Untuk part I, (https://iiumc.com/wan1ta-love-yourself/).
Salam hi semua. Ingat saya lagi?
Alhamdulillah saya ada baca komen komen semua.
Terima kasih sudi baca keluhan saya.
Saya confess di sini sebab terlalu berat untuk ditanggung.
Saya terbaca komen untuk ignore abah. Saya taktau saya ni bodoh atau apa. Ataupun terlalu lembut hati seperti mak saya.
Tapi saya tetap sayangkan abah saya. Selalu saya berdoa semoga abah berubah.
Mungkin ada yang kata mak ada salah juga. Iya saya tak nafikan itu. Kita manusia dan ada salah silap. Tapi adil kah anak anak turut terkena lampias amarah?
Penyondol aka number 2. Saya memang tak anggap dia wujud dalam hidup kami.
Kadang2 bila ke kl, abah akan datang berdua dengan dia. Mak saya taknak ikut sebab tak sanggup nak tengok drama mesra depan mata.
Kadang kadang si mak tiri seperti saja nak buat buat mesra dengan abah depan mak.
Recently dia ada datang tapi saya cakap saya tak available kebetulan dah ada di luar.
Kemudian mak tiri menghantar msg kepada mak saya “abang nak jenguk anak anak tanggang, tapi tak dilayan”.
Mulanya saya ingin menyerang si mak tiri, tapi saya fikirkan balik, nanti mak saya pulak yang akan disalahkan.
Jadi saya hanya diam. Saya call dan whatsapp abah dan mohon maaf sebab tak dapat berjumpa.
Kemudian esoknya saya video call dengan abah dan abah happy tengok keletah cucu cucunya.
Kalau ikutkan saya, hati saya masih terluka dengan perlakuan abah semasa saya kecil.
Saya rasa berdosa sebab kadang kadang memang saya akan elak sebab saya tak suka penyondol tu, bukan tak suka abah.
Setiap waktu saya doa untuk Allah masukkan abah saya ke dalam syurga walaupun saya terbaca komen laknat & azab untuk abah.
Maafkan saya, saya tak sanggup kalau abah tersayang masuk ke neraka.
Setiap kali solat saya nangis dan berdoa semoga Allah bersihkan hati saya, maafkan segala doa & kekurangan abah.
Saya mohon doa semua di sini, doakan abah akan berlembut hati dengan kami, doakan mak saya kuat, doakan luka hati saya sembuh.
Oh ya mak pernah cerita, abah first love mak. Dan mak pernah pesan semasa saya bujang dulu.
Kahwinilah lelaki yang sayang kita lebih dari kita sayangkan dia. Dan restu keluarga itu amat penting. Alhamdulillah saya ikut pesan mak.
Sebabnya? Mak kawin dengan abah dulu, tokwan tak berapa suka dengan abah.
Tapi mungkin kuasa cinta, finally mak dapat kawin dengan abah. Dan mak cerita lagi, 12 tahun pertama perkahwinan, mak dilayan seperti permaisuri oleh abah.
Abah tolong jagakan anak2, abah tlg mak masak, abah jag segalanya.
Sehinggalah business abah succeed & muncul penyondol entah dari mana (kawan abah kenalkan).
Abah kenal penyondol sebab dulu abah banyak contract di area Klang Valley.
Saya tak tahu apa akan jadi untuk masa depan saya.
Tapi Alhamdulillah saya dah persiapkan diri jika apa apa terjadi. Hati manusia Allah yang pegang, boleh berubah sekelip mata.
Dan wanita semua, tolong lah ada saving sendiri. Tak banyak, RM10 sebulan pun okay lah. Ada lebih simpan lebih. Kita taktau apa akan jadi kemudian hari.
Saya seorang surirumah dan tak bekerja. Setiap kali suami bagi belanja, saya akan asingkan 3/5 untuk simpanan saya. 2/5 lagi saya akan belanja merepek2.
Saya juga minta dia belikan keperluan diri. Saya tak gunakan duit yang dia beri tu.
Bil bil dan groceries, dia yang akan settlekan semua. Saya tak pernah pergi ke pasar. Harga diapers, ikan, barang basah kering semua dia yang uruskan.
Saya belajar dari pengalaman mak saya.
Ada juga saya terbaca yang poligami ini indah. Ya indah jika dengan cara yang betul.
Lelaki budiman, kalau mampu adil, berkahwinlah. Kalau memang tak mampu, elakkan. Tengok muka anak anak. Sanggupkah berlaku tak adil untuk anak anak. Fikirkan masa depan anak anak.
Nafsu yang sekejap itu tak berbaloi untuk anak dan isteri tercinta merasa terseksa hingga hujung usia.
– Badt (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit