UTI Survivor

Assalamualaikum. Tujuan aku menulis coffesion ini adalah semata mata untuk dapatkan pendapat dari korang, aku nak bercerita tentang kisah aku dengan UTI ini yang telah menggangu half hidup aku sampai sekarang.

Uti ni ialah urinary tract infection atau orang panggil kencing kotor. Lebih kurang sebulan yang lalu aku baru saja di diagnos dengan chronic recurrent cytitis dimana UTI ni telah serang aku boleh dikatakan setiap bulan. Jadi aku nak cerita macam mana aku boleh sampai ke tahap itu dimana aku sudah buntu.

Pada umur 13 tahun, aku ingat lagi waktu ni aku sedang bercuti dengan keluarga dan waktu ni aku sendang heavy period. Masa hari last nak balik dari percutian aku kena demam yang sangat teruk. Waktu tu parents aku bawak pergi klinik biasa ja la, lepas tu doktor bagi antibiotik. Yang aku tahu aku ambik lebih kurang seminggu jugak untuk kebah betul betul dari demam.

Dan dalam masa seminggu lepas aku kena demam balik, selepas itu aku perasaan setiap kali kencing aku pelik dan berbau pelik aku kena demam. Waktu ni just ambik antibiotik lagi dan waktu ini aku masih tak tau yang aku kena UTI sampai benda ini stop mengganggu aku sampai umur aku 16 tahun. Waktu ini pun masih aku tak tau.

Aku ingat lagi masa kena ini waktu pagi sebelum nak pergi sekolah exam pulak tu. Kencing aku sakit teramat sangat sangat sampai takut nak pergi kencing balik. Aku senyap tak bagi tahu parents lagi pergi sekolah macam biasa dan demam yang teruk. Beberapa hari sampai aku tak tahan sudah aku bagitahu mak aku.

Lepas itu mak aku bawak aku pergi klinik depan rumah dan waktu ini lah aku tau yang aku kena UTI, doctor bagi antibiotic and yes benda ini hilang. Sebulan lepas itu aku kena serang balik dengan secara tiba tiba. Makan antibiotik lepas itu hilang, then ya memang benda ni stop tak silap aku 2 tahun setengah sampai aku masuk U.

Masa tu tengah cuti sem, waktu ni aku bercuti dengan mak aku. Waktu balik tu aku rasa sakit kat area kiri sangat sangat lagi lagi kalau tahan kencing, sebab kan teruk sangat demam aku mak aku terpaksa bawak pergi ke klinik dekat area itu jugak, and ya doctor sahkan aku kena lagi.

Waktu ini doctor cakap kencing aku teruk sampai ada sugar, doctor syak aku kencing manis. Aku waktu tu stress teruk bila dengar perkataan itu, balik rumah terus mak aku bawak pergi check darah, dapat keputusan darah doctor cakap darah aku normal dan gula aku pun dalam paras yang normal. Lebih kurang 6 bulan lepas tu kut waktu ni cuti sem jugak aku kena serang lagi, waktu ni mak aku dah bawak pergi urology, waktu tu doctor tu cakap kencing aku sangat teruk dan dia cakap bacteria tu agresif.

Then dia just bagi antibiotik dan aku ok balik tapi 3 bulan lepas tu aku kena serang balik waktu ini recurrent UTI aku start, pergi dekat urology dia cakap kencing aku normal, waktu ni aku dah start cuak sebab aku sakit masa kencing dan demam, tapi dia still bagi aku antibiotik.

Dan lepas itu setiap bulan aku kena dan mostly yang aku kena tu waktu period, urology tu cakap keberangkalian nk kena waktu period tu tinggi, tapi waktu ni aku dah hampa dengan doctor ni sebab dia cakap aku normal walhal badan aku cakap tak.

Lepas tu aku cuba consult gynae sebab mungkin period aku, gynae tu cakap aku mungkin ada endometriosis, iaitu mungkin ada tisu yang terhasil dekat area pundi kencing aku. Gynae ni just suruh aku tukar tuala wanita yang betul dan suruh minum air yang banyak waktu period, tapi aku still kena serang lagi. Satu lagi aku lupa gynae ni juga suruh aku ambik probiotic dan cranberry capsule, dan actually aku ok dalam masa 2 bulan macam tu dan aku kena serang balik macam biasa.

Dalam masa yang sama benda ni kerja serang aku, aku jadi stress dan down, aku try cari kat internet kenapa aku jadi macam ini. Aku terbaca banyak confession pasal benda ni daripada orang luar kita, dan diorang pun pasrah dengan benda ni dalam masa yang sama juga aku terbaca pasal embedded UTI iaitu terdapat colony bacteria atau dipanggil biofilm telah terbentuk dekat area pundi kencing dan benda ni susah nak detect.

Aku jugak ada membaca yang urine test tu kadang2 tak accurate itu yang boleh kata keputusan kencing aku normal tapi badan aku kata tak. Bacteria yang selalu menyebabkan UTI ni ialah e.coli dan streptococcus dan banyak lagi.

So the last straw yang aku sedang buat sekarang ni aku try consult urology yang lain. Waktu ini aku kena serang lagi dengan benda tu, urology tu buat cystoscope, urodynamic dan ct scan from there dia cakap bladder aku bernanah, kedut macam orang tua, sebabkan UTI tu yang rosakkan, and kidney aku yang sebelah kiri sudah kecut sebabkan benda tu jugak.

Aku down gila dah waktu ni dan mempersoalkan kenapa aku, parents aku pun sedih sebab benda ni, daripada urodynamic test aku tak boleh keluarkan kencing sampai habis. Urology tu cakap mungkin bladder aku dah rosak dan sangat sensitif, aku diberi antibiotik untuk jangka masa sebulan lebih.

Tapi aku masih lagi pasrah sebab even aku makan antibiotik kadang kadang benda ni datang dan kadang2 aku sakit jugak. Adakah aku kena hadap sampai bila bila aku frust dan stress aku dah kurang fokus kat belajar aku sebab aku kerja sakit. Banyak orang yg macam aku kena hadap benda ni sampai tua.

Sekarang aku memerlukan pendapat korang if korang pun pernah alami macam aku. Untuk pengetahuan korang aku dah lama start minum air kosong sahaja, and tak makan benda yang berminyak, perencah dan lain sebab untuk menyihatkan kembali bladder aku. Tolong doakan aku untuk kembali ke hidup yang asal.

– UTI Survivor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *