Usaha Nak Cari Kerja

Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak cerita sikit perihal ketika nak cari pekerjaan. Cerita bab gaji pekerja tak cukup atau majikan bermasalah itu tolak tepi sebab tak kena tajuk. Aku pun pernah jugak hadapi masalah dengan gaji dan majikan tapi kena buat confession lain kalau nak cerita.

Persaingan dalam dunia kerja hari ni sangat hebat. Kita bukan je bersaing dengan warga tempatan, malah warga asing sekali. Aku cakap macam ni bukan bermaksud aku sokong warga asing. Aku pun tak suka lambakan warga asing dekat sini. Jadi dekat sini aku nak tegur beberapa sikap orang yang nak cari pekerjaan tapi cara nak minta kerja tu tak menunjukkan kesungguhan dan juga beberapa tips lain.

1) PM tepi

Ada majikan yang memang suruh PM dia, tapi ada juga majikan yang dah sediakan detail email / whatsapp / nombor telefon untuk kita hubungi tapi si pencari kerja masih suruh majikan yang private message (PM). Lepas tu duk tunggu majikan tu mesej dia. Dik, kalau nak mencari pekerjaan, kita yang kena bergerak. Kalau rasa nak lagi cepat, cuba anda keluar jalan ke mana mana shopping mall, restoran, kedai runcit atau datang sendiri ketuk pintu company tersebut (kira macam walk in sendiri ke pejabat dan benda ni real ada je orang buat). Kadang kalau macam kedai runcit atau mall, mereka ni ada jugak tampal iklan jawatan kosong dekat luar pintu kedai. Cubalah tanya. Ni tak, suruh buat resume dan email pada majikan dia malas, cari dan tanya sendiri kerja kosong dekat mana2 tempat pun dia malas tapi online social media , lepak dengan kawan berjam jam ada masa pulak.

2) Bahasa komunikasi

Samada melalui whatsapp / email / mulut sendiri, bahasa tu kena jaga. Nak minta kerja bukan macam nak order air. Ada yang dah hantar email resume, tapi tak bagitau nak apply jawatan apa, plus email tiada tajuk. Tajuk tu paling penting sebab kadang2 ada company buka banyak jawatan dalam satu satu masa dan dalam sehari boleh dapat lebih 10 email. Kalau ada tajuk, senang untuk majikan rujuk semula. Dan masa hantar email tu jugak, at least tulis nota pendek tentang siapa anda, latar belakang pendidikan , kerja atau kemahiran diri sikit, dan jawatan nak dimohon. Baru nampak effort tu. Ada jugak pemohon yang tulis guna bahasa pasar siap shortform sekali. Contoh : “ni resume sy. pape mcj yea.” Majikan pun tak yakin nak ambik kamu kerja. Kalau walk in ke mana2 tempat, pakai tu kemas sikit bersesuaian dgn tempat walaupun kedai makan. Kebanyakan orang tgk 1st appearance sebelum ambil pekerja. Kemas tu bukan semestinya baju mahal, tapi yang bersih & nampak terurus.

3) Resume

Untuk yang hantar resume, pastikan resume lengkap nama, ic atau umur, alamat, nombor untuk dihubungi, latar belakang diri, pendidikan , pengalaman kerja & kemahiran. Pekerjaan tu tulis berapa lama kerja dan elaborate sikit kerja apa yang dibuat. Yg ni banyak je contoh dekat internet. Kalau nak pengalaman kerja nampak cantik, at least kerja lah dlm setahun dekat sesebuah tempat tu walaupun bukan company gah. 6 bulan pun sebenarnya belum cukup bg sesetengah majikan. Tp klu rasa byk bnda yang anda achieve dlm tempoh yang pendek tu masukkan je dlm resume. Majikan akan tanya kenapa sekejap sangat kerja. So, bagilah satu alasan yang munasabah dan elakkan bercakap buruk tntg company lama. Ada jugak majikan yang tak tengok pengalaman, tapi tengok kemahiran & sikap seseorang. Sebab tu adab kena jaga & kena tahu kemahiran apa ada dalam diri kita. Pasal orang yang masuk kerja sebab kabel walaupun takde pengalaman/kemahiran/ ada masalah attitude, aku taknak komen sbb diluar bidang kuasa aku sebagai pekerja.

4) Interview

Masa datang interview, sila patuhi masa. Kalau tak dapat datang awal, maklumkan pada majikan untuk tukar tarikh. Ada setengah company memang start lambat, tapi kita tak tahu kan majikan yang mana satu sharp dengan masa. Jadi datang awal tu lebih bagus.

5) Sikap ketika kerja

Ada pekerja yang masa awal awal mintak kerja, janji manis nak datang kerja. Tup tup sehari dua lepas tu tak datang datang dah. Dekat belakang diungkitnya macam macam benda tak puas hati. Ada jugak yang dah kerja tapi ada je alasan untuk datang lambat. Hari hari lambat. Lambat tu bukan sejam. Sepatut masuk awal pagi tapi lepas zohor baru datang. Yang berhenti kerja pun satu hal. Berhenti tu memang hak pekerja, tapi sekurangnya bagi lah notis. Takdela majikan terkial kial nak cari pekerja. Pekerja macam ni biasanya buat lepas dapat gaji, dia terus chow tanpa notis. (Banyak berlaku dekat tempat yang takda rule/standard peraturan kerja yang formal).

6) Perihal kerja

Waktu interview, tanyalah semua jenis soalan tentang company pada interviewer. Gaji, cuti, socso, kwsp. Kalau rasa rendah sangat gaji tu tak bersesuaian dengan kos hidup, then mungkin boleh cuba dulu / cari pekerjaan lain yang lebih sesuai. Tanya gaji untuk probation berapa, bila dah tetap berapa dan ada tak kenaikan tahunan. Kwsp dan socso ada tak. Masa aku 1st kerja (kedai jual makanan), aku terlupa nak tanya dekat majikan aku details waktu bekerja. Diorang cuma bagitahu kerja start dari pagi pukul 8 – 6 p.m. Rupanya ada shift pagi/petang dan sabtu ahad kena kerja sampai malam. Waktu tu aku baru masuk dunia pekerjaan dan tak tahu apa apa so terima jelah kerja ikut masa mcm tu. Bila korang tahu details, at least boleh tengok pro dan kontra tempat kerja tu dan tengok okay tak dgn diri sendiri. Kalau rasa macam berat hati , mungkin tak payah kerja situ. Takdelah majikan dah ambik kerja then 2 hari dah berhenti.

Lastly, sebagai pekerja kena tahu hak pekerja terutama dekat tempat yang ada standard peraturan kerja. Setengah kedai runcit dan restoran ada jugak peraturan ni. Contoh berapa hari dapat cuti (cuti ni ada banyak jenis) dan majikan mencarum KWSP atau tidak.

Aku tulis berdasarkan pengalaman2 kerja aku. Memilih kerja tu penting juga tapi kena ingat, tak ada tempat kerja yang perfect. Nak tak nak memang ada pro dan kontra. Ada anak muda hari ini (tak semua) makan pakai ibubapa tanggung tapi malas cari kerja dan asyik condemn tentang pekerjaan tu tak kena, ni tak kena. Baru kerja beberapa hari dah malas. Paling sesal bila tengok lelaki yang dah berumahtangga tak kira umur buat macam ni.

Apa apa pekerjaan sekalipun, tunjukkan usaha anda untuk memenuhi jawatan tersebut. Setelah usaha, perlunya sangka baik dgn Allah, doa dan istiqamah. 3 benda ni free tapi kadang ada masa kita terasa putus asa nak buat.

Diharapkan artikel yang kutulis ini ada manfaatnya untuk anda semua :)

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *