Vaginismus

Salam semuanya,

Topik ini agak berat untuk diketengahkan. Tapi saya perlukan pendapat dan pandangan.

Bagi sesiapa yang sudah melaluinya dan telah pun sembuh sepenuhnya, boleh lah berikan pendapat dan pandangan.

Sekiranya topik ini agak taboo, dan kurang selesa bagi sesetengah orang untuk menyuarakan pendapat pandangan di comment section, mungkin boleh reply dengan confession juga.

Saya Lili (bukan nama sebenar). Berusia 27 tahun dan sudah 6 bulan bernikah.

Apa yang terjadi, walaupun sudah 6 bulan bernikah, saya masih seorang dara. Mengapa begitu, kerana saya merasakan sexual intercourse itu terlalu menyakitkan buat saya.

Pada mulanya, saya merasakan perkara itu normal kerana saya tidak pernah melakukan persetubuhan. Tapi, setahu saya, walaupun itu perkara yang sukar pada mulanya tapi sexual intercourse itu akan berlaku juga.

Tapi tidak bagi saya. Saya merasakan terlalu sakit dan tak mampu nak teruskan.

Saya ada melakukan beberapa bacaan di internet. Menurut simptom yang saya hadapi, masalah saya boleh diklasifikasikan sebagai vaginismus.

Persoalannya, macam mana saya nak dapatkan rawatan di hospital?

Untuk berubat di swasta, saya tak mampu. Kalau nak berubat di hospital kerajaan, macam mana langkah-langkahnya?

Adakah saya harus pergi kepada doktor di klinik dan seterusnya dirujuk kepada pakar?

Saya cuba juga cari maklumat lanjut di youtube, google. Tapi tak banyak info mengenai vaginismus dalam kalangan rakyat Malaysia. Mungkin orang Malaysia semuanya sihat sihat. Alhamdulillah.

Saya buntu. Saya rasa macam isteri yang tak berguna untuk suami. Saya mahukan anak. Tapi macam mana nak usahakan anak kalau keadaan saya begini?

Saya memohon pendapat dan pandangan ramai. Sekiranya ada yang pernah mendapatkan rawatan untuk penyakit ini dan boleh guide saya.

Segala pendapat dan pandangan amat saya hargai. Terima kasih.

– Lili (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Dulu sy juga mngalami masalah yg sama dgn awk tetapi 4bln sahaja.. Sy ketakutan yg amat sgt sehingga menggigil apabila suami cuba beraksi. Dalam fikiran sy waktu tu cuma sakit sahaja.. Sy dh pergi klinik dan doktor cuma bg nasihat shj..
    Slps itu, sy ceritakn mslh pd shbt,mereka sarankn sy pergi berubat dgn seorang ustazah.. Rupanya saya trkena gangguan.. Sesorang tlh mghntr ‘sesuatu’ kerana sy prnah menolak lamarannya..selepas berubat dgn ustazah trsebut alhamdulillah sy dpt mnjalani tugas sbg isteri dgn sempurna..

  2. maaf ya puan. ada cuba tukar posisi? ini berlaku sebab puan rasa terlalu sakit utk habiskan atau puan cuma tak capai klimaks? sebab setahu sy penyakit nie yg susah nak capai klimaks. tp klau nak start tu pun puan rasa sakit yg teramat mungkin boleh rujuk pd pakar sakit puan. semoga dipermudahkan ya ✨

  3. Klu sis nak rujuk hospital kerajaan, sis kene pegi klinik kesihatan terdekat dulu utk ambk referal letter… Tp hospital kerajaan ni lambat.. nak tggu appointment pe sume… Klu swasta sy xsure mcm mana…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *