Valid Ke Reasons Ni?

Assalamualaikum, semua. Sahaja saya nak bertanya, satu soalan yang acapkali bermain dalam fikiran saya sejak dua menjak ini.

Valid ke reason kalau nak kahwin dengan sebab nak keluar dan tinggal jauh dari famili sendiri?

Saya ini, anak bongsu, dan saya rasa kebanyakkan anak bongsu akan faham apa yang saya rasa ini.

Bila kau seorang anak perempuan dan dilahirkan di dalam famili yang mana anak lelaki mesti di’raja’kan, memang sedih hidup kau sebenarnya.

Saya bukan nak mengungkit, tapi saya pun ada perasaan dan keinginan sendiri.

Kalau fikirkan diri sendiri, saya nak sahaja minta transfer kerja dan duduk jauh dengan famili. Tapi bila teringatkan parents yang dah makin berusia, keinginan itu terpaksa dikuburkan.

Sekarang ini, nak dekat setahun saya duduk di rumah tapi rasa macam dah sepuluh tahun. Sikit-sikit saya yang kena buat kerja, sikit sikit saya yang kena beli barang.

Kadang-kadang penat sebab saya ini bekerja kedai biasa sahaja. Jadinya, kita ini bekerja tak tentu masa sebab ikut syif.

Kalau bila tiba hari saya bercuti, mulalah macam-macam kerja yang perlu saya lakukan.

Sejujurnya, saya tak kisah kalau kerja itu hanya melibatkan mak dan ayah saya, tapi saya perlu juga lakukan kerja lain yang berkaitan dengan adik-beradik yang lain.

Tak salah rasanya kalau semua bekerjasama memandangkan kita tinggal serumah kan?

Entahlah, makin lama makin rasa tak ikhlas nak jaga mak ayah bila tanggungjawab lain makin bertambah. Disebabkan inilah, timbul pertanyaan itu.

Tapi sejujurnya, bila dah ada ramai adik-beradik lelaki ini, saya rasa macam tak nak terbeban lagi dengan perangai lelaki yang lain.

Semoga saya dikurniakan lelaki yang boleh layan saya dengan baik, Aamiin.

– Uda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Kawen dgn niat nak lari dari masalah hanya akan mendatangkan lebih banyak masalah.

    Carilah kerja luar daerah. Jadi ada alasan utk berpindah. Tambah kan skill dan pengetahuan. Boleh apply sijil tvet. Pergi kat tvet dot gov. Dapat duduk asrama, dapat lah juga elaun utk hidup. Lepas setahun kebolehpasaran semakin tinggi, boleh apply kerja lebih baik, gaji lebih baik.

    Invest in yourself dengan ilmu. Ilmu tu akan menaikkan taraf kehidupan sis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *