Usrah Bukan Segala-galanya

Assalamualaikum. Terima kasih buat admin kerana sudi menerima coretan ini. Terlebih dahulu nak minta maaf bagi mana2 pihak yang terlibat secara direct atau indirectly. Sama sama doakan yang terbaik untuk semua.

Terlebih dahulu biar saya perkenalkan diri, saya dibesarkan daripada family yang menitik beratkan tentang fardu ain, alhamdulillah saya menutup aurat dan solat seperti muslim yang lain, dikelilingi dengan masyarakat yang menganut agama Islam.

Bersekolah di sekolah berasrama penuh yang mewajibkan untuk bertudung labuh. Saat itu jiwa remaja rasa rebel, mengapa perlu bertudung labuh? Bukan ke yang penting hati baik.

Waktu itu juga kurang menggemari golongan yang bertudung labuh kerana ada di kalangan mereka (rakan rakan sekolah) tidak menjaga ikhtilat, malah lebih banyak berbincang tentang imam/ lelaki, malahan ada yang kononnya couple Islamik. Ishh ishh. Saya terus berusaha untuk mencapai cita-cita dalam bidang profesional.

Bila usia meningkat remaja, sering kali tertanya tanya. Hidup ni untuk apa ye? Kemana arah tuju ini? Andai meninggal dunia apa yang dah sumbangkan untuk agama.? Cukup ke jadi baik2 sahaja. Adakah syurga hanya untuk golongan yang belajar jurusan agama/ ustaz/ ustazah?

Apa yang mahu persembahkan kepada Allah? Sedang diri sendiri saat itu merangkak2 membaca Al Quran. Sering kali termenung sendirian kerana tidak pandai untuk memahami ayat ayat Al Quran.

Lalu sejak itu saya tekad untuk berhenti menjudge orang dan berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. Rendahkan ego untuk belajar agama. Ternyata untuk menjadi lebih baik itu sangat sangat sukar. Ada waktu kecundang, ada waktu tersungkur, selalu menangis doa pada Allah.

Alhamdulllah Allah pertemukan saya dengan orang2 yang baik disekeliling saya, senior2 yang tidak mempunyai sebarang pertalian darah berusaha untuk memberi kefahaman asas Islam yang sebenar.

Sejak daripada itu saya mula mendekati usrah dan mula mendekati Al Quran. Bersama dengan mereka yang ingin berubah ke arah lebih baik bercita-cita besar. Belajar dan lebih mendekati dengan sejarah kegemilangan Islam.

Namun hujan tak semestinya sampai ke petang, ada waktu, setelah beberapa tahun dengan mereka. Saya bertelingkah dan merasakan sangat serabut dengan mereka ini. Seolah-olah mereka tidak memahami masalah saya.

Disamping, ekoran tidak pandai membahagikan masa serta menguruskan urusan, serta merasa berat dengan tanggungjawab, Dan menuntut banyak pengorbanan. Lalu saya mengambil keputusan drastik untuk stop terlibat dan menjauhkan diri dari mereka.

Saya sangka dengan membuat keputusan ini, saya semakin lebih baik, ternyata meleset sekali. Tanpa saya sedar saya semakin banyak buat benda2 lagha, bersuka ria, malahan hati semakin kosong sebab semakin jauh dengan Allah dan Al Quran.

Saya ada pelbagai kebahagiaan yang orang impikan tapi hati saya tak bahagia. Peringatan yang ada di ceramah2 masjid, youtube, hanya lah meninggalkan kesan sementara.

Umpamanya berada di dalam sungai yang deras, dengan merasakan diri sudah cukup dan stagnant sahaja di tahap itu sahaja, membuatkan saya tidak berenang. Dan akhirnya saya semakin hanyut dibawa arus. Ternyata saya perlu perlu berenang dan berikhtiar untuk menyelamatkan diri.

Saya mula menghubungi dan mencari mereka kembali. Serta meluahkan apa yang terbuku dengan rasional dan kini saya kembali aktif semula. Saya mula berusaha untuk tebus kealpaan saya.

Kini baru saya sedar, meskipun saya banyak buat silap dalam nak mengajak orang kearah kebaikan tapi itulah yang mematangkan saya. Lebih banyak saya belajar, kerana bila saya tidak mencuba, saya takkan belajar dari kesalahan, menjadi lebih baik. Serta menambah ilmu tentang Islam itu sendiri.

Barulah saya sedar bila berdakwah kearah kebaikan secara konsisten, itulah yang menjadi urgency untuk saya kearah lebih baik juga. Semakin dekat dengan Al Quran, hadis dan perjuangan hidup Rasulullah serta sahabat sahabat. Kearah tujuan hidup kita yang sebenar. Belajar untuk melihat dengan kaca mata Islam dalam perilaku dan cara hidup sendiri.

Ye Usrah bukan la segalanya-galanya, tapi diri ini sangat sangat sangat memerlukan tarbiyah, bimbingan dan peringatan yang sentiasa berterusan. Maafkan kami sekiranya kami tersilap, tersalah langkah, usah dikecam, bantu kami untuk jadi lebih baik. Doakan kami.

– Cik DNA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *