Assalamualaikum. Terima kasih sebab post confession ni. Sebenarnya dah lama terbuku dalam hati tapi sekarang baru terasa nak meluahkan. Sebenarnya apa yang saya lalui ni terjadi bukan pada saya sorang tapi jadi pada yang lain juga.
Introduction diri, saya seorang perempuan, takde la baik masih banyak perlu dibaiki. Masih belajar course rahsia.
Usrah. Usrah itu baik. Usrah itu bagus. Saya tak nafikan. Tapi apa yang saya tak puas adalah kakak abang naqib naqibah. Saya enjoy usrah, kalau ajak, no hal saya join. Tapi lama lama saya terasa bagai dipaksa dan tak ikhlas.
Mula mula join usrah, wah seronok! Activity merapatkan ukuwwah, topic bagus dan sangat mengingatkan saya pada Tuhan. May Allah bless everyone yang membuat dakwah. Saya amaze dengan mereka mereka yang mengambil masa untuk menyebarkan dan mengajak ke arah kebaikkan.
Speaking of mengambil masaβ¦ Saya dan rakan rakan usrah saya mengambil jurusan yang sama, ‘under’ usrah kakak H, yang bukan dalam jurusan yang sama. Disebabkan perbezaan jurusan, kakak H akan selalu lah untuk membuat usrah regardless. Bagus. Tapi apa yang tak bagus adalah pengambilan waktu. Ye, pengambilan.
Bayangkan ada satu harini kami semua ada assignment submision perlu hantar pada hari Selasa. Jumaat sebelumnya kakak H bagi Whatsapp message, cakap usrah akan dibuat pada hari Sabtu, pukul 8 pagi hingga 4 petang. Saya pelik kenapa lama sangat. Tapi takpe lah, saya balas cakap disebabkan ada submission, saya akan keluar dari usrah awal. Dia kata takpe, boleh je.
Pada hari Sabtu tersebut, saya dan rakan rakan sampai tepat 8am. Masuk rumah kakak H, barulah kakak H nak start set-up laptopnya, projector nya etc. etc. ambil masa dalam setengah jam jugalah. Makanya usrah bermula pada 8.30am berterusan sehingga Zuhur. Lepas Zuhur dia kata, ini baru introduction, belum lagi isi. Makanya dia mengajak kami semua stay atleast satu slide. Kawan kawan rasa bersalah nak pergi makanya stay, saya pun stay lah. Last last, daripada habis pukul 4 petang, usrah habis pukul 8 malam. Semua stay atas sebab rasa bersalah nak keluar awal. Kami end up stay up untuk habiskan assignment, to cover the time lost. Tapi takpe. Alhamdulillah, semua sempat hantar pada waktunya.
Sebulan kemudian, tiba minggu assignment. Bermula minggu minggu paling busy. (note: Selepas kejadian diatas, usrah hanya 1 jam setengah (paling lambat 2jam) setiap minggu, which is normal). Kakak H cakap akan ada usrah lagi minggu ni. Dalam fikiran kami usrah 2 jam sahaja, takpe, boleh buat masa untuk usrah. Kami pun pergilah pada pukul 8pagi hari Sabtu dan keluar dari usrah pada pukul 8malam, sekali lagi. Ya. Kalini tiada ‘amaran’ dari awal cakap yang usrah berpanjangan seharian.
Pada pagi Sabtu tersebut, kami sampai, duduk makan makan, kemuadian bermula usrah. Selepas Zuhur dia kata “Alhamdulillah Allah membuka masa pada kalian untuk join usrah kali ni. Kakak ada lagi sikit je before habis. Kakak harap kalian semua stay. Tapi kalau tak dapat takpe, kakak faham.”
Semua terus rasa tak sedap nak balik. Sikit lagi. Takpe. Sikit lagi sampai pukul 8malam. Kami keluar dari usrah dengan perasaan marah dan tak ikhlas. Masa yang diallocate kan untuk haritu terganggu sebab kakak usrah nak buat usrah sepanjang hari tanpa beritahu.
Just in case you’re wondering kenapa tak pergi cakap pada dia terus? Saya terus meluahkan perasaan ni pada Kakak H seusai saya sampai dirumah. Apa balasnya, no reply. Tapi msg di group whatsapp direply. Apakah pandangan saya tak perlu dipandang? Tiga minggu langsung tiada reply.
Maaf saya katakan disini. Saya tak kisah kalian mahu menyebarkan dakwah. Tapi mohon, “practice what you preach.” Kalian membawa topik “tanggungjawab”, “amanah”, “hormat”, “mengasihani sahabat” dan macam macam lagi. Tapi kalau hanya sekadar berkata, tiada perbuatanm tiada guna juga.
semua mempunyai tanggungjawab dan amanah atas masa dan pelajaran (to name a few). benda ini perlu dihormati. Tolonglah, be considerate of others. Bukan sahaja pada kesihatan rohani or spiritual, tapi be considerate of waktu orang lain.
Mungkin kalian akan cakap “jangan sebab satu occasion ni saya terus menolak usrah.” Tak, saya tidak menolak usrah, bahkan saya meminta jika mahu membuat usrah, pastikan kelapangan dan situasi orang lain.
“Kami juga manusia yang sering membuat kesilapan” saya faham itu, tapi ini bukan kali pertama ataupun kali kedua ‘kesilapan’ yang sama dilakukan. Bahkan oleh orang atau organisasi yang sama. Bukankan seorang mukmin itu tidak akan jatuh kedalam lubang yang sama? Jika mahu buat usrah yang berpanjangan mengapa tidak berterus terang? Mengapa tidak di ‘evaluate’ and improve?
“Tak suka takpa la, allah nampak usaha kita”
Memang Allah nampak. Tapi bukankah kita perlu menjaga hubungan terhadap manusia dan alam juga? Kalau tak balance it out, then nothing. Dakwah dilakukan terhadap manusia. If you dont have the demand, then you’re wasting your supply, no?
Apa yang saya cuba sampai kan adalah ini,
1) be considerate. If you’re not being considerate of other people’s time, money, or feeling or education, how do you expect someone to respect you? Cause if you’re not respected by people, what you’re doing is useless cause it’ll be just in the air.
2) If you preach to someone, make sure you practice it too. It is fine if you’re still new at it, atleast we can see that you’re trying and makes us want to try harder too. Practice what you preach, cause berilmu tanpa beramal umpama pokok tidak berbuah.
Kepada Kakak H,
saya berterima kasih atas segalanya yang kakak telah lakukan. Kudos to you. Tapi apa yang kakak lakukan juga membuatkan saya tidak ikhlas lagi untuk ‘under’ kakak. not only the sitation that i mentioned above but others too. Ye kakak manusia kakak lakukan kesilapan, begitu juga saya. Tapi kesilapan itu terlalu kerap dilakukan untuk dicategory kan sebagai kesilapan.
– Adik Usrah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit