Hai Semua. Aku straight forward sahaja lah. Sekarang ni dekat salah satu aplikasi media sosial, heboh 1 job khas untuk surirumah iaitu Virtual Assistant.
Kenapa aku cakap khas untuk surirumah? Sebab kerja nya Virtual, hanya melalui online sahaja. Buat kerja-kerja admin atau bidang lain hanya melalui online dan dari rumah sahaja.
Sangat sesuai untuk surirumah yang nak bekerja sambil jaga anak depan mata. Memang impian semua ibu-ibu termasuk saya.
Saya seorang ibu & bekerja. Saya hantar anak saya ke tadika & daycare setiap pagi dan ambik dia setiap petang. Masalah nak hantar dia pagi tu, memang tak ada masalah pun.
Suami saya kerap tawar diri untuk ambil tugasan secara bergilir. Maknanya, pagi dia hantar, petang saya ambik. Tapi saya yang tolak, saya yang beria nak hantar dan ambik sendiri sebab, entahlah, jiwa saya kosong kalau terus pergi kerja tanpa tengok anak saya masuk tadika. Rasa tak lengkap.
Padahal suami cakap boleh je peluk cium anak dari rumah. Tapi masih lagi saya tak puas hati selagi tak lihat dengan mata sendiri dia masuk dalam kelas dan babai dia setiap hari.
Masalah sekarang ialah waktu balik. Saya habis waktu kerja setiap hari pada pukul 6 petang. Dan sekolah dia tamat operasi pada pukul 6 petang juga.
Maksudnya saya akan dikenakan bayaran tambahan (OT) hari-hari kerana setiap hari paling awal saya ambik dia pukul 6.35 petang. Tu pon dah habis laju saya bawak kereta, pelumba kereta dunia pun boleh kalah.
Masalah bayaran OT tu, okay lah saya pejam mata sebab tak ada pilihan. Tapi saya sangat kesiankan anak saya. Kawan-kawan dia balik paling lewat pukul 6.15 petang. Hari-hari memang dia tinggal sorang-sorang dengan cikgu bertugas kat tadika. Sedih pulak saya rasa.
Jadi berbalik dengan tajuk asal Virtual Assistant. Dah setahun saya fikir nak kerja sebagai Virtual Assistant ni supaya mudah saya pantau anak saya sambil bekerja.
Lebih lebih lagi, lagi beberapa tahun anak saya nak masuk darjah 1. Kalau boleh saya nak urus sekolah pagi petang dia. Ambik anak dan jemput anak sekolah. Siapkan bekal anak saya without failed.
Tapi saya takut nak mulakan. Takut nak resign daripada kerja sekarang dan mulakan kerjaya sebagai Virtual Assistant sebab komitmen. Sebab saya tak tahu dari segi pembayaran sebagai Virtual Assistant berdasarkan projek atau dibayar bulan-bulan.
Total komitmen saya tak lah banyak, sekitar RM2000++ sebulan sahaja sebab saya bayar kereta, 100% yuran anak atau apa-apa berkaitan sekolah anak memang under saya, simpanan untuk anak, tabung haji, bagi mak ayah, bil telefon, bill rumah mak itu sahaja komitmen saya.
Rumah sewa, bil-bil rumah, groceries, makan lain-lain semua suami saya dah cover.
Jadi dengan jumlah komitmen saya tu, saya tak pasti jika saya bekerja sebagai Virtual Assistant mampu atau tidak untuk saya cover semua tu.
Ada jugak saya cuba wasap beberapa orang yang pada mulanya mereka share experience bekerja sebagai Virtual Assistant. Saya bertanya sahaja dahulu tapi hati masih belum terbuka untuk join.
Tapi saya baru bertanya, dah di suruh join kelas berharga sekian sekian. Saya rasa macam, kenapa tak terangkan details dulu lepas tu baru decide untuk join kelas zoom atau apa-apa. Tak tahu lah kalau SOP mereka macam tu tapi tak patutlah saya rasa.
Bukan semua orang boleh decide dalam masa sehari. Tentulah ambik masa untuk berfikir sebab kerjaya sebagai Virtual Assistant ni tak sama dengan kerja tetap kerja hakiki tu.
Tapi ada jugak yang bagitahu kerjaya sebagai Virtual Assistant ni lebih lumayan daripada kerja tetap. Hujung-hujung minta saya join zoom berbayar. Saya blur. Saya belum decide apa-apa tiba-tiba suruh saya masuk kelas. Bukankah lepas kita confirm nak join baru masuk kelas?
Jadi saya nak tanya lah kakak-kakak surirumah berjaya dengan kerjaya Virtual Assistant ni. Kalau kakak-kakak macam saya ada macam-macam komitmen nak bayar, betul ke kerjaya sebagai Virtual Assistant ni mampu bayar kesemua komitmen (dengan usaha gigih lah ofkoz kan).
Atau siapa siapa yang ada pengalaman kerja sebagai Virtual Assistant ni, boleh kongsi tak pengalaman anda bagaimana. Highly Recommend atau tidak?
– Daisy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dipejabat saya pun ada virtual assistant / offshore assistant. Department mereka tidak mahu hire physical assistant on the ground jadi ada ketika virtual assistant akan minta tolong ground assistant untuk bantu department yang mereka cover. Aside that, post CNY my colleague pun ada cerita about this. Those with experience no need to attend classes. It’s basically like company tu cuma bayar dan guna service ketika perlu dahaja. Jimat ruang kerja.