W4nita Yang Penyabar

Assalamualaikum semua. nama saya Kiki, bukan nama sebenar.

Puan Rosnah saya berdoakan kebahagiaan Rosnah walaupun cerita sudah disiarankan 3 tahun yang lepas, (https://iiumc.com/luahan-isteri-yang-bakal-dimadukan/).

Sebenarnya saya sudah baca kisah ini masa tahun 2020. But, pada tahun 2023 ini saya teringat dekat sis. Saya berdoakan sis sentiasa bahagia dengan anak-anak.

Kawan saya pun baru kena halau dengan suami dia disebabkan nak bermadu. Saya tak tahulah madu dia siapa sebab dia tak nak beritahu nama bakal madu dia.

Kawan saya yang dikenali sebagai Babe ini first dia sedih sangat-sangat baru kawin 5 tahun dan baru nak rasa kesenangan si suami pula nak bermadu sebab wanita itu susah and senang dengan dia. Saya peliklah dengan suami dia ini.

Masa susah isteri yang banyak bantu suami dia bagi duit .Kadang-kadang terpaksa bahagi dua duit sebab nak bayar duit sewa dan duit keperluan anak-anak.

Lepas suami ini dapat kerja tetap dan dapat naik pangkat terus dia berkenalan dengan kawan pejabat dia.

Babe ini dia sedih sangat sampai mak mertua dan bapa mertua kata biarlah suami kawin baru. Babe ini sentiasa busy dengan business dia sampai dia tak layan suami.

Sedangkan kawan saya ini walaupun penat dialah jaga anak-anak dan layan suami dengan baik. Si suami mana ada nak jaga anak-anak. Asyik-asyik busy dengan kerja. Rupa-rupanya dia ada wanita lain.

Masa kena kantoi itu Babe ini menangis sepuas-puasnya. Dia sedih sangat sampai macam nak bunuh diri. Suami dia langsung tak pujuk. Dia macam suami Rosnah inilah.

Bulan 12 tahun lepas haritu, suami dia tekad yang berpoligami. Jadi, masa itu Babe sedang bagi makan dekat anak-anak. Suami dia terus bagi surat kebenaran poligami. Babe terus badmood.

Malam itu dia menangis walaupun si suami baring sebelah dia. Pada esoknya dia call saya nak luahkan perasaan. Dia tak sign surat berpoligami itu. Jadi saya nasihat dia jangan mengalah and lawan sehabisnya.

Saya suruh dia buat pilihan bukan saya. Sebab saya pon tak kawin lagi takut-takutlah saya dianggap menghasut Babe untuk bercerai.

Lepas beberapa hari selepas kejadian luahkan perasaan. Saya call dia sebab nak tahu keputusan dia apa. Masa saya call dia. Babe kata dia dah sign surat berpoligami itu. Lepas sign rupanya suami suruh dia keluar juga masa awal bulan 1 tahun 2023.

Si suami nak duduk rumah ini dengan bakal isteri baru dia. Wey, aku dengar sakitnya hati aku. Aku ingatkan dia nak bercerai ke atau lawan hak dia dekat mahkamah. Rupanya, just sign dan tak tuntut hak dia.

Masa saya nak melawat dia. Dia kata dia tak duduk dah rumah itu. Dia duduk rumah sewa. Masa saya sampai dekat rumah dia. Ya Allah!!! Sedihlah saya tengok dulu duduk rumah besar sekarng duduk rumah kecil.

Business dia pon macam slow down. Babe ini walaupun dah kurus dia tetap semangat. Anak-anak dia suami dia jaga sebab dia dah tak larat nak jaga sebab kena depression.

Saya sedih sangat. Masa dulu saya susah dia tolong saya. Babe ini anak yatim piatu. Dia ingat boleh kongsi sayang dengan Mil and Fil. Rupanya MasyAllah tak tahulah nak kata apa.

Ini sekarang dia tengah naik kan balik business dia. Saya tak puas hati. Saya suruh dia tuntut hak dia sebagai isteri. Saya sanggup bagi beratus ribu untuk dia. Dia kata dia sudah tawar hati dengan suami. Sedihnya.

Saya adalah follow ig si suami durjana itu. Puh dia keluar dengan bakal isteri baru dia weyh. Saya tak tahulah nak kata apa.

Saya sebagai kawan saya tak sanggup tengok dia sengsara. Jadi saya upah peguam saya bantu kawan saya Babe tuntut hak dia. Masa saya siasat rupanya dia kena halau masa akhir bulan 12 tahun lepas haritu lagi. Bukan awal bulan 1 tahun ini. Geram je saya sekarang ini.

Saya suruh dia tuntut harta sepencarian. Hak bergiir dan nafkah dia dan anak-anak. Babe kata tak apalah ini takdir aku. Fuhh!!! Sakit hati aku Babe kata gitu.

Saya apa lagi tampar muka dia. Saya kata engkau bodoh!!! Takdir boleh diubah dengan doa. Babe terkejut tengok saya. Sebab saya tampar dia. Babe terus jerit dan halau saya. Sedihlah. Kawan baik sendiri halau saya.

Kepada pembaca terima kasih kerana membaca luahan saya ini. Nanti ada masa saya cerita balik sebab ending dia best giler!!!

Maaf ayat berterabur sikit. Babe yang suruh saya taip. Dia sekarang tengah move on. Jadi dont worried maybe next week saya akan kembali.

– Kiki (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *