Verbal Harrassment

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan pandangan saya. Saya ingin ketengahkan perangai zaman lelaki masa kini especially tentang verbal sexual harassment. Saya perempuan, masih bujang dan masih mencari pasangan yang sesuai untuk dijadikan suami.

Mungkin bagi sesetengah orang, verbal sexual harassment tidak seberat physical sexual harassment. Tetapi sebenarnya, verbal sexual harassment juga sangat memberi kesan psychology kepada seseorang. Tujuan saya menulis di sini pun kerana tidak bersetuju dengan pandangan orang tertutama lelaki yang mengatakan perbualan lucah itu normal. Jangan menormalisasikan benda yang nyata haram. Allah s.w.t. telah mengharamkan umat Islam menghampiri zina iaitu jaga ikhtilat/pergaulan.

Dengan perkembangan kemajuan teknologi, ramai menyalahgunakannya terutama sekali melibatkan ikhtilat. Amat mudah untuk menyatakan cinta, sayang, rindu kepada yang belum halal. Dan ada juga yang lebih advance, mereka menggunakan medium ini untuk bercakap lucah, menyebarkan gambar2 yang tidak senonoh. Ternyata teknologi semakin maju tetapi pemikiran dan akhlak manusia semakin mundur.

Saya tidak menafikan, sudah jadi budaya lelaki melayu..apabila bersembang dan berjenaka sesama mereka, isu2 lucah kerap menjadi penyedap cerita. Bagi saya, tidak lawak langsung dan memilih untuk tidak duduk semeja dengan collegues lelaki sbb tahu, itulah topik utama perbualan mereka. Seharusnya, budaya seperti ini perlu dikikis kerana tiada faedah dan hanya menggalakkan masalah sosial sahaja.

Kebanyakan lelaki pada masa ini, tidak menjaga akhlak dalam bertutur. Bila marah, mencarut. Bila happy, mencarut. Bila sedih, mencarut. Bila bergurau, mencarut. Haih..bagaimana saya ingin memilih suami begini. Saya reject terus sebab saya tidak mahu anak2 membesar dengan mendengar carutan sepanjang masa. Stress tahu x? Apa salahnya zikir menjadi mainan bibir..lebih menenangkan hati.

Belum lagi jenis yang menggunakan teknologi untuk menghubungi kanak2 yang belum matang. Lelaki spesis ini seolah2 menjadi guru pendidikan seks kepada kanak2. Memberi pendedahan awal kepada kanak2 dengan memperkenalkan apa itu seks, gambar2 lucah. Malas untuk saya huraikan tapi percayalah..masyarakat kita sedang sakit.

Secara fitrahnya, lelaki dilahirkan sebagai pemimpin. Jika ramai lelaki yang tidak berakhlak, bagaimana kita ingin membentuk masyarakat Islam yang unggul. Wahai lelaki, jaga akhlak kamu, jaga tutur kata. Contohi akhlak Rasulullah s.a.w. Bahasa cerminan peribadi. Wake up, guys! Jaga bahasa, hormati orang sekeliling anda. Tak semua lelaki macam ni tapi sangat sedikit lelaki yang menjaga adab berbicara. Andai teguran ini mengguris hati, maafkanlah kerana ia adalah pandangan tulus dari insan yang kerapkali terguris hati dengan bahasa2 lelaki yang tidak tahu menghormati maruah seorang wanita.

– Wanita

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit