Ustazah Lari Dari Pusat Tahfiz

Assalamualaikum wbt semua. Cerita ini daripada cerita saya sendiri berikutan viral isu guru merotan pelajar saya nak share.

Habis daripada tingkatan 6, macam biasa ligat cari kerja. Kemudian saya dapat tawaran kerja dari kawan sendiri di pusat tahfiz. Gembiranya dengar sebab sesuai dengan bidang saya sendiri. Parents agak berat nak kasi bila pujuk-pujuk alhamdulillah kasi.

Hari pertama datang, jumpa dengan pengurus pusat tahfiz tersebut, saya dilayan baik sekali, dipelawa solat dirumahnya. Kemudian bertanya nama dan sebagainya dengan sangat santai.

Tertunggu-tunggu juga apa cerita tentang kerja dan sebagainya namun takda pula.

Oh ya, sebelum saya masuk kerja kawan dah warning awal-awal dkat sini ramai ustazah masuk tapi tak tahan seminggu dah keluar, paling teruk 3 hari dah keluar.

Jadi saya dah siapkan mental awal-awal. Tahfiz tersebut awalnya adalah tempat perlindungan anak yatim namun ia ditambah sekali pusat tahfiz juga untuk pendidikan anak-anak disitu.

Sambung, hari pertama saya bekerja saya tasmik pelajar terus saya langsung tak tahu jadual, skop tugas dan sebagainya. Saya ada tanya katanya ikut sahaja. Saya pun follow. Pelajar tak ramai dalam 30 orang sahaja campur 5 tahun hingga 20 tahun.

Hari pertama saya mengajar dah kena marah dengan pengurus sebab budak bersepah sampai kata tak reti mengajar salhal student mana yang saya kena ajar pun tak tahu. Budak yang baring tu budak 6 tahun kot ?

Weekend, ada hari mcm riadah. Riadah dalam rumah lah tapinya. Yang peliknya warden yang jaga iaitu anak pengurus tu pasang lagu omputih rock sambil joget-joget sambil pusing-pusing rebut kerusi. Pening sikit tahfiz buat cara tahfiz hmm.

Nak pendekkan cerita, selepas banyaknya kes-kes yang saya sendiri pening, masuk minggu kedua saya dah tak tahan. Terutama isu buli dekat tempat ni. Ada 3 geng sekawan ni 16 tahun suka sangat buli seorang pelajar umur 20 tahun. Waktu tu saya sendiri panggil dia kakak sebab dia kata nak belajar mengaji sangat-sangat jadi dia diterima.

Kak wawa ni kecik lembut sangat tuhan je yang tahu setiap hari kena buli ya Allah.. Buli dia bukan keras tapi mental teruk. Setiap hari bilik dia disepahkan macam kandang habis semua buku buku berselerak atas lantai, sampah-sampah pad budak, tisu basah semua dalam tandas dia tuang atas katil kak wawa ni. Semua baju air kotak milo dia bukak dia tuang semua atas lantai atas katil.

Saya paling terkejut dengan perangai budak-budak ni. Peliknya pengurus tak ambil tindakan. Kami ustazah yang tolong bersihkan sekali. Menangis teruk sangat kak wawa tapi dia kata asalkan dapat ustazah yang sudi ajar dia dah gembira. Kami menangis sekali.

Last kemuncaknya. Malam tu saya dengan kawan bersembang. Ada 2 pelajar share satu bilik dgn kami. Saya tanya dah lama sangat geng-geng buli tadi ni tak solat. Dorang ada sakit ke, betul-betul uzur ke.

Saya tanya kemudian kawan jawab- kata warden tu dorang ni special sikit jangan masuk campur. Okay takda masalah lah mcmtu. Kemudian saya sambung cerita dulu dekat sekolah jadi oengawas ketat betul kalau bab-bab cek datang bulan ni.

Perbualan kami sambung sampai bercerita pengalaman masa sekolah. Pagi tu masa saya tengah tasmik, salah sorang budak ni dia jerit nama saya siti mana siti. Sitii menjerit macam kena rasuk. Nama saya siti ada juga sorang student siti. Saya biar jelah sebab dia agak bermasalah.

Rupanya dia panggil saya – siti mana yang tak puas hati sangat pasal ak period. Dia datang dekat saya yang tengah tasmik al-Quran tunjuk pad dia yang berdarah tu depan Quran sambil tengking. Kau nak buktikan ni aku bagi.

Mengucap panjang lebar masa tu. Budak yang tidur sekali dgn kami menangis teruk minta maaf sebab dia kena ugut cerita semua yang ustazah-ustazah sembang dalam bilik lagi-lagi kalau ada cakap pasal dia. Makan tuan sangat. Tempat ni macam neraka. Patutlah ustazah semua tak tahan.

Terus saya packing baju and keluar dari tempat tu. Lari dalam keadaan menangis teruk macam kena cerai laki hahaha. Warden tu baik dia offer laki dia hantarkan sampai bustop. Alhamdulillah rasa terpujuk sikit.

Baliklah rumah terus lari dari tempat tu. Saya tak kisah kalau ada pelajar nakal tapi saya fail pelajar kurang ajar.

Kemudian, bagi saya tahfiz tu bagus nak ditubuhkan cuma banyakkanlah belajar dari tahfiz tahfiz lain biar berilmu lebih dalam pengurusan terutama bab menghafal al-Quran and ADAB. Saya doakan tahfiz tu berjaya akhirnya. Goodluck.

And student jaga adab dekat guru. Hilang adab, hilang berkat. Trust me hidup korang susah sampai tua sampai ada anak susah hidup. Wallahualam.

– Ustazah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *