Valid Ke Ape Yang Aku Rasa

Assalamualaikum, aku Buble, ape yang aku nak kongsikan ni adalah mengenai rasa lebih kepada perasaan hati. Mengenai rumahtangga aku nak nak lagi mengenai mertua dan suami.

Pertama sekali aku dah berkahwin hampir 7 tahun, ade seorang anak.

Aku ni selalu rasa yang aku ni sebagai isteri kadang kala rasa tak penting suara aku, bila mana melibatkan mertua masuk campur.

Contohnya kalau aku dan suami dah merancang nak meluangkan masa dengan anak bila dapat cuti sama, ade sahaja mertua nak amik tahu pergi kemana dan buat apa, aku rasa seolah-olah semua nak kena bagitahu,

Maksudnya jika dah beritahu mertua macam nak soal selidik A-Z, ialah kadang aku paham mertua bimbang tapi ni seolah merimaskan aku.

Belum lagi bila aku cuti nak berehat, untuk pengetahuan pembaca aku kerja bershift dan dapat 1 kali cuti selama 7 hari bekerja.

Bila aku cuti tak kemana aku nak berehat, masa tulah mereka asik nak ajak keluar, dan bila keluar bukan hendak tanya kami ade nak pergi kemana mana tak, tidak ya, dia ibarat paksa bawa kami, ikut merka jalan-jalan kat tempat mereka suka, seperti pusat membeli belah,

Sudah pulak tu masuk kedai mahal-mahal, dah saya dan anak membatu menunggu macam tak ada fungsi.. Suami? hmmm, suka je ikut mak die.. sebab die boleh tumpang sekaki.

Bukan kami tak meluangkan masa tapi ade waktu kami berjalan sama-sama tapi bukan bermaksud asal cuti nak kene ikut mereka je, kami pun ade plan.

Perkara lain pula, semua hal anak dan menantu mertua nak masuk campur, padahal batas seorang mertua atau ibu bapa yang anaknya yang dah berkahwin adalah sekadar menasihati jika ada yang salah dan menegur yang patut.

Tapi saya rasa 100% mertua nak kene tahu hal kami. Walhal suami biarkan sahaja tanpa meletakkan batas mana yang seharusnya mereka perlu tahu sahaja patut tahu.

Pasal anak kami mereka masuk campur, sekolah, belajar semua nak ikut citarasa mereka, masalahnya nak sekolahkan anak saya pun mereka nak tentukan, saya sebagai ibu sangat geram dengan perangai mertua.

Suami hanya menuruti sahaja kehendak orang tua dia. Belum lagi apa yang kami belikan anak barang, ade sahaja tak kene dimata mereka, kalau boleh barangan yang dibelikan untuk anak seolah-olah kene branded dan ada jenama. Mereka tidak pikir sayalah bread winner di dalam keluarga..

Suami?? hanya sekadar cukup makan, dan nafkah saya pun paling sekadar belanja air manis secawan itu pun saya kena minta, saya bukan lah nak mengaibkan suami tapi ini tujuan mengapa penulisan ini ditulis kerana nak menunjukkan situasi yang saya alami dan rasa sekarang.

Mengenai tentang anak lagi saya sangat sedih, saya cukup ajar anak tidak setiap masa untuk screen play, ade masa tertentu, tetapi jika balik rumah mertua, anak saya kebanyakkan masa di beri gadjet yang khas dibeli untuknya..

Mungkin pembaca tertanya-tanya kenapa saya bawa anak ke rumah mertua jika dah tahu begitu?

Bagaimana saya nak halang jika kalau sudah 2 atau 3 hari tidak berkunjung ke rumah mereka, mereka akan call dan bertanya kenapa tak datang, walhal kami duduk di kawasan perumahan yang jaraknya hanya 20 minit sahaja,

Bukan itu sahaja ditokok tambah ayat yang saya rasa geram sangat berbunyi “Aaaa, tengok dah lama tak datang rumah nenek, anak kau dah tak suka datang sini”, walhal anak saya normal sahaja..

Mereka kata begitu kerana mereka menyakat anak saya sehingga menangis dan menjadikan ayat tadi sebagai perisai membela perbuatan mereka,begitu juga ipar saya..sama sahaja dengan mertua saya.

Saya dapat berdoa untuk kuat bertahan untuk menghadapi perasaan saya yang semakin sedih dan kecewa dengan sikap mertua dan suami. Akan tetapi pada masa yang sama saya hanya berdoa akan diberikan kekuatan yang kuat untuk meneruskan kehidupan ini

Terima kasih pembaca kerana sudi membaca kisah saya..

– Buble (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *