Usaha Tangga Kejayaan

“Hmm, banyak ni baju takleh pakai, gemuk teruk ni aku.” Rungut aku, sambil tangan laju melipat satu demi satu baju ‘zaman kurus’ku. Hiba hati bila baju banyak takleh pakai, mean kena beli baju baru lah dah nama badan naik!

Selesai aku asingkan baju baju zaman kurusku, aku segera masukkan dalam satu beg khusus, bukan nak bagi kat orang, tapi simpan buat azam bahawa satu hari nanti baju baju tersebut akan dapat aku pakai semula.

65.5 kg. Alat penimbang masih tunjuk angka yang sama. Tiada perubahan. Aku mendengus tak puas hati.

“Dengan ketinggian awak 158 ni, awak kena kurangkan at least 10 kg lagi Khadijah.” Nasihat doktor tempat keluarga ku selalu checkup kesihatan.

“Hmm, baik doktor.” Ujarku, kecewa lagi. 2 bulan sebelum ni juga berat 66 kg. Alah! Setakat beza 0.5, bagiku masih sama.

“Kakak, kena turunkan lagi ni berat tu.” Umiku pula menasihatiku.

“Baik umi. InsyaAllah kalini akan lebih hardcore.” Balasku semangat! Aku berazam akan dapatkan balik tubuhku yang dulu! Aku akan pakai kembali baju baju kesayanganku itu.

Dengan tekad azam, aku mulakan pembacaan tentang tatacara diet. Banyak sangat sampai aku sukar untuk ikut.

‘Ah, ikut mana yang mampu lah!’ Hatiku berbisik.

Diet nak kena makan telur rebus la ape la, huihh aku takleh makan telur ni. Maka aku pun mula la diet merepek ikut sedap rasa. Haha!

Air manis kena tinggal! Itu aku tak kisah sebab aku memang tak minum air manis manis. Tapi meninggalkan air nescafe satu satunya perkara sukar untuk aku lakukan! Aku seorang peminum tegar nescafe!

“Kakak boleh ke tu tinggal air nescafe? Umi satu hari tak minum nescafe pun dah rasa parkinson.” Umiku menyoal, ragu ragu juga. Ya, keluargaku semua hantu nescafe. Aku juga semestinya. Malah lebih teruk dari keluargaku. Aku boleh minum nescafe 1 hari 5 kali!

“Air manis antara pantang tertinggi. Untuk permulaan je kena banyak ‘sakit’ sikit.” Jawabku perlahan, memujuk diri agar kuat untuk putuskan hubunganku dengan nescafe, buat sementara waktu sahaja! Umiku mengangguk dan tetap menyokong.

“Tapi kakak berjaya kurangkan juga 0.5 kg, jangan stress sangat ek.” Umiku menasihati lagi.

“0.5 tu takde makna umi, dibundarkan tetap jadi 66. Kalini kena bertegas sikit dengan diri sendiri!”

Mengikut nasihat sepupuku, beliau menyuruh aku ikut diet atkin (search sendiri siapa yang taktau). Sangat sukar tapi aku cuba. Hanya 5 hari mampu bertahan tak makan nasi, hari berikutnya aku kecundang sebab umiku masak lauk kegemaranku, sambal sotong! Sudah semestinya lebih enak dimakan beserta nasi. Maka diet atkin ku hancur di tengah jalan. Haha, esok hari baru mula diet atkin semula.

Tahan 2 hari, makan nasi semula. Haha. Akhirnya aku memilih diet cara sendiri. 3 hari sekali gitu je makan nasi, yang banyak aku focus ialah tentu sekali banyak makan sayur dan kurangkan pengambilan makanan berminyak. Banyak focus makan benda bakar je. Dan minum air masak banyak banyak!

Buat permulaan agak sukar untuk minum 2 liter satu hari sebab aku tak suka air masak. Tapi demi nak turun berat badan, aku paksa diri minum. Lama kelamaan makin biasa dan aku mula sukar untuk berjauh dari air masak. Malah aku ambil 3 hingga 4 liter air masak dalam satu hari! Yelah, dan nama hampir setiap masa juga aku minum air masak. Akhirnya aku berjaya buang ketagihku pada nescafe.

Aku tak suka keluar rumah kalau keluar tu bukan untuk berjalan jalan, hehe. So sudah semestinya juga aku tak suka keluar untuk jogging, tapi aku gantikan dengan berzumba sorang dirumah. Tahan paling lama pun 15 minit je! Haha ponattt den!

Baki exercise lain adalah setiap kali aku hantar dan ambil adik adikku pulang dan pergi ke sekolah, aku hanya akan turun dan naik tangga (aku budak flat, rumah tingkat 3). Satu hari ada juga 10 kali turun naik tangga!

Sarapan? Aku amik oat je. Oat kosong beb. Takde gula takde susu. Dahla berlendir. Kau rase? Geli takleh nak gitau, tapi aku telan juga.

2 minggu berlalu.

Seperti biasa, keluargaku akan ke klinik sekaligus check adikku yang demam (syafakilllah adikku sayang). Aku sudah semestinya mahu timbang berat badan.

60 kg! Mataku terbuntang luas tidak percaya pada angka yang tertera.

“Doktor! Tolong beritahu saya alat penimbang ini rosak doktor!” Aku menjerit, parkinson kejap. Umiku terkejut.

“Tak, alat ni elok.” Doktor tersenyum.

“Umi!! Hahahaha!! Tak caye umi 60 umi! Hahaha!” Jeritku tak terkawal. Mujur harini doktor perempuan, nurse yang bertugas juga perempuan dan diluar hanya abahku seorang lelaki. Siapa tak gembira wei turun banyak tu dalam masa dua minggu sahaja!

Aku sekali lagi menimbang berat ku. 5 kali aku check! Memang tak salah!

“Ya Allah, tak percaya!! Doktor, saya tak percaya doktor. Hahahaha.” Aku mula tertawa. Sampaikan nurse juga tersenyum melihat gelagatku.

“Malam ni awak tido lena la ea. Haha, tahniah. Teruskan lagi hingga dapat berat yang ideal.” Doktor terus memberi kata kata semangat. Umiku juga turut tersenyum. Nurse pun tersenyum, tumpang gembira.

So buat kawan kawan fb yang mane rase duk nak diet tu, kalu takleh serius serius, buat sekadarnya pun takpe dah. Boleh je, saya dah berjaya ni. So, bolehlah ambil buat semangat ek. Doakan nak turun at least lagi 4 kg je. Tu pun ikutkan nak buang lagi 10 kg. Doakan ek.

Nak turun berat badan bukan sebab nak pakai baju kecik ke ape ke. Tapi untuk kesihatan juga. Over weight bukan elok, kau nak gemuk/obes? Nanti mai macam macam penyakit kita juga yang susah. Salah satu sebab untuk senang beribadah sama. Jangan lupa tajdid niat tu!

Buat yang sedang berdiet, goodluck! Semoga berjaya. Mari kita amalkan gaya hidup sihat bersama sama.

“ﺍﻟﻌَﻘْﻞُ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢُ ﻓﻲِ ﺍﻟﺠِﺴِْﻢ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢِ”
“Aqal yang sihat itu ada pada badan yang sihat.”
HADAMKAN!

Arigato gozaimas sudi baca. Yang baik datang dari Allah dan lemah kurang itu datang dari diri saya sendiri. Sungguh manusia tu tak sempurna kecuali Baginda Rasulullah S.A.W.

اللهم صلى عل محمد. :)

– Cik Khadijah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit