Usaha Yang Tak Pernah Cukup

Aku tak memilih untuk hidup berjauhan dengan keluarga. Disebabkan keperluan kerjaku, aku bermastautin di negeri yang terletak 500 km dari tempat asalku bermula tahun 2020.

Awalnya sukar dengan aku masih wanita bujang, duduk di negeri yang budaya dan cara berlainan meskipun masih dalam tanah air dan rakan kerja aku semuanya lelaki jadi aku tak bergaul rapat dengan mereka untuk menjaga batas.

Tapi di sini la aku belajar hidup berdikari dan tak bergantung sangat pada orang.

Aku asalnya anak yang rapat dengan kedua ibu bapa. Sejak aku merantau, aku sering menghubungi mereka terutamanya mak aku tetapi ada masanya mak aku sibuk dengan urusannya. Jadi perbualan kami tak lama.

Timbul rasa kesunyian dalam diri lagi-lagi waktu tersebut musim PKP fasa 1.

Aku nak cari kawan di negeri orang, pergerakan pun terbatas. Ada satu malam terdetik keinginan yang tinggi untuk ada pasangan/kawan.

Sampai la satu hari aku berkenalan dengan Ali. Perkenalan kami tak lama. Cukup 7 bulan kami bertunang. Dua bulan kemudian kami bernikah dengan diwalikan abah.

Sudah masuk setahun pernikahan kami, secara rumusnya kami cukup bahagia. Belum dikurniakan anak lagi tapi kami percaya akan rezeki.

Arguments, merajuk dan salah faham tetap ada, cuma tak la serius. Alhamdulillah setakat ini dapat selesaikan dengan cepat dan baik.

Tapi perkahwinan kami diuji dengan tindakan mak aku. Dari awal hubungan kami, mak aku macam tiada halangan. Dia mula menunjukkan ketidak puasan hati bila kami dah serius nak merancang perkahwinan. Berbincang?

Banyak kali dan selalunya bermula dengan tengkingan mak dan diakhiri kami minta maaf. Puncanya? Dulu aku sangkakan sebab duit atau kekurangan kami.

Tapi lama-kelamaan aku sedar puncanya mak aku tak dapat terima aku kahwin. Sebab setiap kali mak aku bangkitkan tentang isu duit, kami selesaikan.

Majlis kami 100% adalah duit kami sendiri. Hantaran pun sama.

Segala sumbangan seperti dari keluarga lain kami terima walaupun kami menolak pada awalnya sebab tak nak susahkan mana-mana pihak. Bila orang masih insist untuk menyumbang, jadi kami terima.

Maka telah selesai majlis kami dengan penuh kelancaran meskipun semasa persediaan banyak dugaan campur tangan orang lain termasuk adik beradik, pak cik mak cik dan ibu bapa sendiri.

Sungguh, kami penat waktu tu dengan kami sibuk dengan urusan kerja di luar negeri tempat majlis kami. Sebab aku dan Ali pun LDR, 200 km. Majlis pula di zon tengah.

Dengan izin Tuhan majlis berjalan dengan baik. Cuaca redup, makanan cukup, ramai yang puji Alhamdulillah. Tapi kami sangka kesengsaraan berakhir setelah majlis selesai dan mendirikan kehidupan sendiri, ternyata tidak.

Segala sumbangan yang telah diberikan diungkit semula. Sumbangan yang diterima ketika majlis dikatakan sepatutnya diberikan kepada belah perempuan walaupun kami telah berikan separuh. Hantaran tidak sepatutnya jumlah sekian-sekian. Aku terkilan.

Sebagai seorang isteri, aku nak menjaga perasaan keluarga aku dan suami aku memang memenatkan. Sejujurnya, suami aku dah berikan secukupnya pada aku.

Segala penginapan, perabut dan makanan disediakan meskipun duduk berjauhan. Suami aku sanggup kerap travel 200 km untuk menemani aku. Setakat ini, kami sangat bahagia dengan kehidupan kami.

Tetapi aku sangat penat melayan kerenah keluarga aku sendiri. Berbincang?

Berkali aku dan suami berbincang dengan mak abah aku tetapi diakhiri dengan mak aku meninggi suara dan merungut perkara-perkara kecil,

Seperti aku pergi beraya seharian di rumah keluarga suami pada hari kedua padahal hari raya pertama kami dah luangkan masa seharian dengan keluarga aku.

Apabila kami bersuara dengan cara baik, dikatakan kami melawan. Jadi kami sebagai anak, memohon maaf walaupun hati banyak terguris.

Lebih mengeruhkan keadaan, mak aku sering mengumpat kami dengan kakak dan abang aku menjadikan aku “villain” di mata semua orang.

Dulu aku akur, diam dan iyakan sahaja apabila kakak dan abang asyik “brainwash” dan memerli aku. Tetapi kali ini aku melawan sebab dah terlalu penat.

Setiap bulan aku tak pernah gagal memberi wang RM500. Mak aku nak berjalan, kami bawa. Balik kampung, rumah saudara, ambil angin, pergi shopping. Semua permintaan dia kami cuba tunaikan.

Baik la sekejap dengan kami dalam tempoh kami bawa berjalan tu tetapi lepas tu kena balik. Setiap hari ye aku menangis sampai kesihatan mental aku merudum.

Kesakitan paling kuat pernah aku rasa setakat ini, sebab menghadapi masalah dengan mak sendiri. Takkan la aku nak putus pertalian darah? Fokus aku dah lari. Terasa juga suicidal tapi aku masih ingatkan Tuhan.

Yang ada memahami masalh aku adalah adik dan suami aku sahaja. Aku tak nak libatkan abah sebab dia dah tua. “Jasa” aku dibanding meskipun aku dah buat sehabis baik.

Kadang kala gatal mulut juga nak mengungkit yang abang aku tidak pernah beri mak abah aku wang sebab dia tak bekerja tetapi tak tahu kenapa masih dipandang “hero”, siap boleh tazkirah aku lagi.

Penat, sungguh aku penat membaiki silap aku yang tak pernah habis. Sekarang ada keluarga aku yang pulau aku. Aku berdoa supaya dibukakan hati sesiapa (termasuk aku) untuk lihat benda yang benar because all I want is my family to be happy.

Semoga Tuhan tunjukkan jalan yang benar.

– Cik Nah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *