Useless Competition

Assalamualaikum. Hi aku EL. Aku sudah dua tahun berumah tangga dan dikurniakan seorang bayi yang sangat comel baru baru ini. Rumah tangga alhamdulillah segalanya sangat baik. Cuma ada sedikit perangai biras aku yang tidak aku gemari iaitu sifat suka bertanding. Aku ingin kongsikan supaya kita sama sama dapat iktibar.

Aku dan suami merupakan doktor manakala adik ipar dan biras merupakan jururawat. Secara amnya jururawat diploma terlebih dahulu mula bekerja manakala kami houseman mula bekerja sekitar usia 25 tahun. Adik ipar aku menikah dahulu sewaktu kami berdua masih belajar dan aku sedikit pun tiada rasa iri hati. Biras aku, aku namakan Peah mula mengikuti life aku menerusi social media.

Suatu hari suami aku (tunang waktu itu) berkata “awak tak perasan ke, kita pergi piknik dia pun pergi piknik, awak masak untuk saya esok tu dia masak untuk adik saya” aku kira hanya kebetulan awalnya tetapi ya makin lama makin ketara. Bayangkan lelaki yang jenis tidak ambil tahu pun boleh perasan.

Peah makin lama makin cuba overpower post post aku di social media. Aku post gambar pakai fisheye esokkannya dia beli gopro. Aku makan aiskrim tepi jalan dia beli aiskrim baskin robin cake dalam hari yang terdekat. Kami diet dia pun sakan post pasal diet. Aku post gambar pregnant dia terus throwback berbelas gambar pregnancy nya yang terdahulu dengan caption “dah boleh kot plan untuk anak kedua”. Benda ini berlanjutan sehingga sekarang.

Aku sedang pjj dengan anak pun dia sibuk mengata rindu pada anak yang didepan mata seolah olah cuba membuat aku jealous. Bukan aku sahaja hendak ditanding. Peah juga bertanding dengan kakak ipar aku yang merupakan seorang jururawat juga. Kakak ipar aku tukar kereta lebih besar, dia pun tukar kepada kereta jenama H yang besar, dengan alasan kereta H lamanya tidak cukup ruang walhal anak baru seorang. Orang pindah rumah dia pun pindah rumah juga. Semuanya berlaku dalam masa terdekat.

Sewaktu aku di rumah mertua di awal tahun perkahwinan. Galak di cerita ho ini tidak competent mo ini sombong, surgeon ini buat operation lambat. Profession aku dipetik. Aku hanya mendengar sambil kupas bawang. 2 per tiga ahli keluarga aku merupakan doktor, semua sudah punya klinik swasta sendiri kecuali aku dan sesama kami tidak pula kami bercerita tentang buruknya seorang nurse baik mengikut pengalaman terdahulu atau pekerja mereka sekarang.

Suami aku ada menyuruh aku untuk hide si Peah ni kerana makin hari makin keterlaluan perangai dia. Tapi susah jika sudah menjadi berkeluarga. Aku ambil pendekatan untuk biarkan sahaja. Dan aku bagi peluang untuk dia compete dengan aku sebanyak mana dia boleh. Because it is useless competition, where we all know who’s gonna win at the end with zero effort.

Suami aku meluat. Tak aku nafikan dek kerana dia juga lah mertua aku paranoid untuk bermenantu perempuan lagi. Mak mertua aku pernah cakap “tak usahlah bermimpi untuk berkahwin dengan orang kaya” selepas melihat kereta apa ayah aku pakai. Nangis nangis aku terangkan, aku bukanlah pandang pangkat atau harta.

Selepas berjumpa Peah aku faham. Jikalau dia yang hidup biasa biasa asyik kondem atap rumah bocor, air panas, aircond, coway tiada. Dia yang BARU mula merasa, apatah lagi aku yang sudah biasa hidup serba ada dari kecil. Tapi aku diajar oleh ibu ayah aku. Setiap rumah adalah syurga bagi penghuninya, hormati dan jangan pernah cuba untuk mengutuk rumah sesiapa pun. Little did she knows dia banyak membuat mak mertua aku tersinggung dengan kata kata dia.

Aku bukan lah orang yang baik, aku lebih kepada orang yang sudah melihat jauh. Keluarga bapa saudara aku juga bertanding dengan ayah aku dari muda sehingga tua. Tapi apa hasilnya? Rumah mereka baru siap di usia 50an dan masih berhutang sedangkan ayah aku tiada hutang rumah sejak 30 tahun lepas.

Ayah aku tidak trade in kereta, dilangsai hutang kereta satu satu sebelum beli yang baru. Mereka pula pantang ayah aku ada kereta baru,mereka akan tukar dan hutang kereta dari dulu hingga sekarang tidak terlangsai. Pernah disuruh menjadi penjamin mereka pula eh eh.

It all started with those small things you practiced today

Jika itu yang kalian competitor mahukan dalam hidup, itu lah sedikit sebanyak realiti di masa tua. Kami insan yang cerdik pandai ini tidak akan membazir masa cuba menyaingi mahupun membuang duit untuk membuktikan kami lagi bagus atau lebih mampu. Kami akan bergerak perlahan lahan mencapai target hidup dan kami akan hidup untuk kebahagian diri sendiri. Bukan kebahagian yang dipaksa atau berhajat untuk dipertontonkan dengan riak.

Akhir kata jika inginkan competition, sambung lah belajar di tahap tertinggi dan compete lah secara sihat dan berilmiah. If we don’t have beauty, lets us have brain.

– El (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *