Untuk kisah boss viral berskandal dengan staff baru2 ni, buatkan aku teringat kisah lama aku suatu masa dahulu.
Aku cuma nak luah, aku tahu akan ada rasa jijik @ sinis bila mendengar cerita aku, aku faham, aku cuma nak bercerita kisah lalu aku untuk mereka-mereka yang pernah atau bakal menjadi “mirx”
Dulu2 aku pernah terlibat dengan skandal boss dekat tempat kerja. Content yang sama, dengan boss non muslim, belum kahwin cuma dia dah ada girlfriend.
Aku tahu akan ada yang kata aku bodoh, murahan, aku just entahlah. Tuhan sahaja yang tahu betapa aku harap aku tak pernah buat kesilapan gila tu.
Bila aku fikir balik kenapa aku buat semua tu, semuanya sebab nafsu dan rasa sunyi. Aku kalah dengan 2 benda tu.
Dekat office, aku tak ngam dengan kebanyakan coworker aku. Banyak salah faham berlaku antara aku dengan member satu kerja dan aku terlalu malas untuk explain cerita dari side aku.
Aku nak explain tapi kena maki hamun dan tak ada yang back up aku, so aku prefer diam dan buat hal aku. Aku lonely dekat office.
Cuma dalam orang sibuk kutuk2 boss, terselit muka aku yang rapat sikit dengan boss. Maybe sebab aku sorang2, nampak agak pathetic masa tu. Member zaman belajar semua jauh bila nak jumpa.
Nak buat member kat tempat kerja, banyak yang tak ngam, jadi aku prefer bersendirian untuk protect mental aku. Aku banyak fokus dengan kerja aku.
Bila aku fokus dengan kerja 24 jam, selalu capai target sales, ramai regular cust cari aku nak repeat order, of course aku jadi perhatian boss. Dari boss, ke feeling selesa macam member ke feeling lain.
Biasanya skandal ni sebab duit, tapi aku more pada nafsu. Aku fight dengan nafsu aku setiap waktu. Tapi aku tewas. Aku tak sampai terlanjur, aku masih protect dara aku.
Aku tak bagi sebab aku takut sakit and aku takut nak bagi sebab tu dara aku. Aku rasa “benda” tu mahal, jadi aku tak bagi sampai ke situ.
Aku rasa Tuhan masih sayang aku, and aku masih boleh fikir waras sikit, jadi sampai ‘part’ tu je aku stop.
Kali pertama, Kali kedua, dari sikit, jadi lebih, makin lebih.
Aku fight dengan nafsu aku setiap waktu sampai aku ingat hari tu aku sujud, dalam sujud aku, aku doa sungguh2, aku nak “buat” untuk kali yang terakhir, then aku tak nak buat lagi dah.
Aku doa moga tuhan tarik nafsu salah aku, aku sungguh2 tak nak buat lagi dah lepas tu.
Guest what, doa aku makbul. Boss aku call, and kitaorang sekali lagi, untuk kali yang ketiga. Settle tu, aku terus block dia, unfollow IG, delete chat.
Bila aku baca kisah sondol menyondol ni, aku tak nak kecam diaorang. Pernah terdetik dalam hati aku suatu masa dulu kenapala diaorang ni buat macam ni, and at the end, aku pun macam tu.
Benda yang aku kutuk, at the end aku pun buat benda yang sama..
Aku awal2 pun naif percaya dia cakap tak ada girlfriend, rupanya bila kita dah sayang sepenuh hati, rupanya dah ada girlfriend cantik kat sebelah. Aku cuma beruntung tak kantoi satu Malaysia je masa tu.
Buat yang pernah menjadi “mirx”, stop la. Aku tahu susah nak fight lawan nafsu.
Aku faham sebab aku dengan kau seumuran masa buat salah tu. Kau tak kan berjaya lawan nafsu menggila kau, jadi solution nya resign lah. Cari kerja baru., Cari circle baru, cari boyfriend baru.
Jangan buat salah yang aku pernah buat, sebab menyesal dia sampai ke sudah menghantui hidup kau setiap malam.
– Jue (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit