Usrah Talam Dua Muka

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca IIUMC. Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada admin yg sudi publish cerita ni. Coretan ini terhasil dari pengalaman peribadi penulis .

Pertamanya, apakah tujuan kita masuk usrah?

bagi penulis, niat yang paling utama masuk usrah ialah untuk mengubah diri dari jahiliah dahulu dan menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan. Alhamdulillah niat itu masih menjadi pendorong utama untuk masih terus berada di medan dakwah dan tarbiah ni. tetapi hakikatnya bila kita ingin berubah ke arah yang lebih baik, Allah sertakan ujian yang mengirigi langkah kita ni. Ujian yang saya hadapi ialah saya lihat realiti komuniti usrah saya seperti yang dtertulis di tajuk. Ya. Usrah talam dua muka.

Definisi talam dua muka ni cukup ringkas. Depan kita lain belakang lain. Inilah realiti yang berlaku dalam usrah yang sering kita sertai pada hari ni. Maaf, bukan nak pukul rata semua pihak, Alhamdulillah ade pihak yang betul2 jalakan usrah kerana allah. tapi mungkin pihak yg saya sertai ni seolah2 menjalankan usrah tu sebagai proksi untuk “personal gain” . Dalam erti kata lain mereka ini seperti penunggang agama yang bekerja untuk kepentingan diri.

Ingat lagi pada permulaan usrah itu semuanya manis tiada langsung terlihat double intention yang naqib/naqibah nak tunjukkan. ukhwah melekit lekat semua macam indah . Lama kelamaan selepas berlayar bersama usrah ni baru nampak diorang ni ade dual intention ajak masuk usrah.

1. memang nakkan kita berubah ke jalan Allah
2. perlukan kita untuk direkrut ke dalam organisasi mereka.

Sepanjang mengikuti usrah ni apa yang saya dapat perhatikan ade sesetengah golongan naqib/naqibah ni nak jadi judges hidup orang. tak salah dik oi nak nilai kawan tu lihat kekurangan dia tapi dengan syarat anda berinisiatif untuk membantu dia dengan problem yang dia tgh struggle tu. tapi korang tak buat pon. nampak salah orang trus di judge orang tu macam tu saja. Dik non, saya nak bagitau sikit tak semua orang hadapi problem yang sama dengan yang awak lalui dalam hidup awak. JUST BECAUSE YOU ARE NOT BEING TESTED WITH THE EXACT PROBLEM AS HIM OR HER DOES’NT MAKE YOU HOLIER THAN THAT PARTICULAR PERSON . awak mungkin tak tahu org yg awak judge tu sedang melalui fasa yang dia sendiri masih cuba untuk bangun dari kesusahan atau ujian yang melanda diri dia. Seharusnya sebagai seorang yang “dependable” awak hulurkan bantuan untuk dia bangun bukan jatuhkan lagi semangat dia dengan judgement awak. Lebih mengerikan lagi apabila orang tu dijudge lepas tu ditinggalkan terkapai-kapai begitu sahaja dengan alasan tak munasabah. oh naqib naqibah,belajarlah erti tanggungjawab.Sebelum awak terima tanggungjawab untuk memimpin usrah awak perlu belajar erti tanggungjawab yang bakal dipikul kelak selepas awak memimpin usrah.. perlu faham peranan awak sebagai role model untuk membantu anak buah usrah awak untuk menjadi lebuh baik tetapi realitinya awak berpelakuan seperti tu apakah erti usrah itu sendiri yang awak ingin tunjukkan kepada ahli usrah anda? Situasi seperti inilah yang menggambarkan betapa buruknya usrah di mata orang lain.maaf saya terpaksa tulis sebab ni realiti yang dihadapi oleh kebanyakan ahli usrah.

Akhir kata pesanan buat para naqib/naqibah di luar sana

1. tunjukkanlah qudwah yang baik buat insan yang ingin dibimbimbing
2. cakna masalah rakan atau ahli usrah dan instead of judging them, help them.
3. ikhlaskan diri dalam melakukan segalanya. masalah utama yang terjadinya usrah talam dua muka ni apabila ada pihak yang tak ikhlas melakukan tanggungjawab masing2.
4. wujudkan suasana yang lebih friendly. Ukhwah yang dibina tu bukan semata2 menjadikan ahli usrah tu usrah buddy itme usrah je tapi untuk sepanjang kehidupan
5. cadangan saya : mungkin boleh buat feedback session dalam sesi usrah sebulan sekali supaya naqib/naqibah tak syok sendiri . Perlu ada checks and balance jugak dalam usrah ni.

Akhir kata ,semua orang tidak sempurna tetapi itu tak menjadi alasan untuk tidak cuba memperbaiki diri. untuk naqib/naqibah anda pegang tanggungjawab lebih tinggi iaitu menjadi role model kepada insan yang ingin dibimbing. Ingat,orang islam itulah yang akan menunjukkan keindahan islam tetapi orang islam jugalah yang mampu menunjukkan keburukkan islam itu sendri. Yang baik itu datang dari Allah yang kurang itu datang dari diri saya sendiri.

– -Sang pemerhati-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit