Untuk part I, (https://iiumc.com/versi-moden/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/tanggang-
Untuk part III, (https://iiumc.com/tanggang-versi-moden-iii/).
Maaf tuan-tuan dan puan-puan followers pages IIUM Confessions sekiranya Hun lambat menyambung cerita.
Pelbagai komen positive dan negative yang aku terima dari puan-puan dan tuan-tuan sekalian. Kak Lang aku pun ada dalam sebagai top fan dalam pages ini siap share lagi ya Kak Lang. Ada yang tanya Kude kerja apa kan?
Kude sebenarnya kerjanya pindah randah, kejap ada sub-con dengan TNB, sekejap ada projek juta-juta dengan company itu ini, actually Kude kerjanya tak pernah tetap dan sering berubah-rubah ikut kehendak dia. Sebab dulu cita-cita dia nak jadi jurutera eletrik.
Payung? Haa Payung ni Domestic Engineer, dalam masa yang sama dropship pelbagai local product tapi masalahnya on off on off.
Aku menjawab satu-satu persoalan followers yang tanya kemana anak ketiga si Kude masa kemalangan, anak ketiga, Katty masa tu ditinggalkan dengan mak si Payung.
Maka yang terlibat kemalangan cumalah Kude, Payung, Joki dan Ponny. Pasal si Kude bercuti, dia balik selepas dua hari arwah Abah meninggal.
Seminggu kemudian lah si Kude kemalangan dan beberapa hari kemudian dia ambil kunci kereta arwah Abah. Kereta tu pula masa Kude pakai pula hilang. Haish ada yang kata kak Long bangun awal dekat rumah mertua, tapi Abang Long anak yatim piatu.
Ye Abang Long anak yatim piatu, tapi sebelum ini Abang Long ada mak, kak Long sempat merasa kasih sayang mak mertua beberapa tahun sebelum mak Abang Long meninggal.
Lagipun, Kak Long masih balik ke rumah side Abang Long sebab masih ada kakak-kakak Abang Long yang stay di rumah pusaka family Abang Long.
Lagi satu ada yang persoalkan waktu si Kude kemalangan, semua macam tak kisahkan si Kude, Kak Long masa tu memang tengah panas hati dengan Kude, memang tak ziarah si Kude pun, tapi dia tetap ziarah si Joki anak Kude walaupun dulu disebabkan Joki, Mia anak Kak Long kulit melecur.
Kak Ngah memang tiada dalam negeri, Kak Lang pula masa tu masih dalam berpantang sebenarnya. Yang tinggal aku lah si Hun walaupun rasa sakit hati aku ziarah lah juga.
Yang ada tanya confessions si Payung di KRT, nak scroll semula confessionsnya memang jenuh lah. Screenshot yang aku simpan pun dah delete sebab macam sakit hati bila baca.
Kali ini aku akan sambung part Kak Lang kena fitnah dengan si Kude sampai nak bercerai dengan Banglang. Kemudian part Kak Long disihirkan disebabkan dendam oleh seseorang.
Kak Lang kan seorang yang agak ‘lemau’, jenis senang kena pijak dengan si Kude. Jarak antara Kude dengan Kak Lang ni cuma setahun, eh macam tak sampai setahun, sebab Kude bulan 4, Kak Lang bulan 3 tapi tahun berbeza lah. Jadinya memang jarak yang dekat. Kak Lang ni dalam family macam malang sikit.
Dari zaman sekolah rendah sampailah masuk U, Kak Lang selalu jadi mangsa fitnah si Kude.
Pernah masa dekat U, Kak Lang merajuk tak nak balik rumah disebabkan si Kude nak beli motorsikal baru, dalam masa yang sama Kak Lang nak beli motorsikal untuk praktikal tapi arwah Abah buat keputusan biarlah Kude membeli motorsikal dulu, kak Lang ambil motorsikal si Kude yang lama.
Padahal motorsikal Kude masih elok lagi tapi disebabkan zaman tu macam trend jenama Kawasaki jadinya Kude nak motorsikal Kawasaki, alasan nya mudah untuk perjalanan jauh.
Arwah Abah turutkan juga untuk si Kude. Kemudian motorsikal lama si Kude tu sebenarnya selalu ubah suai sampai dia berhutang dengan bengkel kawan Kude.
Kebetulan selepas sebulan dua Kak Lang pakai motorsikal itu rosak, dan hantarlah ke bengkel tersebut, rupanya kak Lang kena langsaikan hutang baik pulih motorsikal tu baru boleh dapat balik motorsikal yang kak Lang pakai.
Kak Lang mengadu dekat arwah Abah, tapi jawapan arwah Abah seolah kak Lang tak pandai jaga motorsikal tu. Dari situ kak Lang macam makan hati dengan arwah Abah.
Kisah fitnah Kude terhadap Kak Lang menjadi buruk bila Kak Lang dah berkahwin. Kude fitnah Kak Lang yang dulunya Kak Lang dah pernah terlanjur dengan bekas tunang Kak Lang. Walhal, semua orang kenal peribadi Kak Lang. Kude boleh cucuk Banglang sampai Banglang percaya.
Sampai Banglang keluar tinggalkan Kak Lang yang baru bernikah selama dua minggu. Siap si Kude hantar gambar lama Kak Lang dengan bekas tunang Kak Lang dekat Banglang.
Yelah Banglang dengan Kak Lang ni kahwin atas dasar keluarga dengan keluarga kenalkan. Belum sampai 5 bulan kenal, mak Banglang suruh nikah disebabkan takut Kak Lang berubah hati.
Banglang ni jenis fragile aku rasa, sebab dia boleh terima bulat-bulat dengan tuduhan Kude. Kude rasa seolah bangga menceritakan yang keluarga kami tak suka dengan Banglang.
Siap kata, “Kau ingat Abah terima ke kau masuk dalam keluarga aku?, entah-entah kau nak dijadikan kambing hitam je nak tutup aib si Kak Lang”.
Disebabkan kata-kata itu Banglang dah hampir nak lafazkan cerai dekat Kak Lang.
Tapi Alhamdulillah, bila arwah Abah campur tangan, Kak Lang sanggup lafaz sumpah laknat yang memang dia tak pernah terlanjur atau nak jadikan Banglang sebagai kambing hitam Kak Lang. Masa tu memang kesian Kak Lang seperti merana akibat mulut jahat si Kude.
Ingat lelaki takde yang mulut suka menyampaikan berita-berita buruk ni. Bila dah lama berkahwin, Banglang pun dah masak dengan perangai si Kude. Mungkin Kude iri hati dengan Banglang, sebab Banglang kerjanya bagus, Kak Lang pun kerja dalam sektor kerajaan.
Banglang dan Kak Lang sepadan orangnya. Sekarang anak pun dah masuk 5 orang. Sampai sekarang Kak Lang tu aku rasa memang pendam hati dengan si Kude.
Kak Long disihir?
Akhir tahun 2019, kak Long mula berubah. Perubahan yang agak mendadak berlaku kepada Kak Long. Kami kenal Kak Long kami yang sebenarnya.
Kak Long kalau dengan Umi bercakap penuh beradap, apa sahaja yang Umi minta kak Long tak pernah menolak. Kak Long lah yang banyak bawa Umi bercuti bersama.
Kira Kak Long lah yang selalu take over jaga Umi. Tapi suatu hari Kak Long jatuh sakit.
Kak Long nak marah-marah bila balik ke rumah Umi, Kak Long selalu tengking Umi, dan paling ketara sekali Kak Long susut tubuh badan seperti orang menghisap dadah. Kami sekeluarga terkejut dengan perubahan Kak Long.
Sampaikan prestasi kerja Kak Long pun terjejas. Bila awal tahun 2020, nampak Kak Long macam sakit teruk, Abang Long hantar ke hospital pakar untuk buat medical check-up untuk mengesan penyakit Kak Long. Dekat hospital mula-mula Kak Long suspek TB. Follow up sampailah awal PKP.
Pada awal PKP, Kak Long stay di rumah Umi. Waktu di rumah Umi, keadaan Kak Long menjadi lagi teruk, sampai Kak Long tak boleh nak makan.
Muka Kak Long dah macam mayat hidup. Sampai Umi dah redha kalau Allah nak ambil Kak Long masa tu. Sebab Umi dah tak mampu nak tengok Kak Long derita.
Abang Long ambil ikhtiar berubat dengan cara Islam. Bila berubat cara perubatan Islam, nampak lah Kak Long sedikit pulih tapi bukan sepenuhnya.
Seminggu sebelum kak Long sakit, Kak Long cerita yang dia mimpi benda pelik-pelik macam ada sesuatu yang buruk akan berlaku dalam keluarga. Tapi Kak Long anggap mimpi tu macam mainan tidur dan disebabkan Kak Long banyak kerja di pejabat.
Masa berubat, Ustaz K ni ada beritahu Kak Long, kadang-kadang dalam keluarga sendiri ada yang akan amalkan ilmu yang salah kerana hasad dengki dengan adik-beradik sendiri.
Sebelum ini pernah orang yang mengubat Kak Long tanya ada tak bergaduh dalam keluarga sendiri. Kak Long mengaku yang dia ada masalah dengan adiknya sendiri.
Jadinya masa berubat dah ada hint siapa yang mendengki kak Long. Untuk makluman, si Kude dah berpindah ke rumah sewa milik arwah Abah. Tapi sedikit jauh dari rumah Umi, kira daerah yang lain. Kalau sebelum ini rumah sewa si Kude berdekatan dengan rumah Umi.
Kak Long berusaha berubat dengan perubatan Islam. Akhirnya, Kak Long sendiri berjumpa dengan Kude, tapi Kude dengan egonya, menutup pintu rumah dan tidak membenarkan kak Long bertemu dengan dia. P
ersoalannya, perkara syirik yang Kude buat ini kan memerlukan kos yang tinggi, macam mana Kude ada duit pula nak buat sebegini?
Kak Long cuma kata, biarlah Allah yang menentukan segalanya. Walau kadang berkurang sakit Kak Long, kadang-kala bila datang angin nya, Kak Long tak serupa Kak Long, akan menjadi identiti yang berbeza. Sehingga sekarang Kak Long masih berubat untuk memulihkan keadaan.
Kami sekeluarga walhal mengetahui siapa yang membuat perbuatan ini. Tapi, Umi selalu mengingatkan untuk tidak membalasnya, biarlah Allah sahaja yang akan memberikan balasan buat manusia yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini.
Apa balasan untuk Kude?
Kata Umi, biarlah Allah sahaja akan membalas perbuatan Kude. Umi sebenarnya kesian dengan Kude. Sejak PKP, dengar cerita Kude tidak bekerja, dan sering meminjam duit dari Kak Ngah dan Umi.
Umi pula tidak sampai hati tidak membantu anak sendiri. Umi kata dari dia merompak atau mencuri baik Umi hulurkan sedikit.
Umi sebenarnya pernah menerima ugutan dari Kude, tapi aku sendiri tidak pasti ugutan yang bagaimana diberikan kepada Umi.
Aku sendiri pernah kata kepada Umi, kalau Umi nak sumpah dia macam si Tanggang, Umi jangan sumpah dia jadi batu, tapi Umi sumpah lah jadi SmartTV pakej sekali dengan home theater ke, emas ke, motorsikal ke, kereta ke. Tapi aku sekadar bergurau dengan Umi.
Sebenarnya terlalu banyak perbuatan yang keji si Kude lakukan. Tapi biarlah itu hanya perbuatan dia yang kami sekeluarga harus hadapi. Ramai yang tertanya balasan apa buat Kude?
Kami selalu mendoakan Kude dan Payung berubah. Mengharapkan suatu hari nanti kami semua boleh berkumpul semua adik-beradik dengan perasaan gembira dan penuh dengan kasih sayang.
Ramai salahkan didikan arwah Abah dalam mendidik keluarga kami. Aku mohon semua doakanlah arwah Abah diampunkan dosanya dalam mendidik anak-anak. Walaupun orang dulu kata ‘mendidik seorang anak perempuan lagi susah dari menjaga sekandang lembu’ sebenarnya boleh diabaikan.
Didikan perlulah secara adil, sebab itu Umi keep remind us, didik anak biar sama rata jangan pernah ada perbezaan.
Umi akui dulu Umi mendidik anak hanya mengikut rentak arwah Abah. Anak-anak perempuan semua terima suapan rotan arwah Abah, tiada yang tak terima, rotan, penyangkut baju tu biasanya menjadi senjata arwah Abah.
Tapi si Kude tak pernah menerima sakitnya dirotan. Umi sendiri kata, anak-anak perempuan Umi terima rotan lah yang menjadi manusia, Umi langsung tak bimbang atau risau dengan anak-anak perempuan tapi kalau Kude, Umi dah tiada harapkan apa-apa kecuali Kude berubah menjadi yang lebih baik.
Hun harapkan kisah Kude ini menjadi ikhtibar kepada para pembaca dalam mendidik anak-anak. Jangan memilih kasih terhadap anak-anak, kesan nya bila anak-anak sendiri apabila sudah dewasa.
Seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu.
Insya – Allah kalau ada sebarang kemusykilan atau Hun menerima sebarang komen dari para pembaca, Hun akan menjawab pada next confessionsnya. Maaf lah sekiranya cerita ini memeningkan pembaca. Sebab kisah si Kude ini perlukan throwback sikit demi sedikit.
Last words, enjoy your reading!
– Hun anak yang belum berkahwin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit