Assalamu’alaikum wbt. Terima kasih admin siarkan tulisan ni! Luahan dr hati, tidak minta untuk difahami cuma rasa bahagia bila dapat berkongsi. Cerita kita mungkin tak sama. Moga apa yg aku share, brings good for all.
Pilu. Seorang guru seperti biasa datang membawa al-Quran dan rekod tasmi’ pelajar. Demi menjalankan sebuah amanah. Just imagine, dia masuk ke kelas tiada satu pun kelihatan kelibat anak tasmi’ nya. Tanpa dia tahu, dia tidak lagi menjadi guru tasmi’ di semester akhir ini. Dia menuju ke papan melihat jadual akademik yang baru terpampang. Anak tasmi’ nya menyusul dan mungkin ingin mengkhabarkan sendiri padanya. Melihat kawan bertangisan dan ustazah pergi begitu saja entah ke mana, mungkin mencari ruang untuk menenangkan hati sendiri. Apa yg aku saksikan, cukup membuat dada sesak menahan tangis. “ustazah tu ada perasaan ba”, cuma ini yang mampu terluah.
Keputusan yang dibuat demi keselesaan satu pihak saja. Mungkin cuma pihak sana saja yang punya perasaan. Mungkin, mungkin dan mungkin. 1001 kemungkinan ligat bermain di kotak fikiran. Bagaimana lagi untuk menidakkan kemungkinan sangkaan ini?
Diam. Aku bersimpati dengan apa yang terjadi. Mahu menentang lagi? Sedarlah, kau mana ada kuasa! Sedang suara suara selama ini, mana perna mendapat perhatian dr mereka. Suara suara inilah yang mereka anggap menderhaka. Biadap terhadap mereka. Tetap pada akhirnya, “kau yang salah! Sudahilah alasanmu..”
Walaupun pada awalnya, susah menerima pendekatan yang dia bawa. “syadid”. Ustazah banyak mengajar aku sesuatu. Dia berbeza. Marahnya kerana sayang. Tegasnya kerana ingin melihat anak didiknya menjadi orang yang berguna buat ummah. Tidak perna sekali dia membuat anak didiknya merasa seperti tidak berguna. Kekhilafan anak muridnya tidak perna dijaja, apa lagi jadi bahan sindiran demi puaskan hati sendiri. She lifted up our spirit. Nasihat yang dicurahkan seringkali menyentuh hati hati yang merindui kedamaian. Pesannya, doalah pada Allah. Terus berdoa!
Ya dunia ni takkan beri semua yang kita inginkan, selalu tidak adil tapi jangan lupa kita ada Allah. Dia Maha Adil. Mana mungkin dia akan biar hamba-Nya terkapai sendirian. Kebergantungan harus sepenuhnya pada dia, kerana yang punya kuasa cuma Dia. Cepat atau lambat, pasti ada jawapan dari doa kita. Biar kita menjadi orang-orang yang terakhir ketawa. Have faith!
Firman-Nya dalam surah al-Ankabut, 2-3:
(Mafhumnya):
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan “Kami beriman”, dan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya, Kami telah menuju orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang yang benar dan pasti mengetahui tentang orang yang berduka.”
Terima kasih ustazah..
Kau ajar ku erti sebuah kesabaran,
Ujian demi ujian bukan alasan untuk berputus asa.
Kesungguhanmu mencurah ilmu tak mampu terbayar.
Moga Allah sentiasa merahmatimu.
Ustazah..
Doa kami sentiasa ada buatmu,
Moga terus kuat dalam menghadapi segala macam mehnah dan tribulasi.
Ustazah, Kau lah Murabbi!
-neros
– neros
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit