W4nita, Derita dan Mindset

Assalamualaikum kepada semua pembaca.

Nama ku Nini. Umur 36 tahun. Aku mempunyai 3 orang cahaya mata lingkungan umur 4 sehingga 12 tahun.

Rumahtangga aku, aku iktiraf sebagai rumahtangga yang penuh derita dan tragis. Mempunyai suami yang habit dia judi online, perempuan bersilih ganti, dan dipukul didera dari segi fizikal dan mental.

Lagi bertambah tragis, apabila ada perempuan ‘mengandungkan anak luar nikah’ hasil dari hubungan terlarang dengan suami aku selama 7 tahun berturut turut sehingga memaksa aku menerima poligami yang tidak adil dan penuh derita.

Perempuan berkenaan cuma lah seorang kerani / Pembantu Tadbir Gred SPM yang bekerja di GLC / Badan Berkanun.

Sejujurnya dari kes itu aku mula melihat diri aku dan keadaan anak anak aku. Aku belajar untuk muhasabah diri dengan cara orang terpelajar.

Aku belajar untuk tidak merendahkan diri apabila ujian ini datang. Aku belajar tidak lagi mengejar cinta seorang suami yang tidak menghargai apa yang dia miliki. Aku belajar mengatakan aku tidak keseorangan, Allah bersama sama aku

Terkadang aku simpati melihat keadaan yang dia yang bertungkus lumus untuk nak kan suami aku berkahwin dengan dia.

Sehingga aku sentiasa memikirkan apa kah perempuan sekarang sudah tidak punya akal untuk memajukan diri dan fikiran selain hanya berhendakkan hanya untuk menjadi seorang isteri atau pun perempuan simpanan.

Apa lah didambakan sangat *suami orang* yang status ekonomi pun tercunggap cungap ke paras yang jarang jarang cukup untuk taraf kehidupan sekarang Hatta diminta juga untuk berkorban untuk lelaki dari segi kewangan dan harta.

Apa kah itu nilai seorang perempuan menurut Islam. Sewajarnya perempuan ini dilindungi dan dijaga oleh lelaki yang sejati.

Apa yang aku ingin aku war-warkan bukan lah sekadar menyentuh antara mereka dan aku. Yang ingin aku sentuh tentang pembangunan diri seorang Wanita.

Wahai Wanita, kita sebenarnya diciptakan dengan unik hatta cap jari kita pun berlainan apatah pulak diri kita.

Sudah tentu kita mempunyai keistimewaan yang Allah berikan.

Aku juga diulang kali dihina kerana mempunyai bentuk fizikal yang membesar setelah melahirkan anak sehingga menyebakan aku sangat rendah diri pada Ketika itu.

Aku menjadi lupa pada wajah dan keistimewaan aku miliki suatu ketika dulu sehingga membenarkan orang lain menukar mindset aku menjadi sentiasa down.

Sehingga satu ketika aku menjumpai satu quotes yang berbunyi *Kita semuanya Istimewa disisi Tuhan*.

Bagaimana tubuh kita dijadikan, bentuk paras rupa hatta kecerdikan dan bakat kita juga istimewa. Mengapa harus kecundang ditangan atau mulut pada mereka yang tak wajar.

Kita perlu menyanyangi diri sendiri, mempunyai self respect kepada diri sendiri terlebih dahulu.

Para ibu bapa zaman dahulu mungkin *less of awareness*untuk mendidik anak perempuan untuk mempunyai self respect pada diri.

Yakni, fokus kepada pembangunan diri contohnya belajar mempelajari skills, ilmu pengetahuan, belajar menerima diri yang istimewa setiap kejadian yang Allah berikan.

Biarlah lelaki mendambakan kita kerana ilmu yang kita miliki, passion yang ada serta membantu kita menjadi the best version of you.

Untuk wanita wanita diluar sana, kurangkan la habit mengambil tahu hidup orang lain sehingga kita jadi tidak bersyukur dengan apa yang kita miliki.

Setiap orang mempunyai perjalanan yang berbeza dan tidak seorang pun tidak akan terlepas dari bebanan ujian, dugaan dan cabaran.

Bersyukur la dengan apa yang kita ada. Mengambil inisetif seperti limitkan pengunaan media sosial. Cukup la sekadar yang perlu supaya kita menjaga hati kita mengelakan hasad yang kita cipta sendiri.

Sebagai seorang yang hidup dizaman maju, banyak kan membaca naskah naskah ilmu dari penulis yang memiliki jiwa merdeka, supaya kita akan memiliki akal yang merdeka.

Saya dapati perempuan sekarang tidak mempunyai niat untuk membaca sebuah buku ilmiah hatta kita menjadikan tiktok, facebook dan instagram sebagai sumber utama sahaja.

Ilmu ilmu ini mendidik kita menjadi seorang wanita untuk belajar berfikir di luar kotak, memberi ilham pada setiap ujian hidup dan akan sentiasa mematangkan kita

Sebagai seorang wanita merdeka, kita juga berhak untuk ‘break the toxic circle’. Jauhkan diri mereka yang menyakiti kita, menghina kita. Jaga lah hati dan minda sendiri supaya kita tidak stuck ‘sihir’ buatan orang. Hehehe.

Bergaul lah dengan orang orang membantu kita untuk membangun dengan baik.. Sekiranya itu melibatkan kaum kerabat, hormat tetapi menjauhkan diri boleh kan? Bikin halimunan mereka itu…

Solat merupakan adalah satu cara kita menghambakan diri kepada tuan kita, Allah. Sentiasa sematkan tiada apa yang mustahil jika Allah berkehendahan. Untuk memberi. Tidak ada satu pun yang akan menghalang.

Meminta la bagai anak kecil meminta mainan kepada ibu nya. Keyakinan kita kepada Allah mestilah 200 %. Solat yang sering saya lakukan ialah Solat Tahajud. Kebesaran dan keajaiban

Saya rasa ada banyak perkara lagi ingin saya sentuh supaya wanita wanita diluar sana berdaya saing. Mempunyai empowerment yang tinggi untuk membesarkan jiwa. Teruskan berjuang ya kalian. Masih ada sinar untuk kita dan anak anak

– Nini Alhabsyee (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *