W4nita Yang Penyabar II

Untuk part I, (https://iiumc.com/w4nita-yang-penyabar/).

Assalamualaikum semua, nama saya Kiki, bukan nama sebenar.

Kepada sesiapa yang baca luahan saya ini. Saya minta maaflah awak semua saya bukanlah penulis novel atau pandai menulis karangan yang mantap.

Tapi, sayalah orang paling benci buat karangan termasuklah Babe kawan saya. Hahahahahahaha!!!!!! Sebab itu dia suruh saya menaip dan ceritakan pengalaman dia kepada anda semua.

Okay saya sambung cerita Babe ini. Masa dia halau saya dari rumah sewa itu. Saya tak balik dulu. Saya pergi ke tingkap nak hendapnya si Babe ini. Dia menangis teresak-esak.

Saya tengok sahajalah dia menangis walaupun saya tak tahu nak buat apa masa itu. Then, saya balik ke rumah saya.

Start dari situ saya berjanji akan tuntut keadilan bagi Babe saya. First, plan saya ialah hantar Babe pergi jumpa dengan kaunseling bagi semangat dekat dia semula.

Second, duit kena banyak beb sebab kau terpaksa bagi “Rasuah” kepada pihak-pihak yang tertentu.

Ketiga, engkau kena ada connection dengan pihak berkuasa walaupun engkau buat salah but ada duit semua settle.

Keempat, engkau lawan dengan orang berduit but bodoh. Jadi, kes ini senang je settle. Hahahahaha!!!!!

Pada esoknya, saya pergi jumpa dengan Babe di rumah sewa. Babe buka pintu dengan pakai telekungnya. Saya tengok telekung dia Allah basah weyh. Saya yakin dia memang luahkan semuanya dekat Allah.

Saya berbincang dengan dia pasal nak hantar dia pergi berjumpa kaunseling. Babe apa lagi dia kata setuju terus. Masa itu saya genggam tangan dia.

Saya cakap dekat dia. “Aku Kiki berjanji dengan nama Allah SWT aku akan balas orang yang menzalimi kawan aku Babe dan aku berjanji akan menjadi mak angkat yang baik kepada anak-anak engkau Babe”. Itu ucapan yang saya keluarkan dari mulut sendiri.

Airmata kami berdua mengalir dengan deras weyh. Kalau anda semua tengok macam drama melayu itu lah. Siap kami berdua berpeluk-peluk and menangis teresak-esak dengan hidung tersumbat. Engkau rasa saya boleh nafas ke masa itu.

Kalau teringat balik kata-kata saya dekat dia ini macam nak gelak pula sekarang. Ini aku menyesal tolong dia. Babe selalu culik mak aku pergi jalan-jalan ke Thailand dengan anak-anak dia menyampah saya. Macam saya pula anak angkat mak saya sendiri. Hahahaha!!!!

Nama suami Babe saya panggil dia Hantu dan si gedik saya panggil Petai. Jadi, saya susun plan semua baru saya boleh bertindak. Jangan ikut emosi anda semua relaks. Hahahaha!!!!

Sekarang, saya suruh pembantu saya hantar dan amik Babe pergi kaunseling. But, saya hantar pembantu perempuan kalau lelaki takut lah si jantan itu buat tuduhan yang isteri dia ini nusyuz.

Second, saya buat plan nak masuk rumah Babe yang besar itu. Nak amik sijil dan surat yang penting. Sebab peguam saya yang suruh perlukan surat tertentu. Jadi, saya apa lagi terpaksa menyelinap masuk ke dalam rumah besar itu.

Masa nak pergi menyelinap itu saya lupa terbawa kucing nama Cici. Saya dahlah terpaksa parking kereta jauh dari rumah Hantu dengan terbawanya Cici ini. Aduhai!!! Ini cerita betul-betul tau bukan lawak saja2.

Saya pon terpaksa bawak Cici menyelinap masuk si Hantu itu. Cici saya sumbat dia dalam beg. Lantaklah dia. Yang pasti jangan tinggal dalam kereta. Nanti dia terberak ke habis kereta kesayangan saya pula berbau.

Orang nak pergi spy dia pula termasuk dalam kereta. Issshshhshshhs… budak ini degil.

Saya dengan berpakain gelap, bertopeng dan bercermin mata terpaksa lah panjat panggil yang tinggi itu. Tapi, dalam masa yang sama terpaksa kena elakkan diri dari CCTV. Kalau tak kena tangkap pula dengan si Hantu itu.

Hantu itu tahu saya kawan baik dengan Babe. But, dia tak tahu yang saya ini sanggup buat apa sahaja demi Babe.

Masa nak menyelinap itu. Saya lalu ikut pintu belakang. Memang tiap-tiap hari bibik Linda akan buka pintu. Bibik Linda ini boleh cam bau perfume saya jadi saya dah mesej dia sebelum nak menyelinap masuk rumah Hantu itu.

Bibik Linda saya nak datang ke rumah Hantu. Jangan beritahu tau dekat Hantu sebab nak menyelinap tau. Masa saya masuk ikut pintu belakang bibik Linda kata Hantu tak ada dengan Petai. Jadi inilah masanya saya masuk ke dalam rumah.

Masa saya masuk itu. Ternampak pula baju-baju si Petai tersidai dekat bilik khas untuk sidai baju. Tak guna Petai. Ishhhhhh.. Sabar!! Saya terfikir lah juga yang diorang bermaksiat ke tak but itu dosa diorang dengan Allah pandai-pandai engkaulah nak taubat.

Lepastu, saya cepat-cepat lari ke arah bilik Hantu sebab nak cari dokumen penting. Masa tercari-cari itu saya nak terberak weyh.

First time, kau nak menyelinap rumah orang and jadi spy. Macam nak terberak sebab nervous tau. Macam but “Mission Impossible”. hahahaha… Lawak betul saya masa itu. Dahlah bawak Cici masa spy… Geram pula saya ini.

Saya sambung pencarian saya. Berpeluh saya cari dokumen itu. Akhirnya, saya jumpa juga dokumen penting. Contohnya, dokumen rumah, surat beranak anak-anak Babe, geran tanah, geran kereta dan semualah dokumen penting.

Saya apa lagi bawak semua dokumen itu masukan dalam beg. Masa nak masukkan beg itu. Saya keluarkan lah Cici. Sebab nak masukkan surat dokumen itu sebab berat dan banyak juga. Dah selesai masukkan dokumen itu.

Satu masalah timbul. Si Cici kencing and berak dekat atas katil Hantu. Saya rasa macam nak marah sebab tinggalkan bukti semasa spy rumah orang.

Jadinya, terpaksalah saya bukan pintu bilik dan tingkap supaya tak ada orang syak siapa pencurikan. Maybe orang boleh fikir orang dalam rumah yang rompak. Jadi masalah itu dah selesai.

Saya apa lagi terus larilah. Sebelum lari itu, saya dah letak kamera kecil dan alat pendengaran bolehlah rakam yang diorang ini bermaksiat ke atau nak plan apa lagikan. Jadi yang itu semua saya dah selesaikan.

Kepada anda semua. Saya minta maaf memang “RASUAH” itu kotor. But, anda kena tahu apabila pihak sebelah nak main kotor saya terpaksa keluarkan perbuatan yang kotor supaya saya dan Babe tak masuk longkap atau penjara.

Kami berdua budak baik. Jadi, tak pernahlah nak terfikir masuk longkap atau penjara, hahahahaha!!!!

Lepas dah selesai menyelinap tu. Saya terus balik rumah nak berehat. Saya call peguam yang dokumen saya dah dapat. Jadi, okaylahkan.

Malam itu juga, bibik Linda call saya. Si Hantu dan Petai marah-marah. “Siapa buka pintu bilik dan tingkap sampai ada tahi kucing dekat atas katil”. Hantu pun marah2 bibik Linda. But, bibik Linda pun senyaplah.

Lepastu Bibik Linda cerita semua and marah2 saya sebab semua kerja saya. Saya cakaplah nanti saya angkut bibik Linda kerja semula dengan Babe. Dont worried.

Bibik Linda sedih sebab dia tak suka Petai dalam rumah ini walaupun belum kawin tak elok dia masuk keluar dalam rumah yang belum jadi suami isterikan.

Saya jumpa dengan peguam semua harta masih nama Babe. Alhamdulillah!!!! Peguam pon dah tengok surat poligami itu.

Jadi bila saya tengok tak ada perjanjian pasal harta sepencarian jadi okaylah. Sekurang-kurangnya harta Babe masih hak Babe dan anak-anak. Rumah besar itu sebenarnya dah hibah si suami kepada Babe.

But, saya pelik kenapa dia halau Babe dari rumah tersebutkan. Hmmmm…

Jadi, Babe kena amik masa juga nak sembuh. Bulan 2 haritu barulah dia ada kekuatan nak buka kes and tuntut semua hak dia.

Babe kata dekat saya yang selama ini kita tak boleh memberi harapan yang tinggi kepada suami but perlulah memberi harapan yang tinggi kepada Allah SWT.

Time ini saya suka gila baru nampak perangai sebenarnya Babe. Hahahaha!!!! Padam muka kau Hantu dan Petai. Babe buat tuntut harta sepncarian, hak giliran dan hak anak-anak dia.

Anak Babe ada 2 orang. Seorang lelaki baru umur 3 tahun dan seorang perempuan baru 1 tahun.

Waktu awal bulan 2 itu saya dan Babe pergi ke rumah Hantu itu sebab nak jumpa anak-anak Babe.

Rupa-rupanya anak-anak Babe semua dicampak ke kampung. MIL dan FIL yang jaga. Babe kata MIL dan FIL baik but tak tahulah kenapa baginya anak jantan tu kawin satu lagi.

Malaslah nak amik tahu.

Masa sampai kampung itu Babe terus je amik anak-anak dia tanpa ada berbincang. MIL dan FIL terus bagi je. Sebab anak-anak Babe semua rindu Babe.

Jadinya, MIL dan FIL Babe tak sanggup nak pisahkan anak-anak Babe dengan mak kandung dia kan.

Anak-anak Babe terus tinggal dekat rumah sewa itu. Hantu dan Petai masa ini busy sikit nak kawin kan busy persiapan kawinkan.

Memanglah awal-awal wangi nanti akhir2 busuk juga akan muncul.

Anda semua ingat tak. Saya letak kamera dan alat pendengaran dalam bilik itu. Yes,diorg berbuat maksiat dan diorang masih belum menjadi suami isteri yang sah.

Saya dan peguam dah siasat yang diorang ini tak kawin dekat Thailand atau mendaftar perkahwinan di Malaysia. Jadi, kita boleh saman juga diorang kerana berbuat tak senonoh di dalam rumah Babe.

Time to action. Peguam dah hantar semua surat kepada Hantu dan Petai untuk keluar dari rumah tersebut. Satu, Hantu itu dah hibahkan rumah kepada Babe jadi Hantu kenalah cari rumah baru kepada Petai. Padam muka engkau berdua!!!!!

Banyaklah juga kes-kes yang Babe kemukan. Semua kes yang dikemukan semua Babe menang dan akhirnya rumah besar itu jadi milik dia and rumah sewa sekarang Petai yang duduk. Hahahaha!!!! Engkau nak main-main ke dengan aku… kata Babe…. Hahahhahaha!!!!!

Babe dengan Hantu tak bercerai pun but dia buat syarat Hantu balik rumah sebulan 3 hari je duduk. Hari lain itu duduklah rumah dengan Petai.

Yes, walaupun Babe menang Hantu kawin juga dengan Petai. But, rumah sewa lah bukan rumah besar. Dia kalau nak senang dengan Hantu susahlah dulu bukan senang dulu. Padam muka dia!!!

Kereta, rumah dan anak-anak semua Babe dapat. Hantu pula terpaksa gantung kerja sebab Babe dah report perbuatan tak senonoh Hantu dan Petai dekat HR.

Boss syarikat itu terus hantar surat gantung kerja kepada Hantu dan Petai sebab menjatuhkan nama baik syarikat. Walaupun dah jadi suami isteri mereka terpaksalah kena denda.

Hantu akan ulang alik rumah Babe dengan menaiki moto buruk je. Semua kereta milik Babe. Babe kan business and kereta itu semua just hadiah but nama kereta tetap nama Babe.

Ini sekarang Petai mengandung. Si Hantu minta duit dekat Babe nak belikan susu anak, baju baby dan katil baby. Babe tak tolong pun dia buat tak dengar pon. Semua duit Hantu Babe amik terus masuk dalam bank anak-anak untuk masa depan.

Hantu tak kerja sekarang dan saya nampak dia kusut giler!!! Dia jadi serabut sebab dia tak kerja.

Yes, Hantu dan Petai kawin masa akhir bulan 2. Diorang terpaksa kawin cepat sebab si Petai mengandung. Babe tak menangis dan sedih. Diorang sesuai lah bila penzina kawinlah dengan penzina.

Mesti anda semua marah dekat Babe yang di terpaksa bermadu bukan berpisah.

First, Babe tak nak anak-anak jadi stress dan tak sayang ayah dia. Babe juga tak nak anak-anaknya kehilangan bapa kandung. Hantu sejak-sejak jatuh terlingkup semua ini baru ada masa nak bermain dengan anak-anak.

Hantu jaga anak-anak. Kadang-kadang mandikan anak,bagi anak makan. Hal ini kerana, dia tak bekerja.. hahahaha!!! Jadi dia ada masa lah jugakan.

Walaupun dia duduk rumah 3 hari but dia akan balik rumah besar nak jaga anak-anak dia lepastu kalau ada Babe dia terus keluarlah. Sebab syarat duduk 3 harikan. Contohnya, nak tidur ke nak makan ke nak mandi ke.

Then, sekarang ini Babe happy giler dengan anak-anak. Kadang-kadang balik juga balik kampung saya dan kampung MIL dan FIL dia. Babe ini baik giler tak tahulah saya dia ini. Yang pasti dia bahagia sekarang.

Si Petai pun tak kerja dia duduk rumah sewa itu. Kadang-kadang saya tengok muka dia macam cengkunglah juga sebab kena bayar saman lagi kena cari kerja lagi kena cari duit untuk bersalin and bakal anak sulung dia lagi.

Hantu kalau balik rumah besar dia tak tidur sama dengan Babe sebab Babe dah buat syarat tidur kena asing. Kalau nak bersama Babe je yang boleh tertentukan. Babe sekrang sedang merancang hamil. Dia takut termengandung sebab trauma dia kena halau dengan suaminya.

But, saya dengar dari pekerjanya Babe nak tuntut cerai fasakh sebab dia tak nak dah duduk dengan Hantu.

Babe adalah juga mesej saya yang dia nak bercerai but anak-anak macam mana diorang perlukan kasih sayang ayah diorang. Babe ini anak yatim piatu. Dia tak nak anak-anak dia kehilangan bapa atau ayah untuk anak-anak.

Saya nasihat lebih baik cerai masa anak-anak kecil lagi Sebab bila anak-anak kecil ini diorang tak fikir pasal kenapa bapa dan mak diorang bercerai. Babe pon terpaksa tuntut cerai fasakh. Dan akhirnya, diorang bercerai dengan talak satu. Alhamdulillah.

Diorang bercerai secara baik. Pada bulan akhir 3 jugalah. Babe sempat bermadu dalam berapa hari sahaja. Itu dia rasa happy giler!!! Dia dah bebas dari jantan tak guna. Alhamdulillah..Syukur..

Sekarang ini saya pula yang busy dengan business and single.ahahahahahahh!!!!

Kepada sesiapa yang kata saya gagal BM. Mak cik saya ini lulus BM SPM tau. Itu pon dapatlah “A” bahasa melayu. But,buat karangan itu teruklah.

Sekarang saya baru nak amik PHD. Jangan marah saya. Saya stress ini. Dah lah sunyi orang semua dah berkahwin saya ini tengah nak sambung belajar dan cari jodoh lagi.Haahhahahahahah!!!

Kepada wanita semua anda kena ingat pesanan Allah SWT dalam Al-Quran. “Kerana Aku Berjanji, Aku akan memberi cahaya terang diantara kegelapanmu” (QS. Al_Ahzab : 43).

Percayalah kepada Allah. Anda diuji kerana Allah tahu anda semua kuat. Kalau ada sesiapa menyakiti hati anda diorang juga akan dibalas dengan perbuataan yang mereka lakukan. Jadi, jangan give up kepada wanita di sana.

Saya pon dari broken family and anak tunggal ibu saya. Arwah bapa saya sampai tak nak bagi IC masa nak daftarkan saya dekat JPN.

Jadilah wanita yang kuat. Itu sahaja..

– Kiki (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *