assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
sesunguhnya nukilan ini bukanlah bersifat menghukum mahupun memalukan tetapi ana merasakan perkara ini perlu dilakukan untuk meninggalkan kita dengan hati yg terbuka dan berfikir sejenak mengenai isi yg bakal ana kongsikan
ana merupakan seorang penuntut di sebuah universiti di negara kita. berada dalam tahun terakhir perjuangan ana. ana dan usrah telah sebati sejak ana menjejakkan kaki ke universiti lagi namun sejak tahun ke dua ana mula longgar bersama usrah dan memutuskan untuk tidak bersama usrah pada tahun le tiga. apa yg ana bakal ceritakan ini adalah pengalaman ana semata maka ambillah yg jernih buanglah yg keruh
tidak dapat dinafikan usrah banyak membantu ana dalam mengenali agama dan diri ana namun ada beberapa perkara yg ana tidal berkenaan mengenai cara pelaksanaan usrah tersebut
1.Usrah -dimana niat dan tujuan kita
pasal poin pertama ni sebenarnya ana hanyalah ingin menyatakan apa yg ana rasai selama ini. seperti biasa setiap kali pengambilan pelajar baru masuk, banyak kumpulan usrah akan mendekati pelajar pelajar ini untuk dijadikan sebuah keluarga. pengalaman ana pada tahun pertama berusrah sangatlah indah, ana rasa keluarga usrahlah dunia ana, ana dilayan seperti adik beradik, sehinggakan hari jadi ana pun di sambut, family day, bonding time, makan makan dan banyak lagi.masa ni ana rasa group usrah ana adalah keluarga kedua ana.segala susah senang ana kongsi bersama.
Pada tahun kedua, pelajar baru telah masuk, ada beberapa students dalam usrah ana. ana pun gembira ada adik adik yg baru tetapi dalam masa yg sama ana mula rasa layanan terhadap ana dah berkurang tetapi ana tidak berburuk sangka kerana ana sudah mula berasa selesa di universiti. namun ada beberapa perkara yg buat ana terkilan sebenarnya sepertinya layanan mesra itu berudang disebalik batu. ana mula melihat cara tersebut digunakan untuk menarik pelajar baru menyertai usrah.mereka diraikan dan dijaga dengan betul sehinggakan satu tahap ana terasa terhindar.
tahun ketiga teori ana menjadi betul. perkara sama berulang semula. yg telah lama dalam usrah mula diabaikan yg baru masuk dijaga umpama anak emas.
mereka dibawa ke mana sahaja. dalam hati ana, kesian mereka, yg patah tumbuh yg hilang berganti. ana fikirkan layanan mesra itu berkekalan rupanya hujan ditengah jalan. dan akhirnya ana memutuskan untuk tidak menyertai usrah lagi selepas itu.
2. usrah tapi kenapa kita kita sahaja
satu perkara yg ana sering perhatikan sehingga ana hampir terlali dengan benda ini adalah cara kita berusrah. kita seringkali berusrah dengan memuliakan antara kita dan merendahkan mereka yg diluar kelompok kita. usrah itu sangat indah bila fokus kita untuk membina jati diri agama kita dan bukannya membuat perbandingan dengan yg diluar sana.adalah lebih baik jika kita tidak menggunakan mana mana isu semasa ke dalam tajuk perbincangan kita ketika berusrah. sekarang ana mengerti mengapa orang selalu memandang usrah secara sinis dan senteng. dulu ana syok sendiri dengan dunia usrah ana. ana lupa tanggungjawan ana terhadap sesama saudara islam ana, ana menganggap islam terlalu mahal untuk semua orang.ana memandang rendah mereka yg tidak mengikuti ajaran islam tapi kini ana sedar kita semua hidup dalam keadaan yg berbeza.islam itu murah untuk kita semua belajar bersama sama.
sampai hati kita putuskan hubungan kita dengan saudara islam yg lain semata mata ingin bersama usrah kita. pernah ana melihat kerana sibuk usrah, individu ini pindah rumah sewa, kerana usrah kita elakkan berbual dengan yg rapuh dan lemah imannya. apa yg ana ingin katakan sebenarnya hanyalah bersederhanalah kita. berusrahlah kita dan bergaul dengan semua orang, berusrahlah kita tanpa melupakan orang yg berada diluar kelompok kita.jangan kita dilihat assabiah ke sana ke sini dengan usrah sendiri tidak mahu bergaul dengan orang lain
3. usrah jangan dijadikan bebanan
ana seringkali melihat usrah dijadikan kewajipan untuk mnghadiri.bagi mereka yg sibuk, mereka dilabelkan malang dan lalai dengan duniawi
jadikanlah usrah suatu perkongsian yg menggembirakan.jangan dijadikan paksaan sesama kita.berlapang dada dan menerimalah kekurangan beringatlah kita semua ada kekurangan.carilah kaedah yg berlainan jangan asyik usrah di bawah pokok, tepi padang, dalam surau, tepi masjid. terokailah sejuta cara agar usrah mu dinanti nantikan bukannya di elakkan.
sekian sahajalah nukilan ana.semoga nukilan ini dapat membuat semua usrah berlapang dada dan menerima apa jua kelemahan yg ada
-bekas kaki usrah
– bekas kaki usrah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit