Salam alaik utk semua pembaca.
Jika post ini bermanfaat, silakan untuk post ye admin, terima kasih.
Aku cuma nak berkongsi 1 kisah ni, tentang abang dan kakak ipar aku. Mereka dijodohkan melalui ibu bapa, sebelum ni abang aku ada calon sendiri tapi masa tu mak ayah aku tak setuju kerana perempuan tu agak berisi. (Mak aku masa ni agak memandang rupa paras, katanye perangai boleh berubah lepas kahwin). Aku tak kisah janji dia perempuan baik2 je untuk jadi calon isteri untuk abang aku. Ye la bagi aku tak guna muka cantik tapi perangai ke laut. Tapi aku masih mengakui ada je perempuan cantik akhlak pun baik.
Lepas dah kenal dengan calon ni, abang aku mula tak berkenan jugak sebab calon yg mak ayah aku perkenalkan ni tak menutup aurat sepenuhnya. Aku pun sependapat dgn abang aku. Bagi aku kalau diri sendiri tak terdidik, macam mana nak didik anak2 nanti. Tapi sebab mak ayah aku dah berkenan sangat, abang aku turutkan je la, katanya mungkin pilihan orang tua lagi baik. Aku pun masa ni pikir positif je la kot die akan berubah lepas kahwin, bile abang aku dh tegur nanti. Aku fikir die dapat hidayah kot lepas ni.
Lepas je kahwin, abang aku cuba la tegur pasal pakaian, jaga aurat. Macam2 la kak ipar aku jawab, nampak gemuk kalau pakai longgar la & sampai sekarang masa mengandung pun pakai baju yg agak la ketat, aku malu nak citer lebih2.
Dan banyak lagi la kalau aku nak citer, rumah tak bersapu banyak taik cicak, tak masak untuk suami sebab die diet, die pikir suami die kene ikut diet jugak agaknya, sekarang dah ada anak pun sama je perangainya sibuk dengan phone je baca fb. Kalau kene tegur dengan abang aku, merajuk & lawan cakap suami. Sampai aku pun seram je dengar kisah abang aku, rase takut nk kahwin sebab taknak la lepas kahwin duk menambah dosa je lawan cakap suami..huhu
Dulu sebelum kahwin aku dah pesan kat abang aku, nak kahwin cari la perempuan yang tahu & pandai jaga aurat, sbb aku pun perempuan so aku tau la kwn aku ramai yg susah nk berubah bab pakaian. Orang perempuan memang susah nak berubah bab pakaian kalau die rase yg tu cantik untuk die. Dulu aku juz doa je la kot die dapat hidayah after dah kahwin ni. Tp ustaz cakap suami dh tak tanggung dosa isteri kalau dah tegur, tapi kak ipar aku memang segan nak rapat2 ngan family aku sebab mak aku selalu tegur indirectly pasal pakaian ni. (Contohnye mak aku pesan kat adik perempuan aku ke mase kak ipar aku ade balik rumah aku, takde la nak sindir kak ipar aku ni)
Untuk makluman, kak ipar aku ni surirumah je. Abang aku memang nak cari isteri tak keje sbb targetnya after dah kahwin isteri akan uruskan rumah, masak, jaga anak. Kak ipar aku ni pulak memang cantik la orangnye, tapi kalau balik umah aku tak tolong mak aku kat dapur, duk main phone je, anak duk merengek kat die, die tak layan sangat, katenye anaknye asyik lapar je nak makan, anknye nak masuk 2 taun boy, normal la camtu kan, aku kesian tengok anak die, kalau die datang umah aku & mak aku duk suap ank die makan. (Pelik sangat tgk kak ipar aku duk tgk fon tak boring ke, lagi best layan anak die). Kak ipar aku ni umo 26, takde la budak2 sangat aku rase. Aku nak tegur pun rase tak layak sbb aku tak kahwin lg, so aku suke layan anak sedara aku je la.
Pointnye kat sini, aku nak cakap kahwin tu perlukan usaha, usaha untuk jadi lebih baik. Tak pandai masak boleh belajar asalkan jangan malas, belajar jaga kebersihan diri, bilik sendiri nanti bile dah duk rumah sendiri takde la sanggup duk dalam rumah yg tak bersih. (Aku pernah je tolong cuci dapur umah die sbb kesian sangat tengok, nak kutuk tak boleh nanti terasa pulak dah abg aku ckp isteri die suke merajuk).
Lagi 1, betulkan niat nk kahwin bukan untuk suka2. Kalau nak suami layann mcm princess, tolong la berenti berangan. Belajarlah jadi seorang perempuan yg baik, in sha Allah semua orang akan suka. Perempuan yg baik, rajin, pandai masak, tak lawan cakap suami, jaga batas pergaulan, walaupun kau belum ade @ takde boyfriend pun, kau akan bahagia bile belajar utk jadi ank yg baik dulu sebelum jd bakal isteri orang. Sekarang mak aku ckp kat abg aku takyah wat balik isteri die pun takpe, sbb mak aku tak larat dah nak masak utk die (dah die dtg umah aku jd tetamu je, aku pun dh susah nk respect die just layan gitu2 je, sbb mak aku penah dtg umah die , abg aku je yg layan mak aku, isteri die duk dalam bilik je main ngan ank die, sbb mak aku dengar suara isteri die duk main cak2 ngan anak). Aku paling susah nk terima orang tak hormat orang tua. Abang aku pulak selalu cakap sekarang ni die sabar je la dpt isteri mcm ni, tp aku taktau la sampai bile die boleh sabar tu. Aku pernah je tanye kat akk ipar aku kenape ank die suara serak, die jwb anak die kuat nangis & kadang2 die malas nk layan. Aku rase nak tolong jaga je ank die tapi tu la die balik kejap2 je rumah aku.
Tujuan aku confess ni, aku nak cakap kalau nk orang hormat & sayang kite, belajarlah hormat orang dulu. Bukan aku nak cakap org yg sempurna je boleh kahwin, bukan, tp belajarlah untuk sama2 menyempurnakan. Tak pandai masak boleh belajar, tapi kalau lepas kahwin kau takde usaha nk berubah & memperbaiki diri, hmm sampai sudah la kau takkan bahagia. Orang laki pulak cuba jd pemimpin, @ kalau tak kau la yg dipimpin isteri. Mungkin ade yg cakap abg aku tak jalankan peranan nak ajar isteri ke, tp semua abang aku tegur isteri degil taknak dengar. Aku pernah cakap kt mak aku kalau aku jadi abg aku, aku cari orang lain dah kot. (Tp aku tak la ckp kt abg aku direct, aku taknak la hasut abg aku pulak).Mak aku pun ckp kt abang aku kalau abang aku nak cari orang lain yg lebih sesuai nk jd isteri, mak aku okay je. Mak aku dah tak kisah pasal rupa dah, asalkan baik je. Sebab mak aku tau abang aku tak bahagia.
So, kat sini aku nk cakap sikit je kat girls kat luar sana, jangan kemaruk nak kawen awal sangat, belajar la buat kerja rumah, kesian la kt bakal suami kalau dpt isteri pengotor, kesian la kat anak kau kalau dpt bakal ibu yg nak jadi princess je, belajar la tolerate & dengar cakap mak ayah, nanti tak la jd isteri yg lawan cakap suami, tak salah pun kite tak pandai buat keje rumah tp kene belajar please, belajar la layan orang tua, & jangan ingat dgn muka cantik suami akn selalu sayang kalau perangai kau tak jaga. Sentiasa perbaiki akhlak diri, banyakkan membaca mcm mana nak perbaiki diri, jangan rasa selesa dengan diri sendiri. Belajar tunaikan hak utk ahli keluarga. Sekarang aku pun mak aku selalu pesan & panggil aku suruh belajar masak, die risau aku akan jd camtu jugak. Aku belajar jauh & duk rumah sewa jadi aku bole la masak sket2. Aku bakal jugak kahwin tak lama lagi so aku selalu la observe akk2 aku & abang aku punye perkahwinan camane. Akk aku pun tak la pandai masak sangat tp die selalu je cuba masak ape suami & anak die nak makan. Ape pun aku takde la nk burukkan kak ipar aku, aku juz nak share je perkahwinan tu kite kene belajar untuk memberi, ape pun tak terlewat lg untuk berubah. Life is a learning process..
Dan lagi 1, kadang2 kita orang perempuan nak suami @ lelaki yg boleh membimbing & memimpin kite, tapi kita sendiri bersedia atau tidak utk dipimpin oleh suami? Perkahwinan mengajar kita utk sedia berubah untuk jadi lebih baik, lebih sabar & boleh bertolak ansur. Dan tak perlu pun untuk 1 pihak je selamanya bersabar @ bertabah, bagi aku abang aku berhak untuk bahagia. Sekian, sorry kalau panjang sangat. Bye..
– Teratai
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit