aku rojak sangat.
Aku teringin nak share cerita aku lepas baca cerita ni, https://iiumc.com/cari-jodoh-
Aku ni pembaca tegar IIUM Confession ni. Suka aku baca cerita-cerita rumahtangga orang. Kisahnya bermula bila penghujung 20an, dan mak aku tanya, ‘Kakak bila nak kawen? Dah ade calon ke?’
Aku cuma balas, ‘ade jodoh ade lah’. Tapi mak aku lagi cepat balas, ‘Memang la tapi kalau tak usaha, tak kemana jodoh akak tu’. Something like that la aku pun dah tak ingat ape mak aku cakap tapi lebih kurang macam tu la.
Aku sebenarnya dari umur 25, aku dah kenal dengan lelaki yang salah. Buang masa buang duit bertahun tahun so aku macam malasnya nak cari jodoh. Penat!
So bila mak aku cakap macam tu, aku macam… hmmm nak cari jodoh macam mana eh… Then aku pun google.
Jumpa website Baitumuslim pada tahun 2019. Aku subcribe bayar 6 bulan terus. Sebab kalau tak bayar, tak boleh chat orang yang kita nak kenal. So nak taknak kena bayar jugak.
Well aku ni sebenarnya macam besar berisi sangat. So yang nak kenal tu semua tak betul betul serius. Aku taknak la kawen dengan orang yang jauh jauh sebab mak bapak aku kat negeri ni.
Kalau boleh nak yang senegeri jugak. Tapi, aku ade kenal dengan sorang mamat ni. Nama dia Fairuz. Pun bukan nama sebenar sebab aku dah lupa nama dia. Lama jugak la aku kenal kenal text call dia.
Penah jumpa sekali kat mamak masa aku pergi negeri dia ada kursus. Until at one time, aku cakap terus terang. ‘Awak nak jumpa mak bapak saya tak?’.
Aku malas nak panjang – panjang. Macam aku cakap sebelum ni, aku penat nak kenal orang lama-lama.
Nak tau ape Fairuz cakap? ‘Saya tak ready lagi’. Masa tu aku memang menyumpah. Kau register kat web cari jodoh sebab apa sebenarnya. Then aku move on. Bila dia text aku, aku seen dan reply 1/2 hari lepas tu.
Memang aku bolayan la senang cakap. Then aku subcribe lagi setengah tahun tapi hasilnya hampa. Duit habis kenal jantan taguna sana sini tapi alhamdulillah Allah swt selamatkan aku dari kahwin dengan jantan2 taguna tu. Hehe
2020 aku usaha lagi register kat website lain. Till Jannah. Bayar setahun terus wey. Tapi website tu tak mesra pengguna.
Aku nak scroll orang pun malas. Aku rasa aku memang takkan kawen sampai bebila kot sebab susah sangat macam ni so aku biar saja la website tu.
Tak guna langsung walaupun dah bayar. Dalam masa yang sama, aku rasa tak ramai yang nak berkenalan dengan aku sebab aku ni berisi. So aku start cantikkan badan sikit. Exercise. Gym. Jaga makan and etc.
2020 kan start pandemic. Aku ade kenal dengan sorang mamat ni nama Aiman kat wechat. Aku penah jumpa dia dulu (tak sampai 2 minit pun) tapi masa tu bukan sebagai kawan or kekasih.
Wechat ni aku guna untuk kerja. Tapi Aiman tak kisah ni hari hari berhai hai dengan aku tiap malam.
Aku buka hati aku balik untuk kenal dengan lelaki. Yelah manaa la tau dia jodoh aku kan. Memula quite okay laa. Calling calling text siang malam.
Dia siap nak jumpa mak bapak aku lepas Malaysia boleh rentas negeri nanti. Lama gak la aku buang masa aku dengan jantan taguna tu.
Lepas dia boleh masuk kerja balik, dia dah kurang text aku, call aku. Yang kelakar dia bagi alasan sibuk sampai langsung tak boleh balik negeri sendiri.
Oh ya mak ayah dia sama negeri dengan aku. Dia saja kerje tempat lain. Bayangkan penipu benar sampai raya pun tak balik jumpa mak ayah.
Bagi aku dia memang tak gentle, kalau taknak, cakap jela taknak. Takyah buang masa aku. 1 tahun gak la aku tunggu respond dia yang kononnya nak datang jumpa mak bapak aku tu. At the end, aku give up.
Hujung tahun 2020 aku kenal kenal dengan customer aku nama Safri. Baik orangnya.
Ade la keluar 2 kali kat mamak tapi dah lama lama tu aku rasa macam tak serasi. Asyik bergaduh saja walaupun on the phone. Kitorang tak teruskan la sebab masing-masing tahu kitorang tak serasi.
Dalam masa yang sama, aku still exercise. Dan aku betulkan mata aku. Sebab aku kan tembam. Kalau pakai spek macam mak mak muka aku.
So cerita aku ni masih takda penghujung. Dah 2 tahun aku buang masa aku ‘cuba’ cari jodoh. Bukan aku tak doa, tiap hari aku doa.
Mungkin kifarah dosa dosa aku masa lalu kot.
Dan entah macam mana, Allah swt gerakkan aku install omi. Omi apps. Omi ni kira best jugak la sebab dia based on location. Dia akan carikan orang yang sama location dengan kau jugak.
Contoh, kau dah set up akaun kau kan, dah boleh cari jodoh dahhh! Hehehe.. Swipe right kalau kau suka orang tu.
Swipe left kalau kau tak suka dia. Dan kalau orang yang kau swipe right tu pun swipe right kau jugak, kau boleh chat dia. Kiranya kena suka sama suka.
Yang paling penting kat Omi ni profile picture kau. Kalau setakat letak gambar baru bangun tidur penuh air liur basi, jarang-jarang laaa orang nak swipe right kau. Letak your best picture okay.
Macam yang aku cakap sebelum ni, aku penat nak kenal kenal orang. Penat sangat2 sebenarnya. So apa aku buat? Aku subcribe saja Omi Premium. Sebulan RM20 lebih. Omi premium ni akan tunjuk list semua yang swipe right aku. Senang.
Aku tinggal pilih saja sapa yang suka aku, dan aku chat dia balik. Easy kan? Dalam 1000 orang yang swipe right aku, aku ade la chat dengan few person dalam tu.
Bila aku nak jumpa orang tu kat kedai makan, baru aku exchange no telefon. Tu pun sebab aku yang set up tempat. Aku takut orang yang aku nak jumpa ni nanti sesat pulak kan.
Dan, the rest is history. Aku jumpa my husband. Lepas aku bayar untuk Omi Premium tu, 4 hari lepas tu aku dah unsubscribe. Sebab aku dah jumpa apa yang aku nak. Tips yang paling penting, pilih muka yang Nampak baik.
Dan yang chat perkataan yang baik baik. Sebab muka baik biasanya akan baik. Tapi muka jahat, jarangnya baik. Gitu..
Korang doakan ya aku dikurniakan anak yang terbaik dari Allah swt. Terima kasih. Yang tengah jodoh hunting ni boleh cuba cara aku ni. Trust me, it works. Dan jangan lupa doa sama.
Aku doakan uolls yang baca ni dikurniakan suami yang terbaik untuk uolls. Dan kalau yang dah berkahwin, dikurniakan zuriat yang soleh solehah, dan dapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Insyaallah
– Emma (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit