Ustazah ‘Wajib’ Kahwin Awal

Assalamualaikum wbt, hai.. First of all, thank to admin sudi siarkan penulisan aku ini.

Sebenarnya dah lama nak menulis dekat page ni tapi kerana kekangan pekerjaan membuatkan aku hanya memendam angan-angan tersebut.

Alhamdulillah, akhirnya Allah memberi aku kesempatan untuk menulis dan berkongsi rasa disini. Maaf, penulisan aku agak panjang.

Aku seorang ustazah berumur linkungan akhir 20an yang mengajar di salah sebuah sekolah menengah bahagian selatan tanah air. Apabila dicampur ditolak lebih kurang 4 tahun pengalaman aku berkecimpung dalam dunia pendidikan dan pelbagai rasa telah aku lalui.

Aku seorang ustazah yang biasa-biasa, rupa tiada tetapi yang aku yakin aku miliki adalah akhlak & ilmu agama di dalam diri. 

Aku memulakan kerjaya sebagai pendidik sejurus setelah menamatkan pengajian di salah sebuah institusi pengajian tinggi dalam negara.

Di sekolah, aku diberikan amanah untuk mengajar subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Alhamdulillah, sekolah pertama aku posting adalah antara sekolah yang terbaik namun sebagaimana seorang pensyarah aku pernah berkata :

“Apabila kalian telah terjun ke lapangan pendidikan yang sebenar, pasti akan wujudnya sekecil-kecil permasalahan dalaman.

Jika pentadbiran ok, pasti bermasalah dengan pelajar. Jika pelajar ok, pasti bermasalah dengan pembantu tadbir. Jika pembantu tadbirnya ok, pasti bermasalah dengan rakan sejawat. Tetapi…walau apa jua masalah yang datang cuba atasinya dengan cara yang penuh berhikmah”

Setiap manusia pastinya akan terbit masalah begitu juga aku dan permasalahan aku disini adalah rakan sejawat aku.

Aku tidak nafikan rakan sejawat aku semuanya baik-baik belaka cuma ada seperkara yang membuat aku tersinggung iaitu dari hari pertama aku datang ke sekolah mereka sering mempertikaikan.

 “Kenapa ustazah, tak kahwin lagi? Biasanya golongan ustaz/ustazah ni belum habis belajar lagi dah kahwin”

Aku bukan seorang yang sensitive bila ditanya soal perkahwinan, bagi aku normal untuk ditanya kerana umurku pada awal posting adalah 25 tahun tetapi mungkin kerana gaya pertanyaan itu seolah-olah meletakkan ‘WAJIB” bagi golongan macam aku ni berkahwin pada usia yang muda.

Mungkin mereka lupa ajal,maut,jodoh,pertemuan dan rezki itu adalah milik mutlak Allah swt. Acap kali aku ditanya dan dipertikai :

“Kau memilih sangat kot”

“Kau tak usaha ke? Try la isi BaitulMuslim, BaitulJannah dll”

“Kau tak amalkan kena doa cepat jodoh yang UstazD bagi tu”

“Kau cikgu sebab tu lelaki takut nak dekat”

Menipulah andai tidak pernah terdetik dihati ini untuk berumahtangga, lagi-lagi apabila aku buka je socmed sekarang ni semua kawan-kawan dah post gambar kahwin dan anak.

Sedangkan aku?? Masih bersujud dan berdoa semoga Allah mengurniakan pendamping yang betul-betul memahami dan menerima aku seadanya. 

Kepada sesiapa yang berada dalam situasi yang sama macam aku, korang kena sedar ada orang yang Allah kurniakan jodohnya awal kerana dia lebih memerlukan lelaki bernama suami sebagai pendamping.

Sedangkan ada orang yang Allah perlambatkan jodohnya kerana dia lebih memerlukan mak ayah dalam meniti fasa kedewasaan. Bersyukur !

Bahagia itu bukanlah dengan memiliki semua yang kita ingini tetapi bahagia adalah mensyukuri setiap apa yang kita miliki. Simple!

MissLurve <3 

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *