Salam semua. Maafkan aku kalau bahasa aku bercampur Melayu and English. Aku bukanlah seorang penulis professional.
Baru-baru ni kita digemparkan dengan kes sorang kanak-kanak perempuan yang dicabul sewaktu sedang solat di masjid.
Jujur cakap aku kecewa sangat dengan sesetengah komen netizen yang cetek akal yang sibuk nak salahkan kanak-kanak tak berdosa tu, kenapa tak jerit? Kenapa itu? Kenapa ini?
Paling jelik, dipersoalkan wanita lagi afdhal solat di rumah. Kalau rumah jauh, takkan la kaum wanita kena balik rumah jugak semata2 untuk solat? Cannot brain otak sesetengah netizen sekarang.
Cerita pasal victim blaming, aku nak cerita kisah aku kena sexual assault (SA) di Madinah yang dah lama aku pendam. Kisah kanak-kanak kena SA dekat tempat suci baru2 ni betul2 buat aku triggered.
Waktu tu agak ramai dan aku tengah beratur belakang suami aku untuk beli shawarma, kedai tu 100 meter je dari Masjid Nabawi.
Untuk golongan victim blaming yang suka personal tentang pakaian wanita bila kena SA, aku pakai tudung labuh, jubah hitam, handsock, stokin, tak makeup langsung. Fully tutup aurat okay.
Aku ulang sekali lagi, aku tak sorang2, ada mahram bersama aku iaitu suami aku.
Tiba2 aku rasa punggung aku kena tepuk dari belakang. Aku terkejut sangat sampai kaku. Kalau korang tertanya2, kenapa tak jerit?
Korang kena rasa sendiri pengalaman kena SA baru tau. Sangat terkejut sampai tak keluar suara. Tak semua orang respon dengan jerit, ada orang yang respon dengan badan jadi kaku. Benda ni tak dapat dikawal waktu kena.
Mula2 aku fikir mungkin sebab sesak kot, ada orang terlanggar. Takkan la orang nak SA kat tanah suci kan?
Sekali lagi aku rasa ada tangan tepuk raba2 punggung aku, aku terus toleh belakang dan pakcik berserban sedar aku perasan dan terus lari.
Aku bagitau husband aku, dia pun macam blur tak tau nak buat apa. Dia tak sempat tengok pakcik tu.
Balik bilik, aku cerita la kat husband dan mak mertua aku. Husband aku cakap sorry benda ni berlaku kat aku, dan minta maaf sebab dia tak dapat buat apa2 sekarang.
Mak mertua aku pulak? Dia cakap tak baik cakap benda negatif sewaktu di tanah suci Madinah, dia suruh aku diam jangan bercerita dan biarlah habis kat situ je.
Dia kata mungkin aku boleh muhasabah diri kenang dosa-dosa lepas sebab apa Allah uji aku macam ni.
Aku diam, tapi dalam hati Allah je yang tahu. Ye mungkin ni ujian aku, tapi aku rasa sedih sangat sebab aku rasa macam kena victim blaming.
Kalau benda yang sama jadi kat diri sendiri atau orang yang diorang sayang, mesti lain kan? Bukan sebenarnya salah pakcik pervert tu ke?
Benda ni dah jadi 2 tahun lepas. Tapi aku masih simpan dalam hati sebab sangat menyakitkan dan taknak bergaduh.
Aku tak boleh imagine berapa sakitnya hati adik yang kena SA kat masjid dan ibu bapa dia bila baca komen2 victim blaming satu Malaysia kat social media.
Aku hanya boleh mengadu kat Allah dan harini aku share cerita aku dengan korang. Rasa hati terluka tu lebih dalam dari rasa marah kena SA.
Aku harap pakcik berserban tu bertaubat, aku doakan adik yang kena SA tu heal dari trauma dia suatu hari nanti dan aku juga harap kita sebagai manusia lebih ada empathy dengan mangsa SA.
Semoga kata-kata kita tak diuji dan berbalik ke diri sendiri atau orang yang kita sayang. Stop victim blaming.
– Ann (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit