Assalamulaikum..sebelum saya panjangkan coretan saya , terdahulu saya doakan kalian yang membaca coretan ini ditambahkan ketaqwaan , dan dipermudahkan segala urusan. Saya ingin menceritakan pengalaman usaha saya sehingga dikurniakan rezeki anak.Saya telah mendirikan rumahtangga dalam satu tempoh yang agak lama. Pelbagai soalan dan ejekkan dari kawan-kawan dan saudara mara kerana saya agak lewat mempunyai rezeki anak. Mula-mula agak rasa tertekan sebab kawan-kawan yang kahwin kemudian berbanding saya telah dahulu mendapat rezeki anak. Untuk usaha lebih-lebih beli supplement mahal-mahal saya tidak mampu.Untuk berubat lebih-lebih di hospital/klinik pakar pun kami tidak mampu. Hanya doa dan usaha yang ikut kemampuan sahaja dapat dilakukan.
1)Solat
Usaha yang saya lakukan ini adalah hasil dari pembacaan saya atas pengalaman-pengalaman orang lain. Tetapi ingin saya tegaskan disini, SOLAT adalah kunci pada segala rezeki. Sebelum ni solat kami suami isteri tidak teratur. Subuh asyik terlewat. Solat lima waktu sentiasa dilengahkan. Cth: sengaja solat lewat zohor sebab nak terus solat asar. Allah..teruknya hambaMu ini Ya Allah. So, saya cuba baiki solat dulu. Dari yang wajib sehinggalah yang sunat. Solat Dhuha dan Solat Tahajud jugak banyak menjadi perantaraan antara saya dengan Allah. Saya sarankan tolonglah jangan tinggalkan solat dhuha dan solat tahajud.
2)Perangai Suami Isteri
Dalam alam rumahtangga tak dinafikan memang seringkali kita berselifih faham. Saya cuba observe kekurangan dan keburukan saya. Saya seorang yang agak ‘menjawab’ dengan suami . Dan suami seorang yang agak keras dan susah nak tolerate. So, sebelum saya 100% tunding jari kat suami saya muhasabah diri. ” Aku yang kena berubah”. Saya latih diri untuk tidak ‘menjawab’ dengan suami. Walaupun kadang-kadang saya yang di pihak yang benar saya just surrender dan mengiyakan (as long as benda yang digaduhkan tu tak melanggar hukum Allah). Dari situ saya nampak perubahan suami. Suami makin TOLERATE dengan saya. Saya juga amalkan doa Nabi Daud. Doa untuk lembutkan hati. Saya just jujur dengan suami .” Abang, meh saya bacakan doa lembutkan hati kat abang”. As he aware dengan perangai keras hati dia, sambil gelak dia benarkan saya berbuat demikian hee. Saya letak tangan saya atas dadanya, dan saya baca ” Allahumma Layinnli Qalbahu, Layyinta lil Daudal Hadid”. Maksudnya ” Ya Allah, Kau lembutkanlah hatinya sepertimana Kau lembutkan Daud akan besinya”. Then, saya pula suruh suami saya bacakan doa itu untuk saya.Dalam solat jugak saya selitkan doa ni dengan harapan hati-hati kami sentiasa lembut antara satu sama lain.
3)Zikir
Saya pernah terbaca dalam satu coretan. Pengalaman sepasang suami isteri yang melazimi zikir dua kalimah syahadah. Kemudian mereka dikurniakan rezeki zuriat selepas dua tahun menanti. Saya cuba usaha dengan cara itu. Setiap selepas lima waktu solat saya akan baca zikir dua kalimah syahadah sebanyak 99x , istighfar 99x , selawat 99x. Sebenarnya berapa bilangannganya tidakla penting yang penting ikhlas dalam mengingati Allah S.W.T. Sunnguh-sungguh saya buat semua ni . Bukan hanya selepas solat, tapi di mana saja saya berada dan apa saja saya buat saya sentiasa lazimi zikir-zikir tersebut. Banyak lagi zikir-zikir yang lain cuma saya suggest ni yang sentiasa saya perbanyakkan amalannya.
3)Sedekah
saya tidak bekerja dan tidak mempunyai wang poket yang mencukupi untuk sedekah dalam jumlah yang banyak. Pada suatu hari saya ke pasar, saya ternampak ada dua tabung untuk pembinaan madrasah. Saya hanya baki RM2 dalam purse saya.Saya bahagikan RM1 pada setiap tabung dengan hajat Allah makbulkan keinginan saya untuk memperolehi zuriat. Saya juga pernah didatangi seorang remaja lelaki muka ala-ala Mat Arab. Katanya dari Syiria. Waktu itu saya sedang makan di kedai mamak. Remaja tersebut menunjukkan luka yang sangat teruk di tangannya. Walaupun was-was dengan identitinya saya tetap bagi sedikit wang dan saya pesan , ” You have to pray for me that one day I will have my own child” . Remaja tersebut terus angkat tangan dan doakan saya.
4)Doa
Doa ialah senjata orang mukmin. Tanya pada diri jika kenapa masih belum dimakbulkan doa-doa kita. Check dan muhasabah dari coretan saya yang 1-3. Doa yang tak pernah saya tinggal ialah doa untuk dikurniakan zuriat iaitu Doa Nabi Zakaria “Robbi laa tadzarni fardan wa anta khoirul waaritsin” (QS Al Anbiya 89). Selepas solat saya spesifikkan doa saya . “Ya Allah, kurniakan aku zuriat pada BULAN INI” . Saya memang buat ini dan yakin cepat atau lambat Allah akan makbulkan doa saya. Bulan pertama dan kedua masih Allah tak kabulkan doa saya . Tapi saya tetap tak putus asa berdoa dikurniakan zuriat pada ‘BULAN INI’. Dalam doa saya jugak saya turut mendoakan sahabat-sahabat saya yang belum dikurniakan zuriat . Saya doakan mereka tanpa pengetahuan mereka sebutkan sekali nama mereka. Saya doa sungguh-sungguh walaupun saya sendiri masih belum dikurniakan rezeki anak ketika itu. Pada suatu hari dua orang sahabat saya whatsapp saya dan beritahu bahawa mereka mengandung. Allah sahaja tahu betapa gembiranya saya. Waktu tu tiada sedikit pun rasa cemburu dan dengki pada mereka, cuma saya minta mereka doakan saya sungguh-sungguh. Saya siap berseloroh doakan saya sebab doa ibu mengandung afdhal. Saya tak segan dan malu meminta sesiapa sahaja doakan saya dikurniakan zuriat. Setiap kali saya buka instagram saya akan tengok instagram ibu mengandung dan bayi-bayi comel sambil dalam hati saya berdoa dengan doa Nabi Zakaria. Kadang-kadang suami saya tegur sebab dah macam orang meroyan haha. Nampak je pic baby comel terus saya sebut ”rabbila tazarni fardan wa antakhairul waritsin” . Even kemana sahaja saya pergi nampak je orang mengandung atau baby terus saya doa dalam hati. Pernah saya ke uptown Danau Kota, terserempak dengan ibu menagndung dan baby2 kecil, time tu tengah sembang dengan suami tapi tiba-tiba dengan automatiknya mulut saya akan sebut doa tu. Suami saya dah get used dengan habit saya yang tu.
Konklusinya, apa sahaja usaha anda yang senasib dengan saya , usahalalah Lillahita’ala. Alhamdulillah dengan usaha-usaha di atas, Allah dah makbulkan doa saya pada BULAN INI hee .Doakan saya kuat untuk first trismeter ni ya. Saya doakan anda-anda yang membaca coretan saya ni mendapat apa sahaja kebaikkan yang dihajati dengan izin Allah S.W.T.
– Elly
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit