Versi Ist3ri Gaji Nipis Kerak Tipis

Assalamualaikum semua. Saya lah Lia si isteri kepada suami gaji besar kerak pun tebal (https://iiumc.com/suami-gaji-besar-kerak-pun-tebal/), hahaha. Tak lawak pun sebenarnya!

Masa menulis tu memang tengah stressss memikirkan perjalanan hidup 2023 ni… hrmmm tapi sekarang emosi dah stabil semula. Terima kasih sudi membaca dan bagi komen yang membina ya.

Saya nak kongsi kerana ada yang bertanya macam mana gaji 5k (bersih) boleh ada 2-biji rumah dan simpanan ASB 400k.

Emas dengan jumlah 69k tu saya simpan dalam tempoh lebih 10-tahun! Bukan senang…memang sayang!

Ye betul! Kami berdua kerja dalam bidang Oil&Gas (private), jadi bukan Petronas. Ye betul! Itu gaji bersih 10-tahun lepas. Gaji bersih tahun ni, suami hampir 17k dan saya 9k.

Tak! Saya tak hairan pun jumpa lelaki gaji 15k ajak kahwin hahaha. Saya cuma hairan kenapa saya masa tu umur 27-tahun, ada 2-biji rumah dan ASB 200k tapi belum kahwin.

Pendek cerita memang masa tu hari-hari solat hajat minta jodoh. Sebab konon dah tak ada next goal selain kahwin.

Yang faham tu faham la social pressure kalau umur perempuan dekat 30-tahun tak kahwin. Ini 10-tahun lepas punya cerita.

Maka berkahwinlah kami (jodoh!) Sebelum kahwin, suami settle kad kredit. Macam mana? Dia buat pinjaman berlesen (AhLong). Bagi kad bank sebagai jaminan.

Dah gaji memang masuk 15k kot memang terjamin lah si AhLong tu hahaha.

Masa nak kahwin tu, family dia minta beli kereta. Takot kalau dah kahwin tak terbeli kot…. mungkin… tapi yela kalau mampu apa salahnya. Lagipun untuk parents dia juga.

Tak nak banyak isu, dia clear nama untuk masuk loan kereta (tak silap 3 bulan lepas settle hutang kredit kad, loan dah lepas). Dan dia pun beli kereta untuk kami juga.

Kami memang tak ada kereta. Dia pakai motor berkuasa tinggi dan saya naik LRT. Tapi hikmahnya, masa nama dia tak lepas loan tu, terus cuba guna nama saya dan Alhamdulillah lepas.

Selain kereta, dia pun beli rumah untuk kami. Yelaaa masa ni kan dah confident nak buat loan. Harga rumah masa tu 790k (refinance 2thn kemudian harga 1.13M).

Jadi memang tak pelek kalau dia ada rumah 4-biji dan hutang lebih 2-juta!

Tambah lagi dengan hutang baru kad kredit dalam 40k. Sebab tu tahun 2019, ke AKPK lah jawab nya. Kerak terlalu tebal dan tak boleh nak diselamatkan lagi!

Nanti saya share tips nak senang lulus loan ya! (Bukan pandai pun cuma berdasarkan pengalaman).

Cuba teka siapa ajar si suami untuk senang dapat loan?! Ni salah satu strategi pelaburan yang dikenali sebagai laverage! Nanti buat research kalau nak tahu lebih lagi ya. Saya memang suka membaca.

Umur 24 gaji fresh grad 2.8k, 6-bulan kerja terus buat ASB loan 70k. Umur 25, tambah ASB loan lagi 80k, buat loan rumah 226k dan beli saham company (Euro) melalui potongan gaji.

Umur 26 masuk OG (jual saham company lama, untung RM2k+), gaji baru 4.5k, buat loan rumah kedua 256k, tambah ASB loan 50k dan setiap bulan beli 1g emas 995.

Umur 27 kahwin, tambah loan ASB2 150k dan Public Mutual cash 2k. Umur 28, tambah ASB2 loan 50k dan CWA cash 2k.

Emas 916, mak belikan masa bujang ada la siket dan tambah lagi dengan hantaran kahwin suami (saya minta barang kemas sahaja dan tiada hantaran lain).

Tapi dapat sekali sebiji kereta hahaha (nasib la sebab loan u tak lepas kan!) Kereta ni dah full-settlement ya.

Tapi tu bahagian suami jadi saya tak cerita macam mana nak full-settlement awal (yang penting pakai nama I so kereta I, wekkk!)

Tips lulus loan:

1. Paling penting (ikot hukum dah jatuh wajib hihi) kena pastikan ada sejarah pinjaman bank. Jadi saya tak beli kereta! Buat ASB loan je…

2. Dah ada pinjaman bank, kena pastikan (wajib) bayar ikut masa yang ditetapkan. Kad kredit pun sama! Bank nak tengok habit pemiutang.

3. Kalau ada side income (macam saya ada saham, unit trust, simpanan emas) jangan lupa declare! Tulis la dalam borang tu walaupun optional. Kalau ada bukti bagi la sekali.

4. Kalau ada bonus. Mohon pinjaman dalam tempoh keluar slip gaji bonus! Bank biasa nak penyata 3-bulan gaji. Timing kena cun!

5. Kalau ada hutang tersembunyi (contoh rumah dalam pembinaan) yang belom mula bayaran pertama, jadi tak ada rekod pinjaman. Jangan declare!

6. Buat permohonan secara selari. Maksud nya mohom pinjaman serentak untuk beberapa loan dan beberapa bank sekaligus.

Jadi masa cross-check, ada kemungkinan Bank A tak sedar loan Bank B dah lulus! So boleh dapat kedua-dua loan A dan B (untuk benda berbeza la!

Contoh kereta dan rumah). Janji Bank keluar offer letter je! Sign la cepat-cepat tunggu apa lagi hihi.

7. Letak duet dalam fix deposit. Bila pinjaman lulus dah boleh keluarkan balek. Kenapa nak keluarkan? Saya assume awak tak ada duet hihihi.

Kalau tak nak keluarkan lagi bagus! Ini trick untuk cantekkan profile kewangan saja. Jadi boleh la masuk fix deposit contoh 6-bulan, keluarkan penyata bank dan buat lampiran untuk permohonan pinjaman.

8. Pastikan hantar salinan penyata bank yang cantek sahaja! Pandai2 la dalam tempoh 3-6 bulan tu, lambak semua duet dalam bank yang masuk gaji. Biar nampak berduet siket!

Biasa 3-bulan penyata ok dah. Suroh pasangan lambak sekali duet dia dalam akaun awak!

Biar nampak ada duet keluar-masuk yang stabil dan banyak! Dah dapat offer letter nanti sila kosongkan duet dalam bank, stop makan megi hari-hari dan terus pergi beli KFC (hihi gurau je!).

9. Kalau ada kad kredit tapi sentiasa bayar on time. Tak perlu declare! Buat-buat lupa je masa isi borang. Asalkan tak ada outstanding sebab ada kemungkinan tak nampak dalam penyata hutang yang BNM keluarkan.

Jadi bagi bank, kita orang duet banyak yang tak perlu kad kredit dan akan mampu bayar loan. Cepat la siket nak lulus tu kan.

10. Sentiasa faham, benda ni semua hanya lah sistem! Kita bagi apa yang sistem nak tengok!

Tak guna juga awak merayu dekat pegawai bank sebab bukan dia buat keputusan! Dia key-in maklumat awak dalam sistem je! Kalau semua cantek keluar la.. PINJAMAN LULUS! Itu yang kita nak.

11. Tapi kalau memang awak ada referral. Contoh kenal Manager Bank, boleh je minta tolong bagi the best rate untuk loan. Sebab ada benda based on negotiation (diorang ada range).

Kita nak dapatkan offer yang paling best. Interest paling rendah dan tempoh bayaran paling lama supaya komitmen bulanan rendah!

Jadi untuk loan seterusnya, masih ada baki kuota. Tapi jangan galak sangat nak buat pinjaman. Ini strategi laverage! Kalau tak pandai guna macam seseorang tu maka terjadilah pinjaman lulusssssss tapi…(malas nak cakap banyak!)

Disclaimer: saya tak cakap semua tips tu betul. Berdasarkan pengalaman sahaja. Dan polisi bank dan BNM sentiasa berubah! Jadi mungkin ada tips yang dah tak boleh pakai.

Sambung cerita pasal investment…

Umur 29, berhenti kerja sambung Master. Umur 30-32 tidak berkerja sebab kena jaga anak-anak (beranak setahun sorang punya effect haha). Lagipun ekonomi tak bagus masa tu, susah nak dapat kerja.

Umur 33, masuk OG semula, beli saham company dengan potongan gaji. Masa ni ekonomi so-so je. Beli saham memang kena masa harga jatuh, nanti jual masa naik ya! (Jangan nak buat lawak main reverse mode).

Waktu ni saya hanya fokus kepada simpanan cash! Tak perlu buat invertment lain. Umur 35, Alhamdulillah dapat tukar kerja baru Isnin lepas.

Masa ekonomi tak bagus (tahun 2015-2020) ASB dan Unit Trust tak perform jadi saya jual semua satu per satu (ikot masa yang sesuai).

Total untung jualan 400K ASB/ASB2 dapat RM41.5k. Unit trust setakat 4k tu ada juga la untung tak ingat berapa. Jual rumah pertama dapat untung bersih RM45k.

Selain shopping untuk diri sendiri dan family dalam RM12k, saya buat Lasik suami 6k, buat Lasik sendiri 8k, belikan kereta untuk Ayah cash RM22k, bayar operation Ayah 8k, bawa satu family 5-orang pergi Umrah RM45k. Bagi suami pinjam bla bla bla…

Jangan la cakap saya ni bodoh bagi suami pinjam duet. Rezeki kan untuk dikongsi hahaha. Dengan berkongsi makin bertambah rezeki. Ilmu pun dah kongsi tapi dia taknak pakai nak buat macam mana huhuhu.

Baru-baru ni saya jual saham company (USD) sebab dah tukar kerja baru kan, Alhamdulillah dapat RM48k. Jadi hutang credit card 30k dah settle dan emas yang tergadai dah tebus siket.

Masa confession pertama tu tengah stresss, tiba2 Allah bagi 48k tu hilanglah separuh stress nya! Allah Maha Baik!!!

Tiap-tiap bulan saya menabung RM5-7k, duet ni untuk baki lagi 50k emas yang tergadai. Doakan saya dapat tebus semua ya!

Bila menabung tu maksud nya seposen pun duet tu tak boleh nak sentuh! Jadi bukan lah senang nak buat tapi dah terpaksa! Apa guna penat kerja kalau kita tak boleh berbelanja?

Bayar hutang sendiri pun akan sesak nafas inikan pula bayar hutang orang?! Dan paling teruk bila benda dah jadi tabiat, seolah-olah pengorbanan kita ni sepiiii pada pandangan dia…

Ada baik dan ada buruk… saya pun belajar daripada kesilapan sendiri. Masa muda tak pandai say NO! Lagipun orang sebelah dah tengah susah takkan kita boleh tidur lena?!

Apa-apa pun setiap benda ada batasnya. Saya rasa tak dihargai. Bukan soal duet semata-mata. Kalau saya memang jenis berkira, awal2 tak bagi pinjam. Habis cerita!

Terima kasih~

– Lia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *