Usaha Tangga Kejayaan

Pertama sekali aku ingin mengucapkan terima kasih kepada admin kerana siarkan kisah aku yang tak seberapa. Aku bukanlah penulis yang hebat cuma ada masa aku rasa seperti ingin menulis segala apa yang aku ingin luahkan.

Aku di lihat sebagai seorang yang tiada masa depan. Aku bukanlah pelajar kegemaran apatah lagi kesayangan cikgu. Rupa paras pula biasa2 saja. Masa dulu pelajar kegemaran cikgu2 semua yang pandai yang cantik dan orang senang. Ya aku pula anak org biasa2 je ada je senior yang tak suka aku mereka tak cakap tapi dari cara layanan dah buat aku cukup paham yang orang tak suka kehadiran aku. Aku bukan pelajar pintar jadi mungkin cikgu kurang kenal dari sekolah rendah kepada sekolah menengah aku masih macam ni belajar tak bersungguh sampai lah masa paling mendebarkan dalam hidup setiap orang yang menghadapi peperiksaan spm.

Ya walaupun sedang berdepan dengan peperiksaan aku tidak takut untuk tidak baca buku sepatutnya aku study hard and smart untuk spm tapi aku banyak main banyak tengok fb. Keputusan peperiksaan keluar dan aku orang pertama ambil slip spm dan keputusan yang aku dapat sudah tentu tak memuaskan family aku. Ayah dah start bising2 dan aku menyesal tak belajar dengan betul2.
Dalam masa yang sama aku ada apply program untuk pelajar yang kurang berkemampuan dan pelajar yang tak cukup syarat untuk apply diploma yaitu program Mengubah Destini Anak Bangsa(MDAB), dan aku berharap aku dapat sebab salah satu impian dalam hidup aku adalah ingin menjadi sebahagian pelajar UiTM walaupun tahu diri sendiri tidaklah pandai tapi aku cuba jugak. Ayah aku cadang supaya aku melanjutkan pelajaran di tingkatan enam dan aku tiada pilihan walaupun tahu sukatan pelajaran untuk tingkatan enam sangat2 susah. Kenapa aku kata susah? Sebab aku tak suka sabjek membaca. Ok aku sambung. Masuk saja tingkatan enam aku berazam untuk belajar bersungguh-sungguh untuk menebus kesilapan masa aku spm dulu.

Setelah beberapa hari aku mendapat pesanan ringkas di telefon bimbitku yang aku telah di tawarkan program MDAB tersebut gembira bukan kepalang aku berbincang dengan keluarga dan aku nak masuk UiTM. Dan di persetujui oleh semua orang dan semua memberi feedback yang positif bermula saat ini aku berazam untuk belajar betul2 supaya melayakkan diri ke diploma. Oh ya sedikit ulasan program MDAB adalah program pra diploma yang menawarkan pengajian selama 1 sem untuk mereka yang mendapat keputusan spm yang kurang memuaskan.
Bukan saja ditawarkan mengikuti pengajian pra diploma secara percuma malah mendapat elaun setiap bulan seronok bukan? Untuk apa program seperti ini di tawarkan? Ia adalah bertujuan supaya individu yang memiliki keputusan kurang memuaskan tapi mahu belajar dan usaha untuk mendapatkan tempat belajar di UiTM.

Bila dah masuk facility di UITM sangat2 terbaik dari asrama ke tandas dan seterusnya cafe walau kadang2 jemu tapi ok lah bilik selesa. Terlampau selesa sehinggakan aku start rasa nak main2 yaa aku banyak habiskan masa dengan keluar jalan2 dengan kawan. Kejap insaf kejap nak berseronok itulah remaja. Sampai hujung sem baru rasa takut, takut untuk gagal takut untuk tengok mak ayah sedih dan takut segalanya dan aku tekad untuk belajar betul2 dan Alhamdulillah aku berjaya layakkan diri untuk diploma UiTM tak mudah ye rakan2 sekalian sabjek semua taf2 bahasa inggeris semua walaupun perjalanan aku panjang tapi aku puas dengan usaha sendiri dan berkat doa dan bantuan kawan2 aku berjaya habiskan liku2 kehidupan sebagai pelajar diploma.

Perjalanan yang aku ambil jauh dari rakan aku kerana kesilapanku sendiri Allah temukan aku dengan sesuatu tidak aku duga nilai kehidupan sebenar. Aku yang dulunya pelajar tidak pandai akhirnya aku bergelar graduan diploma apa yang penting usaha doa tawakal serta istiqomah untuk segalanya yang kita usahakan. Walaupun bukan cemerlang tapi pencapaian diri sendiri patut kita raikan.
Sekurangnya segulung diploma aku hadiahkan untuk parents dan family aku untuk segala pengorbanan mereka masa mereka menunggu aku melangkah ke pentas istiadat konvokesyen dengan sabar dan aku sekarang sudah bekerja walaupun biasa2 tapi aku bersyukur masih boleh banggakan ibubapaku. Berbaktilah kepada mereka selagi kita mampu.

Untuk yang sudah kehilangan mereka bukanlah penamat untuk kita berbakti malah itu adalah satu permulaan agar kita sentiasa menghadiahkan doakan kepada mereka. Kita juga bakal jenazah yang akan menyusul cepat atau lambat kita akan ke alam sana juga..

Yang benar
BB

– BB

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit