Verbal Abuse

Salam. Nama aku Shirayuki. Ex mangsa buli. Aku nak berkongsi pandangan tentang isu buli. Bila baca pasal kes buli yang tengah viral kat FB ni, I can’t help but to scoff. Not scoffing at the victims, but scoffing coz some people bullies without even realizing.

Betul, buli ni mana mana pun jadi. Bukan kat sekolah je. Bukan kat tadika je. Kat tempat kerja pun boleh jadi buli. Kat laman sosial pun boleh jadi buli. Heck, it can be done even through phone. Jangan ingat buli ni pukul, hentak, sepak semata mata ye. Kata kata makian, kejian, kutukan, cemuhan pun boleh dikategorikan sebagai buli. Verbal abuse.

Kadang kadang kau sendiri tak sedar apa yang kau buat, yang kau cakap tu menyakitkan hati orang lain. Menyebabkan kau jadinpembuli dalam tak sedar. Bukan nak cakap ape, kalau bab bab kena kutuk penampilan macam awek Zukiee tu kena, aku sendiri pun pernah. Buruk la, hidung kembang la, gemuk la, gigi buruk la, lahanat la, celaka la, hitam la, segala macam binatang bagi kat aku.. Macam macam. Dulu pun masa sekolah, aku selalu tak nak pergi sekolah sebab asyik kena buli. Dah tua tua ni pun ada je manusia manusia yang suka sangat keji dan cela aku. I can only laugh. Sebab aku tau, aku kalau nak kutuk balik boleh sangat je. Yang cakap aku hidung kembang tu, hidung sendiri pun tak mancung. Yang cakap aku buruk tu, muka dia pun lebih kurang buruk jugak. Sendiri mau tengok cermin laa. Ade ke cakap hidung kita mcm brokoli. Habis hidung kau macam ape? Bunga kobis?

Mungkin pada kau, nampak kelakar dan semacam bergurau, tapi it’s a big deal pada pandangan orang yang kena tu. Orang kurus pun tak suka kalau kau asyik cakap badan dia cekeding. Orang gemuk pun tak suka bila dia cakap dia nak diet kau gelak.

Some people bully, because they want attention. Aku ambik contoh anak anak murid aku kat sekolah. Seorang murid panggil kawan sekelas dia, hitam just because his skin’s not really fair. Kemudia bila murid tu buat macam tu, satu kelas gelak. Satu kelas rasa benda ni kelakar, and the bully smiled because everybody’s laughing. Dia rasa macam dia dah buat lawak paling kelakar, and the next day he did it again. And again, because of the attention he gets. Dia rasa dia ramai kawan, ramai orang suka dia sebab lawak dia kelakar. Padahal tak pon.

Kalau dari sudut tempat kerja pulak, percakapan yang tak bertapis pun boleh jadi satu cabang buli. Jangan sebab dia buat salah sikit, menyebabkan kau maki dia. Ada banyak lagi cara lain kalau nak settle masalah, selain kata kata kejian dan makian. Kejian tu bukan sahaja kau cakap dia bodoh, bangang, beruk, semua tu. Tapi semua kata kata yang menyakitkan hati.

Mungkin ada yang akan cakap, gurau macam tu pun tak boleh, cepat sangat sentap pegilah duduk dalam gua. Orang cakap macam ni, adalah jenis yang suka mengusik orang tapi bila orang usik dia balik, dia sentap. Aku dah banyak jumpa orang mcm ni. Pandai pulak sentap. Time kita sentap dia suruh kita duk dalam gua.

One thing I always remind my students, kalau awak tak suka dia buat awak macam tu, awak pun jangan buat dia macam tu. Letak diri tu kat tempat orang tu. Kalau kau sendiri tak boleh terima orang panggil kau macam macam, apa yg buat kau fikir orang yang kau mengata tu boleh terima?

Sebab tu orang kata lidah ni walau tak bertulang, mampu membunuh bagai pedang. Kau dah cakap macam macam kat dia pastu nak suruh dia maafkan sekelip mata. Pastu keluar pulak ayat, “Lagikan nabi ampunkan ummat, sedangkan ummat dia dah cakap macam macam kat dia.” haa ni paling aku benci. Bukan benci dekat ayat tu. Benci dekat sesetengah org yg mempergunakan ayat tu untuk jdkan modal untuk dia menyakitkan hati orang lain. Macam, alaa aku dah mintak maaf, dia tak maafkan dia la berdosa. Pastu kutuk kutuk lagi. Kalau orang tu tak maafkan dia, orang tu la berdosa. Dia tak tau kawan tu kemain susah nak pujuk hati dia maafkan kau, walau ucapan maaf kau tu tak ikhlas pon sebenarnya. (Kalau ikhlas bagusla).

Maaf tu mungkin la, tapi hati takkan sembuh secepat yang kau jangka. Maaf cakapla, setiap orang yang pernah lukakan hati aku, aku memang akan ingat. Aku ingat setiap detik setiap kata, setiap juraian air mata yg aku pernah keluarkan. Tersemat dalam hati aku ni ha.. bukan nak berdendam, tapi memang susah nak buang perkara yang paling dibenci. Masih mencuba untuk melupakan, and believe me it is tough. Kawan kawan selalu cakap, maafkan jela orang tu. It is tougher than it looks actually. Bak kata orang, cakap senang tapi nak buat tu susah. Boleh, cuma ambil masa. Dalam kes aku, I might need a little more time.

So, sebelum tido, cuba muhasabah diri, siapa yang abang2, adik2 dan akak2 dah buli hari ni. Jangan pandai cakap je banteras buli, say no to bully, bully sucks, tapi dia tu pun pembuli sebenarnye. Hihik.

To those who might have been bullied, stay strong. Teruskan positif. Kau jumpa pembuli kau gelakkan je dia balik. Bikin dia pulak panassss. Hihihi

– Ex buli.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit