Usaha Suami dan PhD

Assalammualaikum. Bismillahirrahmanirrahim, terlebih dahulu, terima kasih pada pihak iiumc kerana sudi siarkan confession ni. Diharapkan pembaca juga semua dalam keadaan sihat walafiat.

Aku N, baru 9 bulan berkahwin ketika confession ini ditulis. Suamiku S. Seorang eksekutif di salah sebuah IPTS yang terkemuka di Malaysia ni. Alhamdulillah, dia seorang suami yang baik, taat kepada ibu bapa dan mertua, family man, dan terselit ketegasan dalam setiap keputusan yang dibuat.

Sebelum kahwin, kami merupakan rakan satu fakulti dan dia juga adalah anak angkat kepada mak aku (bekas murid). Kira-kira lebih kurang 6 tahun juga kami berkawan dan bercinta sebelum berkahwin pada Januari 2019.

Aku berumur 20-an dan sedang menunggu tarikh VIVA bagi pengajian master penyelidikan aku. Menetap di kota raya bersama suami tersayang dan beberapa kali dalam sebulan drive sendiri ke tempat pengajianku di luar bandar (50km untuk satu hala) untuk berjumpa supervisor dan urusan-urusan pengajian.

Ya, aku sememangnya perempuan yang berdikari sejak dulu lagi. Maklumlah, anak sulung. Sejak zaman diploma, drive dari Melaka ke Perak untuk balik kampung setiap minggu. Waktu tengah malam pukul 12 ke 1 ke redah je tak kira apa. Sampai mak pula yang susah hati kat rumah tu tak boleh tidur mengenangkan anak perempunnya ni drive sorang-sorang pkul 1 pagi camtu. Sorry mak hehe.

Pernah buat grab masa zaman diploma and degree (masyuk betul masa ni, hari-hari kira duit huhu). Bak kata orang, campak survive sorang-sorang pun in shaa Allah boleh hidup. Tapi taknaklah camtu kan, manusia perlukan teman hidup juga. Cari duit sendiri juga masa zaman study. Memang betul-betul tak suka harapkan duit mak abah.

Dari segi perjalanan karier, aku merupakan seorang guru di sekolah swasta dan badan pendidikan swasta selama lebih kurang 2 tahun. Then, aku decide sambung master dengan course yang aku idamkan (sepatutnya ambil masa degree, tapi tak ambil masa degree sebab nak cepat habis degree terus ambil course yang sama dengan diploma).

Terpaksa lah berhenti sebab aku ambil master full time (untuk dapatkan biasiswa perlu mod full time) yelah swasta kan. Mana ada cuti belajar. Tapi still sampai sekarang kami keep in touch, pihak majikan memang baik sangat siap kata nanti kalau dah habis study boleh masuk semula if ada kekosongan.

So, aku sambung master pada Febuari 2018 di sebuah IPTA dan kahwin pada Januari 2019. Disebabkan aku dah memang daalm pengajian master sebelum kahwin, so suami pun tiada masalah la nak halang ke apa kan. So sekarang masa confession ni ditulis dalam bulan September 2019, alhamdulillah dah nak habis master research aku ni (alhamdulillah 3 sem je).

Tapi kalau ikut logik tak sempat join konvo bulan November ni, sebab artikel jurnal aku mungkin akan diterbitkan dalam bulan Mei tahun depan (but who knows kan) tapi kalau sempat alhamdulillah. Kalau tak sempat, konvo bulan November tahun depan lah. Iyelah, terbitkan 1 artikel jurnal adalah syarat bergraduasi.

Dalam tempoh ni, pensyarah-pensyarah dan kawan-kawan semua bagi galakan untuk aku sambung terus ke PhD. Salah seorang pensyarah yang aku adore sangat (dah la lawa, baik, humble, dan berjawatan tinggi kat fakulti walaupun nampak macam muda lagi), Prof. H kata flow study aku bagus and sila terus sambung terus PhD. Gunakan masa yang ada dengan buah fikiran yang masih fresh untuk terus grab PhD. Lebih-lebih lagi if you nak jadi lecturer.

Ya, memang aku nak jadi lecturer. Minat aku tinggi pada profession mengajar. Sebab tu juga aku ambil master research sebab master research adalah haluan yang mudah untuk ke PhD (sebab dah ada basic research). Lebih-lebih lagi supervisor aku sekarang, Prof. R memang supervisor yang sangat baik dan supportive.

Alhamdulillah, perjalanan post-grad aku di IPTA tu dipermudahkan. Syukur, aku begitu bersyukur! So mengikut perancangan, memang aku akan sambung penyeliaan PhD di bawah Prof. R juga pada Disember 2020 (in shaa Allah).

So, ada tempoh setahun (sebelum konvo master November 2020) untuk aku publish sebanyak mana artikel jurnal, siapkan proposal PhD dan collect data bagi tesis PhD aku. Register nanti boleh la terus bentang proposal atau seterusnya proceed pembentangan data collection. Yelah, taknalah bazir masa kan. Dah VIVA master tapi konvo tahun depan. Kan lama tu nak tunggu huhu.

Hendak dijadikan cerita, suami aku rupanya tak bagi aku sambung PhD. Dia memang tegas dengan keputusan yang dibuat. Kecewanya aku masa ni memang tak tahu nak cakap lah. Ini azam dan cita-cita aku. Untuk memiliki PhD sebelum usia 30. Untuk menjadi pensyarah DS51. Puaslah argue itu ini. Tak dinafikan memang banyak babak drama lah masa tu.

Ya aku tahu isteri perlu akur dengan kata-kata suami, tapi yang aku harapkan cuma sedikit ihsan dan belas kasihan kat aku. Aku berhempas pulas study, drive, buat research sendiri, terkontang-kanting, tak tidur malam, makan tak menentu, badan susut, demi menyiapkan master research aku. Dan tak lain tak bukan master research aku tu untuk menggapai jawatan pensyarah suatu hari nanti.

Walaupun begitu, tanggungjawab aku sebagai isteri tak pernah aku lupakan. Setiap hari aku memasak, kemas rumah, dia balik kerja aku layan, aku hidangkan makanan dia, teman dia makan, then aku bergegas pergi mengajar kelas malam.

Balik dari mengajar pukul 10 lebih, aku cari parking (maklumlah apartment kt kl waktu malam parking penuh kan), tolak sendiri kereta-kereta yang double park, then sampai rumah aku urut dia, dia dah tidur barulah aku sambung thesis writing aku. Aku tak pernah lupa tanggungjawab aku.

Aku jadi sedih. Dia langsung tak mahu bertolak ansur. Walhal duit yuran pengajian PhD aku nanti aku yang akan tanggung sendiri dan aku dapatkan juga biasiswa. Puas aku merayu pada dia. Katanya dia tak suka tengok aku stress waktu buat tesis, so dia taknak perkara ni berulang lagi masa PhD. Lagi satu, dia syaratkan aku dapatkan kerjaya jawatan TETAP (bukan kontrak) di kerajaan/ GLC dan biar majikan yang biaya/ apply cuti belajar/ mohon cuti separuh gaji etc., barulah aku boleh sambung PhD.

Aku terduduk. Zaman sekarang yang serba mencabar ni, permintaan sebegitu dirasakan sukar sekali untuk dipenuhi. Persaingan sengit, jawatan TETAP yang dibuka oleh kerajaan pun SANGAT LIMITED. Itupun kalau dapat. Secara langsungnya, bagai punahlah harapan aku. Harapan untuk mennggenggam PhD sebelum 30 jika syarat sebegitu diletakkan.

Kenapa tak cakap je yang dia memang SEKERAS-KERASNYA tak mahu aku sambung PhD. Kecewa, sakit hati, sedih, amarah, geram, terkilan, semuanya ada. Takkanlah sekelumit belas kasihan pun tak sanggup kau berikan kepada isteri yang menyayangimu ini?

Namun azam aku tak berhenti di situ. Aku TAK MUDAH MENGALAH, dan tak akan sesekali MENGALAH. Tiada istilah putus asa dalam kamus hidupku. Sejak zaman bujang aku memang jenis yang akan dapatkan apa yang aku inginkan dengan usaha walau apa cara sekali pun (selagi tidak melanggar hukum syarak). If aku nak, aku nak. Lalu otak aku ligat berfikir. Mencari idea, bagaimana hendak mengimplementasikan sedikit unsur demokrasi terhadap keputusannya.

“Okay, berapa cagaran yang you nak untuk membuktikan yang i layak sambung PhD bagi you?” Kata aku.

“I mean, berapa jumlah saving dalam akaun I yang you tetapkan supaya I boleh sambung PhD? You nak tunggu I kerja kerajaan TETAP dalam masa terdekat ni baru sambung PhD, I tak pasti i boleh dapat yang itu sebab manusia hanya merancang, Tuhan menentukan.” Tambah aku.

“So sekarang I bagi another option dengan harapan you boleh pertimbangkan. I sanggup buat apa saja selagi tak melanggar hukum demi nak capai impian dan cita-cita i. I akan kumpul saving sebanyak yang you nak. You pun tahu kan, i jenis kalau nak sesuatu benda tu memang nak jugak..” Tambah aku lagi. Waktu ini pipi dah memang basahlah.

Alhamdulillah, amarah suamiku pada ketika itu hilang dengan riak wajahnya sedikit demi sedikit berubah untuk tersenyum. Melihatkan dia tersenyum dan mula bernada lembut semula, baru aku tahu, dia sebenarnya tak yakin dan risau dengan pengurusan kewangan aku waktu aku sambung PhD nanti. Dia risau aku tak dapat biasiswa. Dia tak yakin, sebab itu dia nak aku kerja kerajaan tetap.

Bila aku cakap pasal aku sanggup simpan lagi banyak saving, baru dia setuju atas beberapa syarat. Syaratnya ialah dia nak aku pandai menguruskan stress dan tak mengabaikan keluarga walau apa cara sekalipun semasa PhD nanti. Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah. Syukur. Terima kasih kerana Kau memberikan aku jalan.

So sekarang dalam tempoh setahun menunggu hari konvo aku, di samping prepare untuk VIVA master bulan depan (Oktober 2019), aku juga dalam usaha menyiapkan proposal PhD dan penulisan-penulisan artikel jurnal untuk PhD nanti, dan tak dilupakan dalam memastikan aku dapat sambung PhD aku juga dalam usaha mengumpul sejumlah wang saving yang suami aku syaratkan. Wang itu nanti tak lain tak bukan adalah untuk diriku juga, bukan orang lain.

Aku ada buat kerja-kerja consultant di bawah pengurusan IPTS yang memberikan komisyen sebanyak RM 1-2k per case. Oleh itu aku perlu dapatkan berpuluh case demi mencapai target saving aku, di samping aku turut aktif mengajar di badan swasta. Aku juga akan mohon biasiswa nanti. Doakan guys! Aku nak sambung PhD. Mohon doa kalian.

Oh, lagi satu, aku juga turut memohon mana-mana jawatan kerajaan tetap. Manalah tahu ada rezeki kan. Cuba je lah. Apa-apa pun manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Aku cuba solat Dhuha setiap hari. In shaa Allah. Semua orang inginkan yang terbaik di dunia dan akhirat. Segala rezeki adalah dari Allah, jadi mintalah pada Allah. Allah 1st, usaha 2nd. Begitu yang sebetulnya.

Konklusinya, jangan harapkan sesuatu datang bergolek. Tempuhlah dengan kekuatan dan azam yang tinggi. Usaha setinggi yang mampu. Telan segala kepahitan kata-kata orang. Biar ‘menuntut ilmu sampai ke negara China.’ Biar mati berjasa. Doa pada Allah, tawakkal.

Eh, maaf panjang betul confession aku. Akhir kata, aku doakan yang terbaik buat kalian juga. Semoga kita semua mati dalam iman dan dalam kebaikan. Wasalam.

Yang tak akan mengalah,

– Siswazah N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *