V4ksin Pada Maksiat

Terlebih dahulu, terima kasih kepada admin kerana memaparkan tulisan saya.

V4ksin boleh ditafsirkan sebagai bahan yang dimasukkan ke dalam badan supaya menghasilkan daya tahan terhadap penyakit tertentu.

Manakala, maksiat pula bermaksud perbuatan dosa lagi keji.

Dalam tulisan ringkas ini saya berkongsi pengalaman kepada anda bagaimana saya berusaha untuk keluar daripada ketagihan menonton video p*rn* dan maksiat berkaitan.

Sebenarnya, bukan mudah untuk keluar dari ketagihan menonton video p*rn*. Video p*rn* bukanlah seperti dadah, rokok, atau seumpamanya yang memerlukan kita mengeluarkan duit untuk melepaskan gian.

Video p*rn* mudah diakses dan percuma kerana modalnya hanya Internet. Oleh sebab itu, saya menonton video p*rn* setiap hari selama bertahun lamanya.

Mungkin bagi sesetengah orang menonton video p*rn* bukanlah isu yang besar. Namun begitu, berbeza dengan saya. Hal ini demikian kerana menonton video p*rn* telah memberi kesan negatif kepada diri saya.

Antara kesan terhadap saya ialah perz1naan, kurang keyakinan diri, kerja tidak perform, akademik merudum, sentiasa rasa rezeki sempit, dan macam-macam lagi.

Oleh itu, saya berazam untuk berubah dengan harapan agar nasib hidup saya dibetulkan Tuhan.

Saya cuba beberapa kali untuk berhenti daripada ketagihan p*rn*grafi tetapi sering gagal. Hal ini menyebabkan saya terjerumus kembali kedalam dosa yang sama.

Namun begitu, saya berjaya mengawal ketagihan saya terhadap p*rn*grafi apabila mengamalkan beberapa nasihat daripada beberapa orang guru. Berikut ialah 3 v4ksin yang berkesan buat saya:

1. Minum 3 kali teguk dengan setiap teguk dimulakan dengan “Bismillahir Rahmanir Rahim” dan disudahi dengan “Alhamdulillah”.

Dikhabarkan selagi air yang diminum dengan cara itu berada dalam badan kita, Allah akan menjauhkan dari maksiat.

Bahkan selama mengamalkan ini, saya mampu tahan untuk tidak menonton video p*rn* dan beronani.

2. Banyakkan Istighfar, Selawat, dan zikir-zikir lainnya. Berzikir sebenyak-banyakkan sehingga perasaan malu dan menyesal timbul dalam diri.

Saya sendiri menyusun jadual ibadah dan mencabar diri untuk istiqamah selama 40 hari.

3. Denda diri jika menonton video p*rn*. Saya mendenda diri saya dengan berpuasa dan bersedekah jika menonton video p*rn*.

Saya tahu hal ini tidaklah mudah dilakukan kerana memerlukan azam dan disiplin yang tinggi. Namun begitu, jika ingin berubah inilah caranya.

Itulah 3 cara yang setakat ini saya lakukan untuk mengawal ketagihan video p*rn*.

Hal ini tidaklah bermaksud jika anda lakukan 3 cara itu, anda berhenti serta-merta tetapi insyaAllah akan berkurang dan seterusnya berhenti.

Semoga kita semua diberi hidayah dan taufiq oleh Allah SWT.

Sekarang Alhamdulillah, hidup saya sedikit sebanyak telah berubah selepas berjaya mengawal ketagihan p*rn*grafi.

Saya kini hidup lebih bahagia, lebih bermotivasi, lebih yakin, rezeki lebih deras mengalir, dan banyak benda positif berlaku.

Saya doakan agar mereka yang ingin berhenti diberi taufiq dan hidayah oleh Allah SWT.

Disclaimer: Ini merupakan pengalaman perbadi saya. Pengalaman anda mungkin berbeza. Rujuklah pakar jika anda memerlukan bantuan untuk berhenti.

– Rahsia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *