Cukup saya perkenalkan diri saya sebagai ‘Saya’. Saya membesar dalam keluarga yang menitikberatkan pelajaran agama.
Di Johor, selepas tamat darjah 6 sekolah agama, pelajar yang lulus akan menyambung pengajian di Darjah Khas. Sesi pembelajaran setiap hari Sabtu.
Disebabkan itu saya ada pemikiran, orang-orang bergelar Ustaz / Ustazah semuanya akan berkata benar dan mengamalkan cara hidup seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Tapi apabila saya mula dewasa dan berkeluarga, baru saya diperlihatkan. Ustaz / Ustazah itu manusia.
Bila sebut manusia, sudah tentu ada sikap mazmumah dan mahmudah.
Jadi saya tidak pelik jika bangsa saya mudah diniagakan atas nama agama.
Dan saya juga tidak pelik, apabila ramai saudagar-saudagar agama dan penunggang-penunggang agama yang tumbuh seperti cendawan selepas
Suka diingatkan. Agama tidak salah. Yang salah adalah manusia yang memanipulasikan agama untuk membuat maksiat / jenayah.
Dan kadang saya bertanya dengan kucing jiran saya.
“Kenapa bila seseorang berperwatakan agamawan, mudah betul bangsa saya terpedaya ? Kenapa ek?”
Tak percaya. Cuba baca komen-komen netizen yang menyebelahi mereka yang berjawatan agama.
Kadang saya pun tak faham. Adakah mereka fikir orang agama ini tidak ada hawa nafsu seperti para malaikat?
“Dan kenapa bila saya menegur segelintir agamawan yang bertentangan cara Nabi Muhammad s.a.w , orang akan menuduh saya, orang yang anti Islam. Kelakar ek?”
Saya terpaksa berkongsi luahan rasa ini kerana sudah menjadi tanggungjawab saya untuk membersihkan nama baik Islam.
Macam saya bagitahu sebelum ini. Yang bermasalah bukannya agama. Tetapi manusia yang memanipulasi agama untuk memuaskan nafsu amarahnya.
– TAUFIX SKILO (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit