Voluntary Multiple Personalities

Aku ada multiple personalities.

Thanks admin approve post ni. Aku sekadar nak tahu agakagak ada tak manusia lain yang macam aku ni.

Multiple personalities, bukan Multiple Personality Disorder (MPD) ataupun Dissociative Identity Disorder (DID), sebab untuk kes aku ni, bukannya sejenis penyakit. Aku dengan voluntarynya switch personality aku bila aku berada dengan seseorang tu, mengikut jenis orang tu macam mana. Dalam circle kenalan aku sendiri pun aku perasan ada beberapa manusia yang macam ni – dalam senyap aku panggil diorang ni Manusia Cermin. Sebab diorang interact with others ikut others tu perwatakan macam mana.

Tapi aku bukan dalam kalangan Manusia Cermin ni. Sebab kalau Manusia Cermin, diorang ni senyap bila dengan orang senyap, riuh bila dengan budak yang riuh, lemah lembut bila dengan manusia yang lemah lembut.

Tapi kalau aku, aku tak adalah senyap bila dengan orang senyap, dan tak adalah bersopan santun bila dengan orang yang bersopan santun. Bezanya aku ni, aku diam bila dengan orang yang aku tak suka, or at least aku cakap tapi sikit sikit jelah sampai boleh kira benda apa je aku cakap dengan orang tu. Dan bila dengan manusia yang aku suka, aku memekak sampai bergegar alam ni walaupun budak tu jenis lemah lembut diam seribu bahasa.

Jadinya aku berbeza dengan Manusia Cermin. Aku ikut orang yang aku suka ataupun tak suka.

Tapi benda yang paling aku perlu cerita kat sini – setiap permulaan perkenalan aku dengan manusia, aku start dengan tak suka. Secara jujurnya, aku tak suka semua orang. Serius, aku tak suka semua orang. Kau, kau dan kau yang tengah baca ni semua, aku tak suka korang. I begin with a HUGE dislike towards others (not hate – because hate is such a strong word).

Ha, tak faham kan kenapa ada manusia macam ni? Kelakar pun ada.

Tapi bila aku dah kenal orang, baru aku start suka kat orang tu. Baru aku buka sikit wall aku tu, baru aku tunjuk kat diorang what’s in the wall.

Korang mesti kata – Of course lah, semua orang pun bila belum kenal orang, akan cuba rapat ke ramah mesra dulu baru bercerita itu ini kan. Tapi aku saja nak cerita kat sini sebab aku rasa kes aku ni macam kronik sikit. Aku punya tahap judge orang tu sampai ambil masa juga la baru nak open up to people.

Haah – judge. Aku judge orang. Kau orang ni semua aku tengah judge. Sesuka hati aku je nak judge orang.

Anyway, aku start realise aku ni ada beberapa perwatakan berbeza masa aku mula masuk asrama dulu. Tingkatan 4. Sebelum aku sekolah asrama ni, aku ni jenis bising joyah gila yang macam asyik nak minta perhatian je dengan suara yang mashaAllah rasa nak ketuk je kepala budak ni. Sumbat stokin kang baru tahu langit tinggi rendah.

Masa tu aku ni dalam kalangan budak form 4 baru la, masuk sekolah yang ada students dari form 1 sampai form 5. Struggle budakbudak form 4 baru ni serius weh, kau ni kira anak angkat sekolah la. Sebab form 4 lama dah ada geng sendiri sejak diorang form 1 kan, so diorang macam struggle juga la nak accept budakbudak baru masuk batch diorang ni. Aku tak salahkan diorang, kalau aku pun aku menyampah dengan manusia manusia gedik yang tak sedar rumput tu hijau. Kau tu baru masuk buat la gaya pendatang asing. Ingat ni rumah abah kau?

Nak dijadikan cerita, kalaulah kan, kalau, kalau aku teruskan juga dengan attitude lama aku kat sekolah yang aku baru masuk ni, memang aku bakal kena ragging sental habis ah. Sebab ada a few juga budak form 4 baru yang relax je redah dengan the way they were from before kan. Untuk diorang, it’s better to be yourself. Which I agree, and got no problem with it at all. Cumanya aku tak apply la be yourself tu untuk diri aku sendiri sebab tu cari mati namanya.

Jadi bila aku masuk sekolah tu, aku fake diri jadi seorang yang senyap dan lembut centu. Lembut, bukan lembik. Kalau aku buat lembik pun aku bakal kena ragging juga. And yes, aku fake myself. Sebab sumpah tu first time aku ni senyap alam. Biasa aku senyap pun kalau dengan cikgu ke dengan pakcik makcik aku je.

Disebabkan aku ni senyap dan baik, maka aku terselamat daripada keskes bermasalah ni. Dan aku build a wall dari orangorang ni semua, supaya diorang takkan nampak pun sebenarnya aku ni bising. Which ended up buat aku ni tak ada kawan sangat. Aku tak reach out to people, dan people pun tak come to me. Lonely juga ah sebenarnya, so sesiapa yang macam tengah consider nak tiru gaya aku ni, BE WARNED. Melainkan inner strength korang kuat, kau jangan nak plagiat aku pula. Kang ada yang nak suicide bagai. Aku tumbuk kang.

Anyway, bermula dari sesi hidup aku kat sekolah asrama ni, aku mula choose people as friends. Like dulu semua manusia yang aku kenal tu aku kira sebagai kawan, tapi sejak sekolah ni aku consider diorang acquaintances je. Ada la beberapa keping je manusia yang boleh kira kawan. Dan dengan diorang ni aku bising juga la sikit, cuma tak sebising dulu. Aku bising yang bersopan santun. Lol

So throughout the whole time, classmates aku nampak aku ni macam budakbudak top scorer (alhamdulillah result aku selalu nampak macam aku ni terer study) yang senyap dan baik berbudi bahasa – padahal sebenarnya abah alam dia aku ni kurang ajar pun ada juga. Terseksa jiwa raga juga la waktu fake diri tu. Bila dengan umat yang aku benci aku still buat gaya baikkk je padahal dalam hati aku dah macam WOI PERGI MAMPUS SANA BOLEH TAK

Bila dah nak habis sekolah tu, masa nak dekat dah dengan spm, baru aku macam REVEAL YOURSELF (bersama music background dari filem Star Wars) and diorang semua be like “Weh apsal aku baru tahu do kau ni macam ni? Patut kau camni je dari awal – best gila kot kau ni sebenarnya!” Basically diorang cakap macam tu sebab kawankawan aku yang beberapa kerat tu selalu cakap dengan diorang benda macam ‘eh tak lah dia best jelah la sebenarnya! Kelakar gila’ and ‘Hahaha dia nampak je senyap tu tapi bila bercakap habis pecah perut aku’, tapi sebab aku sentiasa la senyap dan sopan dengan diorang jadi diorang tak percaya cakap friends aku ni. Okay, aku admit. Aku kelakar sebenarnya. Mesti kau kau kau yang lambat kenal aku rasa menyesal kan tak tahu aku dari awal hahahahaha apakah.

Anyway, life dua tahun tu merupakan the beginning of aku ada multiple personalities.

Personality aku dengan classmates yang aku tak rapat tu – aku senyap baik dan sopan.
Personality aku dengan friends berapa kerat tu (diorang ni bukan classmates aku, bukan dormmates juga) – gila tapi still sopan.
Personality aku dengan kawankawan lama aku – macam aku yang dulu. Lagi bising dan gila. Yang agak kurang ajar la compared to atas^ ni.

Tapi waktu tu aku tak perasan lagi. Sampai la lepas aku dah masuk kolej baru aku sedar. Sebab kawan aku a.k.a. classmate kat kolej tu cakap. Dia kata cenni: Wei, kau ni dengan aku lain, dengan kawankawan lama kau lain.

Time tu baru aku macam, eh, haah la.

Pastu aku start analyse diri aku sendiri. Aku cuba groupkan manusia according to kat mana aku kenal diorang, and diorang ni jenis kepala macam mana. Dan aku tengok attitude aku terhadap diorang macam mana. Ada yang aku ni baik, ada yang aku ni gila, ada yang aku ni tak sedar diri dah, ada yang aku setakat asyik buat lawak je dengan diorang, dan ada a few je yang aku boleh jadi lembik cembik depan diorang.

Things go on dan aku macam makin banyak personaliti. Kalau kau tengok KMHM, mungkin kau faham sikit maksud aku. Tapi aku tak adalah personality nak buat bom la nak main teddy bear la bagai. Aku ada rapat dengan ramai orang – tapi rapat aku lelain jenis setiap group. Yang aku tak rapat pun ada lelain personaliti aku terhadap diorang.

So bila dah makin banyak personaliti ni so far semua okay je, cumanya

ada satu problem.

AKU TAK BOLEH BERADA DENGAN DUA INDIVIDU DARI GROUP BERBEZA DALAM SATU SATU MASA YANG SAMA.

Contoh, bila aku tengah dalam situation yang mana ada classmates kolej aku DAN friends(bukan acquaintances) sekolah aku. Wei gila bapak dia awkward doooo

Walaupun aku jenis riuh dengan dedua ni, tapi riuh aku lain jenis. Aku rapat je dengan dedua geng ni, tapi personaliti aku dengan memasing lain.

Dan benda ni buat interaction aku tersangatlah awkward. Lol. Aku jadi tak sure patut aku go with perangai aku dengan geng A ataupun geng B. Lastlast aku pilih yang lebih sopan punya, supaya geng yang nampak aku lebih sopan tak terasa kalau aku kasar sangat. Yang jadi masalahnya, geng yang selalu nampak aku kasar akan jadi macam: “Wei mende doh kelakar gila kau ni baik cenni”

Awkward.

Benda ni juga buat susah untuk kalau aku nak travel. Sebab kalau contoh la ada seorang dari group B nak join travel aku dengan group A, dan makhluk group B ni kenal je group A ni. Diorang sesama diorang okay dan baik dan elok je. Cuma aku je yang lainkan diri between dua ni. So aku akan end up create segala reason supaya travel tu hanya satu group tu je. Aku tak nak manusia B ni tahu yang aku lain sikit dengan dia banding dengan manusia-manusia group A ni. Bukan aku tak elok dengan dia, aku rapat je juga. Cuma lain gaya la.

Ha, mesti dah tak faham kan benda apa aku royan ni? Tak apalah kalau tak faham. Aku pun dah pening.

Anyway, sekarang aku dah kat uni dan aku cuba untuk kenal ramai orang supaya aku tidaklah tak suka kat ramai orang. Aku cuba berkenalan sampai tahap yang aku dah tak tak-suka diorang dah, cumanya tak sampai pun tahap yang aku suka diorang. Melainkan diorang nampak macam boleh masuk dengan aku, dan aku boleh suka diorang. Tak susah pun sebenarnya aku rasa.

Kekadang aku kesian juga la kat manusia yang make effort gila like serious nak kawan dengan aku tapi aku macam tak masuk dengan diorang so aku macam bagi one-sided friendship je kat diorang. Like, diorang cerita segala masalah ke kebahagiaan diorang ke kat aku tapi aku lebih kepada mendengar je daripada balas kebaikan diorang dengan open up pasal diri aku juga. Sorry korang, aku cuba juga tapi entahlah, tak masuk lol. Tak boleh deny juga yang aku ni jenis yang orang lain seronok bercerita kat aku – sebab aku selalu bagi the best reactions (puji diri sendiri) dan aku tak jaja kat orang. Welp, bukannya aku ada ramai sangat pun orang untuk aku talk to, so aku memang tak buka cerita kau kat orang lain la hahaha.

Wait lol. In the end, aku banyak menyimpang pula dah. Entah apa entah aku nak cerita sebenarnya tadi.

Anyway, do leave some comments! Ceritalah kalau kau ni jenis berbeza ikut orang juga ke, kau ni Manusia Cermin ke, kau ada kenal manusia macam aku ni juga ke. Padangan kau terhadap budak perangai gini, dan apa-apalah yang berkaitan benda aku merepek pepanjang kat atas ni. Aku suka membaca, dan aku suka menerima pendapat orang lain. Mungkin korang tak suka manusia macam ni – so boleh juga membebel marah kat kitorang.

Terima kasih baca sampai habis!

– Deels

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit