Assalamualaikum. Hai, nama aku Fel. Aku menulis di sini sekadar ingin bercerita mengenai visi suami aku yang sangat bercanggah dengan visi aku.
Aku berkahwin pada umur 24 tahun dan suami aku 29 tahun. Dia sangatlah biasa2 orangnya tetapi kalau dari segi rupa, aku memang bukan bukan tandingannya. Semasa berkenalan dahulu, kami tidak bercakap sangat soal masa depan kerana tempoh percintaan kami pun bukanlah lama.
Setelah kami berkahwin, barulah aku menyedari yang pemikirannya sangat berbeza dengan pemikiran aku. Sebagai contoh, aku pernah menyuarakan yang aku ingin melancong ke negara luar selepas berkahwin. Keinginan aku semakin berkobar-kobar apabila melihat kawan2 seusia denganku sudah pon menjejak kaki ke sana sini. Tetapi, kata suami aku, itu semua kebudak-budakan. Jadi dia minta aku menyimpan sahaja duit yang ada untuk keperluan dan kegunaan lain. Maka kempunan lah aku di situ.
Seterusnya, apabila aku melihat ramai junior aku, hatta adik aku memiliki kereta import idaman sendiri, aku juga memasang niat untuk memilikinya.Tetapi, sekali lagi suami aku menegah. Baginya, ia satu pembaziran. Kata dua daripadanya,sama ada ambil kereta tempatan yang paling murah ataupun kereta import second hand sahaja. Sekali lagi aku kempunan kerana aku memang tidak suka pada kereta second hand. Leceh pada fikiranku. Jadi kereta tempatan yang murah menjadi pilihan aku.
Dan apabila aku dan suami melalui kawasan rumah2 yang gah tersergam indah termasuklah rumah kakaknya yang berjawatan seperti aku di dalam sektor kerajaan, aku menyuarakan pendapat untuk memiliki rumah agam impian yang bersesuaian dengan pendapatan aku. ( suamiku hanya kerja biasa2 di dalam sektor kerajaan negeri). Lalu suami aku pantas membangkang. Katanya, cukuplah rumah kecil (tak kecil juga sebab ayah mertua aku yang menguruskan keluasan rumah) yang dia telah bina. Katanya, buat apa dibina rumah yang besar, akhirnya tinggal seorang juga. ( aku dan dia dalam fasa perkahwinan jarak jauh).
Cukuplah rumah yang kecil untuk kami berteduh. Hal ini sangat bercanggah dengan falsafah hidup aku yang telah ibu aku sematkan dalam diri aku. Kata ibu aku, binalah rumah yang besar dan selesa, kelak bila anak mu sudah meningkat usia, berkeluarga, maka urusan rumah menjadi senang. Keluarga jauh dekat boleh menumpang senang. Tapi aku diamkan saja kerana suami aku sama juga seperti lelaki lain di luar sana. Punyai egonya tersendiri.
Disebabkan asuhan ibu aku dari sebelum kahwin lagi, di mana menjadi isteri itu harus ada asetnya yang tersendiri, (malahan, ibu aku juga menyuruh aku memotong simpanan aku untuk pembelian emas sebagai aset di hari tua) maka aku nekad untuk membina rumah aku sendiri.
(Apatah lagi ramai yang sering mempertikaikan tentang pemilihan aku sebagai isteri kepada suami aku. Kata mereka, aku dipilih kerana aku wanita bekerjaya. Jika tidak, mana mungkin suami aku menginginkanku. Hal ini sangat menghantui diriku) jadi ini mengukuhkan lagi asbab untuk aku mencari tanah dan membuat pinjaman perumahan. Alhamdulillah.. Suami aku menyokong. Tetapi soal tanah, soal rumah bukan perkara mudah. Apatah lagi aku baru sahaja 3 tahun berkhidmat. Akhirnya dengan izin dan akal suami aku, aku berjaya membina rumah aku sendiri yang semestinya untuk disewakan.
Akhirnya, visi suami aku jelas apabila dia membenarkan aku membuat pinjaman perumahan bersama secara gadaian rumah sedia ada. Katanya, berat untuk dia membuat keputusan tersebut, tapi alhamdulillah, Allah permudahkan. Dia meluahkan bahawa, dia ingin membuat pinjaman menggunakan kaedah gadaian rumah tersebut dalam tempoh 5 tahun lagi. Katanya untuk mengubahsuai garaj kereta kami menjadi bilik sewa pelajar IPT sekitar rumah kami.
Aku hanya melopong mendengar dia bercerita. Katanya, dia bukan lagi budak2 BBNU yang makan di restoran mewah, menangkap gambar sekeping, lalu memuat naik di laman sosial. Bukan juga anak muda yang kaya yang sering membawa anak isteri melancong setiap kali gaji. Katanya, dia merancang untuk membina rumah sebelum usia 30 tahun.
Dan ya. Dia berjaya melakukannya walaupun rumah itu tidak segah seagam sebesar yang aku idamkan. Dia ingin berkahwin setelah memiliki rumah dan kereta (kereta second hand yang sudah uzur dan diganti dengan kereta second hand lain) Dia ingin menjadikan garaj rumahnya yang sekarang ini sebagai bilik sewa untuk pelajar IPT berdekatan. Kerana mengikut katanya, dia tidak pandai berniaga, jadi itulah salah satu sumber pendapatan pasif yang dia fikirkan.
Sekarang ini. Alhamdulillah, aku perlahan2 mengubah visi aku. Menjadi seperti dia. Katanya, semoga aset yang dia tinggalkan, dapat memberi manfaat kepada aku dan anak2 apabila dia sudah tiada kelak. Lalu aku cuba mengentalkan hati apabila melihat kawan2 sebaya aku melancong ke sana sini, mencuba makanan lazat di tempat2 hipster, membeli kereta mewah dan besar.
Jangan salah faham, aku bukanlah menidakkan kenikmatan dunia, aku cuba menyabarkan diri selama 3 tahun. Ya. Beri kami tiga tahun untuk hidup stabil supaya kami boleh menikmati nikmat hidup seperti kalian. Kerana rumah sewa aku juga bakal siap tidak lama lagi. Oh ya. Kenapa rumah sewa aku sangat penting untuk kestabilan hidup kami?
Kerana kami telah menutup semua pinjaman kami menggunakan duit pinjaman tersebut termasuklah pinjaman peribadi, loan kereta aku dan loan kereta suami serta bulanan rumah yang kami duduki sekarang. Jadi inshaAllah, setelah rumah tersebut berjaya disewakan, kami hanya perlu keluarkan tidak sampai seribu sebulan untuk bulanan pinjaman kami. Makanya, bolehlah kami pula cuba menjadi BBNU sekali sekala. Huhu.
Doakan kami. Doakan juga visi suami aku untuk menjadikan rumah kami sekarang sebagai rumah sewa pelajar IPT juga berjaya! Katanya, aku dibenarkan membeli kereta idaman aku (mestilah idamannya juga) setelah visinya berjaya. Doakan!
– Fel
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit