Assalamualaikum. Terima kasih kalau sudi menyiarkan artikel ni. Sekarang ni memang sangat famous dengan p*rno, sumbang mahram dan seangkatannya. Aku pun sekarang masih lagi berjuang untuk menghalang p*rno dari menghantui aku lagi.
Kisah aku dan p*rno start bila aku selalu kena tinggal kat rumah sebab parents aku selalu tak de kat rumah especially masa cuti sekolah. Bila aku bosan sorang sorang aku akan buka tv. Tapi yelah kalau channel kanak-kanak tu tak best dan asyik ulang benda sama je.
Jadi aku ambil keputusan nak tengok channel diva. Masa tu umur aku dalam 12 tahun kot, aku tak ingat sangat. Tahulah Diva kan ada banyak adegan yang yelah bawah umur. Kalau bosan jugak aku bukalah Youtube. Search je apa nak mesti jumpa. Tulah bahayanya.
Benda ni berlarutan sampai aku form 4. Aku ada terbuka video tentang kesan kesan p*rnografi pada otak dan. Aku tersedar sebenarnya otak aku dah dipengaruhi dengan benda-benda yang tak elok. Jadi aku mulakan ops untuk hentikan p*rno dalam diri aku iaitu :
1) Aku start solat dan mengaji. Sebelum ni aku memang tak solat langsung. Aku tersedar disebabkan aku tak solatlah aku mudah terpengaruh dengan p*rno ni. Otak aku masa tu hanya tumpu pada porn lepas tengok satu nak lagi lepas tu nak lagi. Tapi masa aku solat aku betul tumpukan semuanya pada Allah.
2) Aku buat challenge pada diri aku untuk tak tengok apa-apa porn dalam masa 1 bulan. Kenapa sebulan??? Entahlah aku pun tak de jawapannya. Lepas tu aku buat challenge jugak kalau tertengok aku kena denda diri aku sendiri. Buat jelah apa apa.
Contohnya macam denda kena mengaji berapa m/s. Kenapa mengaji sebab bila aku dah buat “maksiat” aku kena lah refresh kan balik diri aku. Aku pernah dengar banyak lah ustaz cakap kalau kau nak berubah lepas tu kau buat balik maksiat tu jangan pernah putus asa. Teruskan je beribadah.
3) Aku banyak beli bahan bacaan untuk hilangkan rasa bosan aku. Madam aku ada cadangkan supaya baca Reclaim Your Heart by Yasmin Mogahed sebab dalam buku tu ada 2 tentang kehidupan dunia dan akhirat.
4) Isi masa dengan family dan alam sekitar.
5) Aku buat revision. Aku baru terfikir sebab selama ni aku result aku teruk sangat sebab aku terlalu taksub dengan porn jadi aku gunakan masa yang terbaik ni dengan study.
Itu sahaja aku punya pengalaman. Ingat!! Parents jangan terlalu bagi kebebasan pada anak-anak. Awasi anak anda kalau tak nak benda benda kotor ni menghantui hidup anak anda. Gunakan teknologi dengan cermat ada Parental Control gunakan sebaiknya.
Doakan aku sekarang ni tengah berjuang dari melawan nafsu tengok k drama.
Sekian terima kasih.
– Hanim (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit