Terima kasih Admin sebab siarkan cerita saya.
Pertama sekali, saya ingin memohon maaf andai ada yang terasa, dan tujuan saya utk meluahkan kat sini bukanlah untuk memburukkan sesiapa.
Tapi jauh di sudut hati saya, tertanya tanya adakah disebabkan peredaran zaman sekarang turut memberi kesan kepada peranan ustazah pada masa kini.
Nama panggilan saya Nur dan saya mempunyai seorang rakan yang salah seorangnya bekerja sebagai Guru Agama atau dipendekkan kata Ustazah. Setiap manusia tak sempurna dan setiap orang pasti ingin menambah baik diri mereka dari semasa ke semasa. Tapi saya melihat rakan saya ni yg bekerja sebagai guru agama, memang dikenali sebagai ustazah yang mempunyai rupa paras yang cantik, Alhamdulillah dan pastinya mempunyai sifat yang lemah lembut. Yang baru saje mengenalinya, pasti akan terpikat atau rasa suka dengannya. Boleh dikatakan pakej lengkap la gitu. Orang sekeliling saya pasti akan memuji-mujinya. Apa yang membuat saya sedikit rasa terkilan, adakalanya perangai dan cara hidupnya sebenarnya tidak melambangkan kerjaya mereka yang patut menjadi contoh teladan kepada insan-insan yg ingin berubah, lebih-lebih lagi kepada pelajar mereka.
Pertama, cara pakaian. Saya akui saya ni bukanlah gadis yang baik mana, tutup aurat pun ala kadar jer, sifat ayu lemah lembut tu memang xder la. Jauh di sudut hati saya, saya nak rakan saya @ ustazah ini menjadi contoh dan menjadi penambah semangat saya untuk menjadi lebih baik. Tapi semua hampir terpadam. Ketika mengajar kat sekolah, pakaiannya Alhamdulillah. Tudung labuh, baju besar, memakai stokin kaki & tangan dan pastinya memenuhi tuntutan menutup aurat itu. Namun, waktu selepas mengajar, ketika nak keluar ke bandar, pakaiannya sedikit berubah, masih menutup aurat tapi ala kadar jugak. Memakai seluar tapi kecik, baju tidak lagi sebesar mana dan ada kalanya sehingga boleh menampakkan punggung, tudung tidak lagi begitu labuh. Terdetik dalam hati saya, apakah perasaan dia sekiranya terjumpa dengan pelajar mereka di luar sana.
Kedua, suka selfie. Sekarang memang zaman moden, tapi melihatkan rakan ustazah saya ni suka selfie, memuat naik gambarnya yang lawa di laman sosial. Hmmmm, adakah memang ini ustazah zaman moden. Saya bukan katakan semua mcm ni yer, tapi dah beberapa yg saya jumpa berkelakuan seperti ini. xper la, mungkin juga rupa yg lawa tu memang 1 anugerah yg boleh dikongsikan kat org lain, apatah lagi kepada org awam.. huhu
Ketiga, berkawan dengan lelaki. Dulunya saya sngat respek dengan dia, tapi disebabkan beberapa perkara yg susah saya nak terima, menjadikan saya hampir hilang respek. Bercinta dan berkawan dengan lelaki xder salahnye, tapi pada pandangan saya, benda ni akan tambah menjadi salah sekiranya keluar dengan bukan mahram kita sehingga lewat malam. Dah nasihat, tapi nak buat macam mana, kalau dia x dengar. Maklumlah, umur kami lebih kurang jer, saya pun perempuan yg biasa-biasa jer. Banyak lagi saya boleh cerita, tapi point utama saya nak sampaikan kat sini, semoga rakan-rakan yang memegang status sebagai guru agama ini memaparkan ciri-ciri sebaiknya pekerjaan kamu itu. Walaupun hanya segelintir berkelakuan begini, tapi pasti akan mencemarkan yang lain. Bagi saya, bila dah menjadi golongan ustazah ni, dah dijadikan role model. Tapi kalau ada yg berkelakuan begini, hanya akan mencemarkan title itu.
Maaf sekali lagi, bukan saya mohon untuk dikecam, tapi janganlah disebabkan anda masih kat usia muda menjadikan alasan untuk menjadi ustazah ‘rock’
Maaf dan semoga kita semua sama-sama istiqamah untuk menjadi yang lebih baik. Amin.
-Nur, rakan awak-
– Nur Jannah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit