Salam semua. Ni first time saya menulis kat sini. Malam ni rasa nak kongsi sikit pengalaman. Rasa macam benda ni boleh bagi semangat pada mak mak lain.
Saya ni mak biasa je, kampung. Berkerja kilang. Anak2 dah masuk usia 20an. Suami pula kerja driver.
Dulu masa anak anak kecil, saya cuma harap mereka rajin belajar. Tak pernah pun fikir nak hantar ke kelas tambahan sebab memang tak mampu.
Kadang bila tengok orang lain boleh bayar kelas bahasa mahal, saya rasa rendah diri juga. Tapi saya cakap dalam hati, tak apa, anak aku belajar cara dia sendiri pun takpe.
Anak sulung saya dulu lemah English. Pernah balik sekolah menangis sebab orang gelak masa dia present depan kelas. Saya pun tak reti nak tolong, saya pun tak pandai langsung English.
Tapi saya perasan lepas tu dia suka tengok YouTube. Hari hari. Kadang saya dengar dia ulang sebutan, tiru cara orang cakap. Saya pun tak ambil kisah sangat, ingatkan minat sementara.
Sehinggalah dia masuk universiti, saya terkejut. Dia dah boleh buat presentation confident. Katanya lecturer puji katanya pronunciation dia bagus. Semua orang ingat dia pernah belajar luar negara padahal semua dia belajar sendiri dari YouTube.
Masa tu saya rasa nak nangis pun ada. Sebab teringat dulu masa orang gelakkan dia.
Sekarang dia kerja luar negara. Kadang video call tunjuk tempat kerja. Saya tengok dia sembang dengan orang luar laju betul. Siap gelak, bagi idea.
Saya tengok je, dalam hati rasa macam ni ke rasa bangga tu. Saya sendiri pun tak percaya budak yang dulu malu nak cakap depan orang, sekarang boleh bercakap depan ramai.
Anak kedua pun sama. Dulu pendiam. Tapi dia suka explore benda sendiri. Dia belajar edit video, buat slide, semua tengok YouTube je.
Sekarang kalau saya ada hal komputer pun, dia la yang tolong. Kadang saya fikir budak zaman sekarang ni cepat belajar sebab dunia pun dah berubah.
Saya tulis ni bukan sebab anak saya kerja luar negara ke apa, tapi sebab saya nak bagi semangat sikit pada mak mak yang risau anak lambat catch up. Jangan cepat rasa rendah diri.
Kadang kita ingat anak kita ketinggalan, tapi sebenarnya dia tengah belajar cara lain.
Kalau dulu saya marah anak tengok YouTube, mungkin dia takkan sampai ke tahap ni. Kadang benda yang kita anggap kecil tu lah sebenarnya ubah hidup dia.
Saya cuma nak cakap, jangan pandang rendah pada usaha anak sendiri. Ilmu sekarang bukan setakat dari buku. YouTube pun boleh jadi cikgu kalau pandai guna. Saya nampak sendiri hasilnya depan mata.
Oklah itu saja. Terima kasih..
– Rohana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit